Friday, February 17, 2012

Sujudlah....

~Assalamualaikum~

Jom share cerita ni. Asalnya ia adalah dialog antara ibu dan anak.

Alya tanya...

"Mama, kenapa masa rakaat akhir kita sujud lama-lama?"

Mama jawab...

"Kita berdoa minta hajat kepada Allah swt, sebab masa kita sujud tu..kita hampir sangat dengan Tuhan."

Pastu, mama google2 cari kesahihan...

...dan hasilnya sangat bagus dan haruslah dipraktikkan selalu.

Ini saya edit dari Blog Cinoscaraku

Sewaktu kita bersujud, kita berada sangat hampir dengan Allah swt. Masa tu, katakanlah apa sahaja yang kita hajat di dalam hati. Ini adalah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa.

Sabda Rasulullah s.a.w,
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Antara doa yang paling baik diamalkan oleh Rasulullah s.a.w,
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."



Banyak lagi keistimewaan yang diceritakan dalam blog Cinoscaraku. Bagus sesangat kalau kita boleh amalkan selalu. Memang tak rugi kalau kita lebihkan masa untuk ibadat. Tak semestinya akan terus mendapatnya seperti yang kita hajatkan. Insya Allah akan beroleh jua akhirnya.

Moga Alya akan lebih celik lagi bila baca entry ni. Untuk kawan-kawan juga...



~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages