Sunday, May 11, 2014

Syurgaku di bawah tapak kakimu...

~Assalamualaikum~

Hari ini seluruh dunia menyambut Hari Ibu. Semua orang mengucapkan "Happy Mother's Day!". Saya taknak sambut Hari Ibu tapi saya nak bahagiakan dan gembirakan Mak saya hari-hari. 

Sebenarnya setiap hari adalah hari mak saya. Apa yang saya buat, saya akan dahulukan mak saya. Mak dah berpisah jasad dengan Abah 110 hari sudah. Dan saya percaya di hati mak masih ada Abah lagi. Jauh di sudut hati mak mungkin masih sebak kerana mak sudah tentu merasai bayang-bayang Abah di sisinya. Dan sudah tentu mak perlu peneman untuk mendengar cerita, ngomelan, aduan, keluhan dan juga bisikan Mak. Saya nak utamakan Mak saya dari segala-galanya. Alhamdulillah, ditakdirkan dan ditentukan Allah subhanahuwataala tempat saya di sisi mak. Mak berada di depan mata dan saya boleh perhatikan apa yang mak buat setiap hari. Syukur Alhamdulillah.

Adik-adikku!
Mak sihat dan In Syaa Allah Along akan sentiasa menjaga kesihatan mak. Terima kasih adik-adikku kerana sentiasa mendoakan kesihatan Mak dan memudahkan tanggung jawab Along. Terima kasih juga kerana setiap hari menelefon Mak dan tidak membuatkan Mak sunyi semasa Along keluar bekerja.

Mak,
Along rasa apa yang Along lakukan pada Mak takkan sampai dengan apa yang Mak buat untuk Along. Mak melahirkan Along pada usia yang muda dan sudah tentu lalui hari-hari yang sukar membesarkan Along. Cabaran membesarkan dan mendidik Along lagi teruji semasa Along di usia remaja. Sehinggalah sekarang dah masuk 40an, Mak masih lagi ada rasa risau pada anak sulung mak ni. Sentiasa ingatkan itu, ingatkan ini. Tak putus-putus pesan perkara yang sama sebelum tidur dan semasa nak keluar rumah. Alhamdulillah, tak pernah lagi Along rasa jemu. Percayalah Mak, Along takkan boleh duduk kalau tak dengar suara Mak dalam sehari. Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang Mak ketat-ketat. 
(letak 'a' 40 kali sebab nak luahkan rasa sayang untuk Mak selama 40 tahun...hihi)



Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah ku kesihatan yang baik untuk aku menjaga ibuku dan berikanlah ku kesabaran untuk aku melayan ibu ku sebaik-baiknya.



~

 


Friday, March 28, 2014

Amalan hari Jumaat

~Assalamualaikum~

Sebelum ni tercari-cari apa amalan yang boleh kita amalkan pada hari Jumaat. Bila dah gugel2, rupanya banyak betul amalan baik yang mudah je kita lakukan. Yang penting MUDAH dan ada ganjarannya. Alangkah ruginya saya sebelum ini sebab selama ni hanya baca Yaa Sin dan itu lah yang hanya mampu buat. Dan tergerak hati ini untuk menambah amalan bila dah kehilangan seorang yang saya sayangi dan kasihi, Abah saya. Tiap-tiap malam berdoa agar dapat berjumpa dengan Abah di dalam mimpi. Tapi masih belum lagi dapat ketemu. Nak juga jumpa sebab nak dengar apa amanat Abah untuk anak Abah ni. Mungkin boleh anak sulung Abah ni sampaikan amanat Abah kepada adik-adik. Sehingga saat ini anak-anak Abah hanya cuba sedaya upaya untuk menambahkan amalan dan mohon pada Allah Subhanahuwataala supaya amalan-amalan ini dapat menambah saham akhirat Abah.


Subhanallah walhamdulillah walaaIlahaillallah wallahuakbar,
Walahaulawalaquwwataillah billahil'aliyyil'azim.

Balik pada amalan-amalan mudah yang dapat saya kumpul dari sahabat alam maya.
Beruntungnya saya kerana bercuti pada hari Jumaat dan inilah peluang sebenarnya untuk saya. Moga-moga amalan-amalan ini dapat dilaksanakan sebaiknya. Semua orang telah maklum Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari yang baik untuk kita tambahkan pahala kita, hari yang mungkin kita dambakan untuk meninggal dunia pada hari itu. Dan In Syaa Allah, doa-doa kita pada hari Jumaat akan segera dimakbulkan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanahuwataala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam 'Alaihissalam dan baginda diturunkan dari syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam 'Alaihissalam, dan Allah Subhanahuwataala mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jom buat checklist,

Membaca surah As-Sajdah pada solat Subuh yang diiringi Sujud Tilawah ke hadrat Allah,
    Bacaan semasa sujud:
 "Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yang penuh limpah keberkatanNya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."
 
     Nota: Lebih mudah jika kita solat berjemaah. 

Membaca surah Al-Kahfi

Membanyakkan berselawat ke atas Nabi 

Membanyakkan doa

Memotong kuku

Kredit untuk : 
http://tazkirah.yolasite.com/tazkirah.php
http://tazkirahperingatan.blogspot.com/2011/09/bacaan-sujud-sajadahtilawah.html 
http://bersihjiwahati.blogspot.com/2012/11/checklist-amalan-amalan-sunat-hari.html

In Syaa Allah, akan dikongsi selepas ini ganjaran untuk amalan-amalan di atas ini pada post yang akan datang. Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk kita beribadat dan memperhambakan diri kita pada Yang Maha Esa.



Rindu pada Abah. Sayang Abah dan sayang Mak juga. Mungkin amanat Abah begini,
'Jagalah Mak baik-baik sebab Mak adalah cinta hati Abah.'


~


Saturday, June 8, 2013

Amalkan 5S dan Hindarkan 3M

~Assalamualaikum~

Amallkan 5S iaitu,
Senyum,
Salam,
Sopan,
Santun,
Sapa,

dan hindarkan 3M iaitu,
Mengeluh,
Merungut,
Menyesal.


Reset Minda ~ Lembut dalam Kehidupan


~

Thursday, May 30, 2013

Harapan dan peluang ...

~Assalamualaikum~

Apa yang kita patut sebut bila kita bangun pagi keesokan harinya? Sepatutnya kita kena sebut, 'Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi peluang untuk aku bernafas lagi.', kan..

Kan kita baca doa sebelum tidur yang bermaksud, 
"Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan mati."

...dan bangun dari tidur pula kita baca doa yang bermaksud,
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan (tidur) kami dan kepadaNya kami akan kembali."

Kalau direnung-renungkan kita memang kena bersyukur sebab sebenarnya kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari hari sebelumnya. Dan kita masih lagi ada harapan untuk menjadi sebaik-baik manusia di muka bumi ini.

Peluang dan harapan. Siapakah yang memberi kita peluang dan harapan itu sebenarnya? Bukan siapa-siapa tetapi hanya Yang Maha Kuasa dan Maha Agung.

Bersyukur lah kepadaNya kerana memberi kita peluang dan harapan itu.

Alhamdulillah.




~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages