Wednesday, December 22, 2010

Konfiden tak bila kita naik bas ekspres?

~Assalamualaikum~

...baru ni kita di'kejut'kan lagi dengan kemalangan bas ekspres. Kali ni banyak nyawa yang terkorban. 27 orang. Hampir kesemuanya adalah pelancong asing. Hanya dua orang rakyat Malaysia. Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa yang beragama Islam. Saban tahun kita akan dengar ada saja berita kemalangan ni. Tahun ni saja, sila lihat rekod di bawah:

Rekod ihsan Encik Razak.

20 DIS - 28 terkorban dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.

16 DIS - 4 kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.

14 DIS - 14 orang pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Km 156.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban ke dalam parit.

11 DIS - 3 pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 304.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng, Perak.

4 NOV - Seorang maut dan 2 cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang di Km 20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 OKT - 7 penumpang maut dan 39 cedera termasuk 17 parah apabila sebuah bas terlibat dalam kemalangan di Km 36 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

10 OKT - 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terlibat kemalangan di Km 223 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

2 SEPT - 18 orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 OGOS - Seorang pemandu bas ekspres terbunuh manakala 3 cedera parah dan 6 cedera ringan apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km 306.2 Lebuhraya Utara-Selatan.

17 APRIL - Seorang penumpang patah tulang rusuk manakala 6 yang lain cedera ringan apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di Km 32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.
.
NAUZUBILLAHI MIN ZALIK.
Salam Takziah untuk keluarga mangsa.

Saya adalah penumpang setia bas ekspres saban tahun. Destinasi utama saya ialah Kuala Lumpur. Paling kerap pun saya pergi ke Kuala Lumpur setahun lima kali. Dua tahun lepas saya bercadang untuk bertukar mood perjalanan saya kepada yang lebih cepat. Tapi dihalang oleh ibu saya yang berkata, 'Buat apa nak membaziaq duit. Naik bas ja la. Nak cepat pun 5 jam. Naik malam, hang tidoq dalam bas tak teghasa pun buang masa banyak.' Masa tu nak je saya jawab kat mak saya, 'Mak, la ni kemalangan bas dok jadi. Takut la.'  Tapi pikir balik mak saya mesti jawab macam ni, 'Kalau Tuhan nak ambil nyawa, hang naik bas ka, kapai teghebang ka, jadik jugak.' Jadi saya pun dengar la cakap ibu saya tu. 

Saya suka nak bercerita di sini tentang bas ekspres yang baru ni saya naik untuk pergi ke Kuala Lumpur dan balik di Pokok Sena, Kedah. Saya terkesima bila pemandu bas ekspres ini membuat ucapan ringkas sebelum memulakan perjalanan. Dan saya rasa lebih selamat dan yakin apabila dia mengajak kesemua penumpang membaca doa menaiki kenderaaan bersama-sama. Masa tu jugak dalam hati saya berkata, 'Oh, patut la mak bukan main promote bas ni.' Terngiang-ngiang lagi di telinga saya, ibu saya berkata, 'Hang naik bas Mara Liner senang ja. Teruih beghenti depan ghumah.' Tambah mak saya lagi, 'Mak ghasa selamat sangat naik bas tu.'


Kena ingat sama tau...
'AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH SUBHANAHU WATAALA'




~

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages