Thursday, December 30, 2010

Jangan Kau Lepas

.
.
.

.
.
.
lagu yang saya tujukan kepada yang teristimewa...

Saturday, December 25, 2010

our new hair cut...

~Assalamualaikum~

...baru je balik dari Pekan Nat di Kuala Nerang. Hajat hati nak cari tudung untuk Alya. Mai kat Pekan Nat ni banyak betul pilihan tudung. Macam-macam ada. Jenuh memilih. Alya pulak..masam je sebab dah tak reti nak pilih. Tudung-tudung tu disangkut dan ada yang dilonggok. Yang si Alya pulak lebih suka tudung tu dipakaikan di patung. Bila patung tu pakai tudung, baru dia berkenan.
 Alahai Alya..kat Pekan Nat ni mana la nak ada patung. Last-last mama dia pakaikan satu-satu dan tengok depan cermin. Baru le senyum sikit sebab dah nampak diri tu 'comel' depan cermin. Agaknye la...

Habis je sesi memilih, menerai, menelek depan cermin dan membayar, kami pergi le pulak menunaikan hajat si Alya nak potong rambut. Kami pun main terjah je saloon rambut kat pekan tu. Sementara dok tunggu tu, mai pulak rasa teringin saya nak rambut baru. Dah lama tak berambut pendek, nak try pulak pesen baru. Yang tak syoknye, tengah dok potong rambut, ada pulak mamat masuk nak potong rambut gak. Ape ke hal ni? Takde tempat lain ke mamat ni potong rambut. Elok si amoi potong rambut tu kata, 'Siap!', terus saya capai tudung dan pakai. Taktau le macam mana le rupa hasil pesen baru rambut saya tu. Balik rumah tengok-tengok, belek-belek depan cermin, memang tak puas hati. Sebenarnya nak pendek lagi, tapi macam ni pulak jadinya. Mula le hati ni mengata-ngata kat si mamat tu. Ape la..lain kali pikir la sama sensitiviti aurat wanita. Teruk toi.

pesen macam ni le saya mintak, tapi yang jadinya lain...
depan ok, tang belakang tak cukup pendek lagi..hukhuk..waaaaa....

Sudah! Sudah! Macam budak kecik pulak...

Nak tengok rambut Alya macam mana?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 'Hi mama ku sayang!'




.
~

Friday, December 24, 2010

Jom kita bersenam nak?

~Assalamualaikum~

...saya baru je berkira-kira nak aktifkan semula senaman saya. Setelah sekian lama tak bersenam sejak bulan puasa tu, terus saya jadi berlemak-lemak. Tapi Alhamdulillah, tak sampai le lagi overweight. Dan Alhamdulillah, sihattt lagi. Hmmmmm.....sejak bulan puasa, hmmm...lama giler tu.

Tapi tu la..nak senam sorang-sorang tak besh. Alya ada jugak kata, 'Mama, jom kita pegi jogging.' Mama pulak bagi alasan, 'Ala sayang, jogging tak besh. Nanti Alya lari jauh ke depan, mama dok lenggang kangkung tertinggal di belakang.' 

Itu la saya, cukup lemah dalam bab berlari-lari ni. rasa berat je badan. Orang lari-lari, saya pulak jalan-jalan. Mana nak keluar peluhnye. 


Sebelum ni saya mengikuti kelas aerobik. Memang best giler. Macam menari kat disko misko pulak, tihehe... Saya suka sangat-sangat. Tapi tu la, lepas bulan puasa tu terus stop. Jadi antara azam tahun baru ni, saya akan sambung balik kelas aerobik tu. 

Kak , tunggu saya. Saya nak menari jugakkk...
1, 2, 3, 4 ....




~

Thursday, December 23, 2010

mari mari..anak-anak Cikgu Fatin. Mari masuk kelas..

~Assalamualaikum~

...okay, today we will discuss how to answer Part C in Paper 2 SPM. Please write down these questions...


(a) Explain two factors that affect calories requitement of an
     individual. [4 marks]
.
(b) The following information shows the health problem of a man.
  • Obesity 
  • Diabetes
  • High blood pressure (Hypertension)
     Explain how the man can overcome his health problems.
     Your explanation should include the following aspects:
  • Identify the problem [1 mark]
  • State one reason why the problem occurs [1 mark]
  • State three methods to solve the problem [3 marks]
  • Choose the best method and explain your choice [1 mark]
Bila Cikgu Fatin langut je, semua pelajar terkulat-kulat nak menulis. 'Alaa..cikgu ni, bagi la soalan dalam Bahasa Melayu. Kami tak paham'.

Okay, tulis soalan ni... 
Maka Cikgu Fatin pun bagi le pulak soalan dalam Bahasa Melayu. Macam tu bila dalam kelas Sains. Teringat kata-kata Tuan Haji Roslan masa mesyuarat PEKA. 'Cikgu-cikgu sampaikan pengajaran dalam medium yang difahami oleh pelajar-pelajar ye.'

Jadi, kelas saya hampir keseluruhannya, saya sampaikan jugak dalam Bahasa Melayu iaitu medium yang difahami oleh studens saya. Cuma ada istilah-istilah sains saya kekalkan juga dalam Bahasa Inggeris. Kena buat macam tu la. At least, objektif pengajaran saya tercapai.

Balik pada soalan yang berwarna purple di atas. Rasa-rasanya studens boleh jawab tak? Memang sangat-sangat boleh jawab secara spontan walaupun dia tak baca buku langsung di rumah.
Tapi janji dia mesti la ikuti kelas yang mana cikgu dah terangkan konsepnya. Kalau tak, langsung takleh nak buat. Merapu merepek je la atas kertas jawapan nanti..

Cuba tengok contoh jawapan di bawah. Isi ringkas dan tepat, dan sekali cikgu semak terus dapat full marks.

(a) 1. Man requires more calories.
      2. Children need more calories.

(b) Identify the problem : 
     Obesity, diabetes and high blood presure.
     
     Reason for the problem : 
     Less exercise
     
     Three methods to solve problem :
     Do more exercise, eat less and take a balanced diet
    
     Best method :
     Doing more excercises to avoid health problem.

Ayoyo...banyak senang.
Memang senang dan ramai studens yang masih tak tahu sebenarnya jawapan tu sendiri adalah amali seharian mereka di rumah. 

Lepas-lepas ni semua anak-anak Cikgu Fatin tolong buka mata luas-luas ye...



~

Wednesday, December 22, 2010

Konfiden tak bila kita naik bas ekspres?

~Assalamualaikum~

...baru ni kita di'kejut'kan lagi dengan kemalangan bas ekspres. Kali ni banyak nyawa yang terkorban. 27 orang. Hampir kesemuanya adalah pelancong asing. Hanya dua orang rakyat Malaysia. Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa yang beragama Islam. Saban tahun kita akan dengar ada saja berita kemalangan ni. Tahun ni saja, sila lihat rekod di bawah:

Rekod ihsan Encik Razak.

20 DIS - 28 terkorban dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.

16 DIS - 4 kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.

14 DIS - 14 orang pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Km 156.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban ke dalam parit.

11 DIS - 3 pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 304.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng, Perak.

4 NOV - Seorang maut dan 2 cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang di Km 20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 OKT - 7 penumpang maut dan 39 cedera termasuk 17 parah apabila sebuah bas terlibat dalam kemalangan di Km 36 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

10 OKT - 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terlibat kemalangan di Km 223 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

2 SEPT - 18 orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 OGOS - Seorang pemandu bas ekspres terbunuh manakala 3 cedera parah dan 6 cedera ringan apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km 306.2 Lebuhraya Utara-Selatan.

17 APRIL - Seorang penumpang patah tulang rusuk manakala 6 yang lain cedera ringan apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di Km 32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.
.
NAUZUBILLAHI MIN ZALIK.
Salam Takziah untuk keluarga mangsa.

Saya adalah penumpang setia bas ekspres saban tahun. Destinasi utama saya ialah Kuala Lumpur. Paling kerap pun saya pergi ke Kuala Lumpur setahun lima kali. Dua tahun lepas saya bercadang untuk bertukar mood perjalanan saya kepada yang lebih cepat. Tapi dihalang oleh ibu saya yang berkata, 'Buat apa nak membaziaq duit. Naik bas ja la. Nak cepat pun 5 jam. Naik malam, hang tidoq dalam bas tak teghasa pun buang masa banyak.' Masa tu nak je saya jawab kat mak saya, 'Mak, la ni kemalangan bas dok jadi. Takut la.'  Tapi pikir balik mak saya mesti jawab macam ni, 'Kalau Tuhan nak ambil nyawa, hang naik bas ka, kapai teghebang ka, jadik jugak.' Jadi saya pun dengar la cakap ibu saya tu. 

Saya suka nak bercerita di sini tentang bas ekspres yang baru ni saya naik untuk pergi ke Kuala Lumpur dan balik di Pokok Sena, Kedah. Saya terkesima bila pemandu bas ekspres ini membuat ucapan ringkas sebelum memulakan perjalanan. Dan saya rasa lebih selamat dan yakin apabila dia mengajak kesemua penumpang membaca doa menaiki kenderaaan bersama-sama. Masa tu jugak dalam hati saya berkata, 'Oh, patut la mak bukan main promote bas ni.' Terngiang-ngiang lagi di telinga saya, ibu saya berkata, 'Hang naik bas Mara Liner senang ja. Teruih beghenti depan ghumah.' Tambah mak saya lagi, 'Mak ghasa selamat sangat naik bas tu.'


Kena ingat sama tau...
'AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH SUBHANAHU WATAALA'




~

Tuesday, December 21, 2010

Sekali pandang, nak sama. Tapiii...

~Assalamualaikum~

...saya tertarik nak bercerita tentang dua orang cilik ini yang sangat-sangat mengujakan. Biarlah saya namakan di awal ini sebagai A dan B. Pertama kali saya tengok B ni mengingatkan saya si A. Saya tengok orangnya dari  segi bentuk badan dan rupa hampir sama. Tak percaya cuba tengok...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sama tak?
Mari saya kenalkan. Yang pakai baju melayu merah gelap tu A dan yang pakai neck-tie purple muda tu B. 'A' ialah adik Muhammad Bin Ahmad Zahid. 'B' pulak ialah adik Abdul Hadi Bin Abdul Mazlan. Bezanya dua orang cilik ni ialah haluan awal yang dilalui oleh mereka. Rasanya semua orang boleh huraikan sendiri bila tengok dua orang cilik ni.

Saya boleh cerita serba sedikit tentang mereka. Seperti yang semua dah tahu adik Muhammad mula menarik perhatian ramai kerana dia telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran pada umur 10 tahun. Sementara adik Hadi pula ialah salah seorang peserta Idola Kecil 3 yang kita lihat sedang berentap di TV9.

Saya suka nak kongsi video kedua-dua orang adik ini. Sila la tengok...



 





~

Monday, December 20, 2010

Sedihnya bila ada orang tidak tahu adab berSALAMan...

~Assalamualaikum~

...pernah tak melalui situasi macam ni? 

Anda dengan muka penuh senyuman dan dengan hati yang ikhlas bersalam dengan orang lain di sebuah majlis. Tapi orang yang anda salam tu langsung tak pandang pada anda.

Sedihnya rasa bila orang tu buat macam tu kat kita kan? Masa tu mula le bermain-main dalam kepala, 'Teruk sangat ke rupa aku ni?', or 'Kenapa dia tak tengok kat aku? Hodoh sangat ke aku?' or 'Tak layak ke aku bersalam dengan dia.' or 'Hina sangat ke aku?' dan macam-macam lagi le ungkapan-ungkapan merendah diri keluar dalam kepala otak. Serta merta terasa sedih dan pilu. Masa tu jugak le rasa je nak buka ceramah pasal adab-adab bersalam. Ataupun nak bagi risalah pasal adab bersalam

Honestly, saya cakap saya selalu mengalami macam tu. Saya alaminya semasa saya pergi majlis kenduri kesyukuran, majlis kahwin, majlis ilmu malahan dalam masjid selepas solat hari raya pun ada yang beradab begitu. Tak boleh sebut ADAB. Adab untuk orang yang tahu ADAB saje. Lagi sedih bila ia berlaku dalam majlis yang penuh keberkatan dan kemuliaan.

Untuk yang nak tahu macam mana le ADAB tu, boleh le scroll down terus ke bawah ni..

eh eh..silap lak masuk gambar ni. HARAM! HARAMMM!
 
Adab Bersalam yang saya petik dari SINI*

1. Senyum sambil berjabat salam.
2. Memandang ke wajah orang yang kita salam. 
    Ada dalil tentangnya:   
    لا تحقرن من المعروف شيئا ، ولو أن تلقىأخاك بوجه طلق
    Dari Abu Dzarr al-Ghifari, [sabda saw] “Jangan sekali-kali 
    engkau anggap ringan suatu kebaikan, walaupun hanya engkau 
    melontarkan wajah yang manis kepada saudaramu.” 
    [HR Muslim, # 2626]. Dalam hadith itu ada menyebut 
    melontarkan wajah yang manis ia merangkumi eye contact dan 
    senyuman. Lazimnya memang begitulah adat atau uruf, kena 
    ada senyuman dan eye contact.  

Wallahuaklam.
.
~

Sunday, December 19, 2010

Kalau dah ditakdirkan jadi cikgu...

~ Assalamualaikum~

...saya akui saya memang ditakdirkan menjadi seorang guru. Dulu masa sekolah, tak pernah ada pun dalam cita-cita saya menjadi cikgu. Malah saya tak minat langsung pun. Saya ada cita-cita lain. Saya suka kerja di pejabat yang mula pukul 9 habis pukul 5. Saya suka kerja yang ada kaitan dengan seni. Saya suka kerja yang sesuatu yang sentiasa berlegar-legar dalam kepala saya dan saya luahkannya di atas sekeping kertas. Saya nak lakarkan di atas kertas idea-idea saya. Saya ingin sangat masa tu nak jadi ARKITEK.

Tapi...

Haluan hidup saya banyak dipengaruhi oleh keluarga. Dulu saya tiada langsung self-confidence. Nak buat apa-apa mesti kena tanya pendapat mak. Mak suka, jadi la. Kalau mak tak suka, tak jadi la. Mak kata mak suka kalau jadi cikgu. Kalau nak lebih bagus lagi, jadi doktor. Haha..jadi doktor takleh le mak. IQ tak sampai tahap tu. Ambil yang rendah je la. Mak kata mak suka jenis kerja macam tu sebab kerja tu la yang mulia. Kerja yang terlibat dengan masyarakat, selalu menabur budi dan sentiasa beramal sesama insan. Saya suka alasan mak tu. Dan saya terima bulat-bulat. 

Dengan result STPM, saya apply jadi cikgu. Dalam masa yang sama saya apply juga ITM (sekarang UiTM). Alhamdulillah, dua-dua saya dapat. Tawaran dari Maktab Perguruan datang dulu dan saya terima. Tawaran dari ITM pulak datang kemudian tapi saya tak tahu pun saya ditawarkan kerana surat tawaran itu disembunyi oleh mak dan abah saya. Mak saya takut saya berubah fikiran bila tengok surat tawaran ITM. Malam sebelum saya pergi mendaftar diri masuk Maktab Perguruan baru mak saya buka cerita. 

Masa tu memang nak marah tapi saya pikir-pikir balik mungkin ini la jalan hidup saya. Ikut dan patuh cakap mak akan lebih diredhai dan diberkati oleh Allah swt. Untuk semester pertama, saya banyak main-main, tak sungguh-sungguh sebab tak minat punya pasal. Tapi masuk semester kedua, saya punya pandangan terus berubah. Masa tu saya melaksanakan satu assignment yang perlu saya berada bersama murid-murid di sekolah. Masa tu le terasa seronok bila bersama dengan murid-murid yang sentiasa bersifat ingin tahu dan mereka akan bertanya, 'Cikgu, kenapa .....?' 'Cikgu, bagaimana .....?' 'Cikgu, apa yang .....?' 
Terujanya saya waktu tu nak menjawab dengan panjang lebarnya, 'Bla bla bla bla .....'
Murid-murid tu pun mendengar dengan penuh khusyuk dengan senyuman lebar mereka.

Sekarang dah masuk 13 tahun saya menjadi guru. Saya suka dan cinta pada kerja saya. Memang saya tak ragu lagi. Banyak asam garam yang saya rasa sepanjang menjadi cikgu ni. Dan menambah pahit lagi, bila saya didatangi oleh seorang hamba Allah yang mengajak saya berniaga secara MLM. Saya terpengaruh pada awalnya dan dah keluarkan modal yang banyak untuk bisnes tu. Dalam masa dok dengar SDM dan DDM dan entah apa-apa lagi DDDDDM dia berceramah, saya sangat tak sedap hati bila dia kata, ‘Bila dah kaya hasil daripada bisnes ni, kita tak perlu lagi kerja kita. Berhenti saje la.’ Dalam hati saya kata, ‘Apa? Tinggal kerja cikgu? Takmo la. Saya suka kerja cikgu ni. Saya tak akan tinggal students saya. Saya suka mengajar students saya. Saya suka bila students saya bertanya macam-macam soalan. Saya suka layan kerenah students saya. Saya sayangkan kerja ni.
.
Dengan rasa cinta dan kasih saya pada kerjaya saya ni, saya lepas buang bisnes tu. Tinggal la sekerat jalan. Taknak pikir-pikir lagi nak jadi kaya. Takkan jadi lain selain dari CIKGU.


-pic by courtesy of google-
Saya suka tengok students buat eksperimen. Ada yang serius, ada yang memain, ada yang teruja, ada yang takut-takut.




~

Saturday, December 18, 2010

Yuna oh Yuna!

~Assalamualaikum~

...herm, nak tanya. Siapa penyanyi-penyanyi muda yang ada masa kini? Punya la ramai penyanyi yang muncul sekarang sampai tak dapat nak sebut semua-semua nama. Tapi kalau perlu nama yang disebut secara spontan, saya akan kata YUNA. 

Kenapa Yuna? Tanya le diri sendiri kenapa nama Yuna yang jadi sebutan. Saya akan bagi sebab, 'Dia menyenangkan mata memandang. Nampak bijak, manis dan sopan. Dia juga ada high self-confident dan ada wawasan sendiri.'

Tak perlu disebut nama-nama lain lagi sebab saya tak akan ambil tahu. Walaupun ada juga suara berlalu di tepi telinga saya, Ana Rafali. Saya tolak jauh-jauh.

Saya bukan la peminat Yuna dan saya tak akan cari lagu-lagu dia di Youtube atau mana-mana kedai jual kaset dan cd. Cukup sekadar kata, 'Saya menyenanginya.'





~

Friday, December 17, 2010

Mari ajar anak kita buat karangan...

~Assalamualaikum~


...ha! Wahai ibu-ibu dan bapak-bapak di luar sana. Mari kita ajar anak kita buat karangan sendiri. Elok sangat le waktu cuti sekolah macam ni, dah penat berjalan-jalan, pergi bukit (segala jenis highlands kat Malaysia ni), pergi pulau, pegi sana pergi sini, cuba pulak bagi aktiviti ni untuk anak-anak. Soalannya begini:

Bina sebuah karangan berdasarkan video di bawah ini. Karangan anda hendaklah mempunyai peribahasa-peribahasa yang bersesuaian.


Hmm, macam mana? Dah tengok? Menarik kan? Apa tunggu lagi. Mulakan dari sekarang. Eh, sekejap. Ada lagi ni. Karangan tu panjangnya bebas, takde had maksima nye. Jadi karang le sesyok mungkin, janji ada peribahasa-peribahasa yang bersesuaian, contohnya, 
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat, 
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang, 
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni, 
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah,
Bagai langau di ekor gajah,
 dan macam-macam lagi.

Okay le tu. Banyak betul peribahasa kita ni. Orang Melayu ni kan kaya dengan budi bahasa. 
Peribahasa. Budi bahasa. Peribahasa. Budi bahasa.
Eh, macam takde kena mengena pulak. 

'Alyaaa! Alyaaaaa!'




~

Thursday, December 16, 2010

Cabar diri anda hidup tanpa henfon dalam seminggu...

~Assalamualaikum~

...saya baru je tonton rancangan Oprah Winfrey Show. Topiknya ialah tentang satu cabaran yang perlu diikut oleh satu keluarga selama 7 hari, 'What Can You Live Without?'
Keluarga Haneys ni memilih hidup tanpa teknologi. Famili ni awalnya ada masalah dengan penggunaan teknologi. Akibat terlalu taksub menggunakan teknologi sehinggakan tiada komunikasi antara satu sama lain. Bapa yang asyik menonton tv, ibu kerap mengadap laptopnya, anak perempuan pula dengan henfonnye sementara anak lelaki pula dengan video game. Betapa teruknya komunikasi di antara satu sama lain sampaikan si ibu hendak meminta tolong anak pun hanya 'sms' walaupun tinggal dalam satu rumah. Melalui cabaran 'WCYLW?' yang dibuat oleh Cik Oprah, semua bahan-bahan teknologi tersebut dirampas untuk selama 1 minggu. Tinggal la famili tersebut tanpa tv, handfon, video game, komputer dan laptop. Akhirnya, famili dapat le berubah menjadi keluarga yang normal dan saling menghargai antara mereka.

Saya pernah jugak buat ala-ala macam ni, tapi tak la semua barang teknologi saya ditolak ketepi. Hanya HANDFONE sahaja. Kenapa saya buat macam ni? Sebab saya perlukan masa-masa yang berkualiti bersama anak saya tanpa pengaruh dan gangguan luar. Masa tu saya rasa hanya ada saya dan anak saya. Buat semua aktiviti mesti bersama-sama. Tapi saya hanya cabar diri saya selama 5 hari sahaja. Saya akui kesannya memang baik sama seperti kata Cik Oprah di atas. 
*___*

*mom 'n' daughter*
.
Kalau anda semua hendak mencuba cabaran yang lebih mencabar sila klik di SINI. 




~

Wednesday, December 15, 2010

saya cukup pantang tengok lampu dan kipas terpasang bila tiada orang!!!

~Assalamualaikum~

...pernah jumpa signboard macam ni tak?




Itu semua sign atau peringatan untuk kita supaya jimatkan elektrik. Tapi tak semua orang boleh ikut macam tu,kan. Mesti ada alasan macam ni. 'Alaa..orang nak guna lagi le bilik ni. Keluar kejap je, nanti nak masuk balik.' Ataupun, 'Ish..leceh la. Buat pe nak tutup, biar le terbuka. Nanti takyah nak bukak lagi sekali.' Atau lebih teruk lagi, 'Suka ati aaa..bukannye aku nak kena bayar pun.'

Itu alasan masing-masing. Dah pendapat masing-masing macam tu. Yang prihatin tetap prihatin, yang tak prihatin tu hmmm tak tahu le nak buat macam mana lagi. Sekarang ni ada kempen jimatkan elektrik, tapi tak le kerap sangat keluar kat tv n radio. Hari tu sekali ada kempen Earth Hour yang ajak kita tutup lampu selama 1 jam bermula 8.30 malam pada 28 Mac 2009. Bagus kempen ni. Bergelap sama-sama.

Balik pada tajuk entry di atas. Ye, saya memang pantang nampak lampu dan kipas terbuka bila takde orang. Saya akan tutup. Dah jadi kebiasaan di mana-mana, bila saya nampak lampu terbuka saya akan cari suis untuk tutup. Saya tak sedar tabiat saya ni sehingga la tiga tahun lepas saya ke kampung halaman ibu saya di Indonesia. Bila pergi rumah sanak saudara ibu saya, ada orang berkata, 'Oh, ini la budak yang suka tutup lampu bila orang tidak ada ya.' Automatically saya berkata dalam hati, 'Oh, turun kat Alya rupanya.' Dan memang ya, Alya ikut sifat saya. Terlalu kerap Alya ingatkan saya sebelum keluar bilik, 'Ma, tutup lampu ma.' Walaupun saya dah pegang pun suis untuk ditutup. Ini ayat yang selalu Alya kata pada saya juga, 'Mama ni..biarkan je air-con terbuka. Orang takde pun.' Saya pulak jawab, 'Sayang, mama nak sejukkan bilik tu. Nanti mama tutup la.' Hehe..

Itu je la yang saya nak kongsi cerita hari ni. Semoga ini dapat mengubah sikap orang-orang yang suka membazirkan elektrik. Yang penting kena tahu ini bukan sahaja dapat jimatkan wang ringgit kita malahan juga dapat mengurangkan masalah pemanasan global (hmm..tanggungjawab besar tu menjaga DUNIA).
.
Ini ada kempen sikit untuk tatapan sekeluarga..


.



...pssst...
Abah saya lagi jimat cermat orangnye. Terang sikit je, ada le sinaran cahaya curi-curi masuk pun kena tutup lampu tau.





~

Monday, December 13, 2010

nak kuruus ke nak gemok?

~Assalamualaikum~

...tengok semua-semua tajuk entry kat atas, ada yang rasa nak tolong jawap tak? Gemok (sambil kembungkan pipi) atau kuruuus (cengkungkan pipi pulak). Ulang sekali lagi sambil mimikkan muka anda semua, GEMOK atau KURUUUS?

Kurus? Semua suka perkataan tu. 'Awak ni kurus le.' Sah-sah dia akan tersenyum  lebar. Dalam hati, 'Eee..seronoknye.'

Lain le  kalau sebut gemuk. Ada orang sengih tak kalau kata kat dia gemuk? Serta merta yang tadi tengah gelak-gelak, mesti tarik muka dari U kepada n. Betul tak?

Saya pernah kurus dan saya pernah gemuk. Masa zaman saya kurus, dulu sweet-sweet dari kecik-kecik sampai le saya 20an. Masa tu memang kurus. Berat saya orang kata tak cukup makan. Ehh..ni kurus kering ni. Silappp...takde le kering, ada gak isi. Masa kecik-kecik, orang kata kat saya, kurus macam lidi. Bila besar pulak orang kata kurus macam papan. Tambah pulak lagi ayat yang macam ni, 'Apa ni Fatin, sekeping jer.' Ish ish ish..
.
Bila dah beranak sorang, menjadi-jadik le badan saya. Maklum le menyusu badan dok feedingkan Alya. Pastu saya sambung belajar, badan saya kurus sikit. Bukan le sebab study maut sampai tak makan. Ni sebab saya dok makan kopi kurus badan. Saya minum kopi tu berkotak-kotak sampai la adik saya kata, 'Along, i tengok u macam jerangkung.' Adik sorang lagi kata, ' Kepala besaq, badan kecik.' Ayat dahsyat mahsyat sungguh depa kata. Hukhuk..uwaaa...

Last-last saya berenti jugak segala usaha nak bagi kurus. Sekarang saya selesa dengan berat badan saya, 60kg. Kalau boleh, nak maintain macam ni je. Taknak turun, taknak naik. Kalau ikut nombor memang dikira gemuk, tapi tak pernah le dengar orang kata, "GEMUKNYE".

Caranya amalkan cara hidup yang sihat, banyakkan minum air bergelas-gelas (kalau boleh 8 gelas sehari). Challenge dengan diri sendiri. Pagi-pagi bubuh siap-siap tumbler (bekas air) yang boleh muat 8 gelas air tu. Bawa le ke mana-mana tumbler tu. Mesti habiskan dalam sehari. Kalau tak abis, anda dikira kalah.

Kalau kat luar nak makan-makan, order le jus buah-buahan. Yang ni kena rajin jugak buat kat rumah. Cuba-cuba le ye..

Saya nak tunjuk gambar Kak Mah kat bawah ni,
.

.(sori na Kak Mah, pinjam gambaq sat)
.
Anda suka yang mana, Kak Mah atas ke Kak Mah bawah?





~

*sEnyUm* untuk Alya Farisah

~Assalamualaikum~

...teringat masa dalam kereta dengan Alya baru-baru. Kami cakap pasal topik 'Senyum'. Tehehe..sikit punya bagus, sembang-sembang kosong pun ada topik perbualan jugak.
Jangan kedekut senyuman. Senyuman itu satu sedekah. Kalau kedekut nak senyum, muka masammm je..Allah tarik rezeki kita.
Tapi AWAS, jangan le pulak senyum kat orang ntah apa-apa tu. Pandai-pandai le. Agak-agak le.

Pastu pulak, Alya ada kata, 'Mama, Alya suka dengar lagu ni.' Melalak le dia lagu tu dalam kereta. Saya kata, 'Record le Alya. Mama nak simpan. Boleh le nanti mama tengok bila-bila.'

Sekarang Alya berada di rumah sepupunya di KL. Saya pulak di utara sini, selang dua buah negeri. Rasa rindu yang amat sangat walaupun baru 1 hari. Teringat nak tengok balik video yang Alya record. Kodek-kodek dalam memori fon, takde le pulak. 'Ish, Alya ni record ke tak?' 
'Hmm..takpe la. Video kat bawah ni pun jadi la untuk mengubat rindu pada Alya.'


* ____ *


Alya bersama sepupu-sepupunya





~

Sunday, December 12, 2010

Mestikah saya terikut sama fesyen tudung terkini?

~Assalamualaikum~
.
...sekarang fesyen tudung jenis apa ye? Tudung jenis shawl kan, ataupun tudung apa ye namanya ala-ala Bu Arini (ada orang kata tudung instant). Ada lagi kalau diperhati di luar sana tu, pashmina, tudung syria (sekadar menyebut nama yang popular masa kini). 
Hmm..tudung ni ada banyak persepsi, pendapat lain-lain. Mungkin bagi sesetengah orang di luar sana mengatakan asal letak kain atas kepala, itu la 'tudung'. Tapi bagi saya, maksud tudung ni mestilah yang menutupi segala urat rambut di kepala dan kalau boleh mengikut hukum Islam mestilah menutupi bahagian dada. Saya tak boleh kata Cik Siti kita memakai tudung sebab ia tidak menetapi syarat bernama tudung. Contohnye la. 

Ok, balik pada jenis tudung terkini. Shawl. Sangat-sangat popular sekarang. Tudung yang diberi nama shawl ni kalau dibuka semula sejarah zaman nenek moyang kita, cara pakai tudung ni sama dengan cara pakai tudung nenek-nenek dahulu. Alaaa...tudung yang berupa selendang panjang dan bila nak pakainya, lilit-lilit kan la di kepala dan tutup di bahagian dada terus disematkan dengan pin atau brooch. Nenek-nenek pulak bila pakai lilit-lilit di kepala, menutupi bahagian dada dan cara sematkannya hanya dengan selitkan di mana-mana bahagian tepi antara telinga dan dagu. Cuma dahulu takde la banyak bagai-bagai warna dan corak seperti sekarang.

Saya suka bercerita di sini saya tidak la sangat terpengaruh dengan cara pakai tudung terkini. Saya tak kisah kalau orang kata saya tak up 2 date. Dan saya tak kisah kalau orang kata saya tidak mengikuti zaman. Cuma nak diperbetulkan di sini adalah saya mengaku yang saya mengikuti zaman dan saya mengambil tahu pasal fesyen terkini. Ikuti tak sama seperti tiru kan. Saya juga mengaku saya bukanlah orang yang mudah terpengaruh dengan orang lain jika saya tidak berkenan atau tidak selesa dengan fesyen itu.

Ada dua sebab kenapa saya tidak terikut fesyen terkini.
1.Tidak selesa
2. Membazir

Saya rasa tidak selesa sebab saya rasa lebih selesa dengan jenis tudung yang saya sedang pakai sekarang. Bila saya pakai tudung shawl saya tidak suka lilit-lilit banyak kali di kepala. Sama le jugak kalau pakai pashmina (hehe..ni sesuai sangat untuk orang yang hidung mancung-pancung je). Kalau pakai tudung instant atau tudung syria, entah kenapa anak rambut saya suka sangat nak jenguk keluar. Bila dah asyik perbetulkan rambut dan paksa masuk dalam tudung, saya pun jadi malas nak pakai.
.
Kenapa membazir pulak? Ini la sikap yang disukai oleh encik syaitan bila membazir. Saya pikir-pikir kalau saya pakai tudung fesyen terkini, apa le patut saya buat dengan tudung-tudung lama. Kesian kat tudung-tudung tu kalau saya tak pakai lagi. Tudung-tudung tu masih elok, kenapa pulak saya perlu ketepikan mereka. Betul tak?
.
 satu drawer muat 30 helai tudung, saya ada 3 drawer penuh dengan tudung. Hmm..sayang, sayang.
.
So jalan terbaik yang saya ambil, jangan le terPENGARUH dengan fesyen terkini kalau ia boleh merugikan diri sendiri. Hati sendiri berkata, SENDIRI KENA FIKIR LA.





~

Saturday, December 11, 2010

Kenapa kita membaca Al Quran walaupun kita tidak faham maksudnya..

~Assalamualaikum~

...anak saya baru-baru ni berkata, 'Ma, lepas Alya khatam Quran, Alya tak payah baca Quran lagi kan.' Saya berkata, 'Eh sayang, Quran kena selalu baca. Mana boleh tinggal terus lepas khatam.' Lepas tu siap le saya kata kalau baca Quran, Tuhan akan melindungi kita waktu susah dan senang. 

Saya rasa itu tidak mencukupi untuk meyakinkan dia untuk rajin-rajin membaca Al-Quran dan saya cuba searching google. Dan saya terjumpa kisah ini..


(klik pada Quran untuk ke URL nya)
 
...dan saya cuba translatekan kepada maksud yang saya fahami.

MENGAPA KITA MEMBACA AL-QUR’AN, MESKIPUN KITA TAK MENGERTI SATUPUN KATA BAHASA ARAB

     Seorang tua yang beragama Islam dan berbangsa Amerika tinggal di sebuah ladang di sebelah timur Pergunungan Kentucky bersama cucu lelakinya. Setiap pagi datuknya bangun pagi, duduk berdekatan dengan pendiang api  dan terus membaca Al-Quran. Cucunya yang setiap hari memerhati datuknya cuba meniru amalan datuknya itu. Suatu hari, dia bertanya pada datuknya, "Atuk, saya cuba membaca Al-Quran seperti atuk tapi saya tak faham langsung maksudnya. Jadi tak guna la saya membaca Al Quran?"

     Datuknya menjawab pertanyaan cucunya dengan tenang sambil meletakkan batu-batu di pendiang api, "Cuba ambil keranjang batu ini dan bawa ke sungai, dan bawakan  ke sini sekeranjang air." Cucunya itu pun buat seperti yang disuruh, tetapi semua air yang dibawa habis sebelum dia sampai di rumah. Datuknya tertawa dan berkata, "Kamu harus berusaha lebih cepat lagi." Datuknya sekali lagi meminta cucunya untuk kembali ke sungai bersama keranjangnya untuk mencuba lagi. Kali ini cucunya itu berlari lebih cepat, tapi keranjangnya akan kosong sebelum sampai di rumah. Dengan termengah-mengah dia mengatakan kepada datuknya, tidak mungkin dia dapat membawa sekeranjang air dan dia pergi untuk mencari sebuah ember untuk mengganti keranjangnya. Datuknya berkata, "Atuk tidak mahu seember air, atuk mahu sekeranjang air. Kamu mesti mencuba lagi." Dan dia pergi ke luar untuk menyaksikan cucunya mencuba lagi. Pada saat itu, cucunya tahu perkara itu tidak mungkin terjadi, tapi dia ingin menunjukkan kepada datuknya meskipun dia berlari secepat mungkin, air tetap akan habis sebelum sampai di rumah. Cucunya itu pun terus mencelupkan keranjangnya ke sungai dan kemudian berusaha berlari secepat mungkin, tapi ketika sampai di depan datuknya, keranjang itu kosong lagi. Lalu cucunya pun berkata, "Atuk, ini tidak ada gunanya. Sia-sia saja."

     Datuknya menjawab, "Cu, mengapa kamu berfikir ini tak ada gunanya? Cuba lihat dan perhatikan baik-baik keranjang itu." Cucunya itu memerhatikan keranjangnya dan baru ia menyedari keranjangnya nampak sangat berbeza. Keranjang itu telah berubah dari sebuah keranjang batu yang kotor menjadi sebuah keranjang yang bersih luar dan dalam. "Cu, apa yang terjadi ketika kamu membaca Al-Quran? Mungkin kamu tidak faham langsung maksudnya, tapi ketika kamu membacanya, tanpa kamu sedari kamu akan berubah, luar dan dalam. Itulah pekerjaan Allah dalam mengubah kehidupan kamu."

Bukankah Allah akan membalas setiap kebaikan walau sebesar biji zarah pun?

SUBHANALLAH...

* saya tak tukar maksud keranjang dan ember sebab takut akan mengubah maksud asalnya.




~

Friday, December 10, 2010

@ Ikea

Assalamulaikum wbt.

...kenapa suri-suri rumah suka pergi Ikea? Sebab bila tengok katalog yang dihantar di rumah-rumah, sangat-sangat geram nak ada juga mana-mana barang yang ditunjuk dalam katalog. Itu baru gambar dalam katalog, belum lagi pergi ke gudang besarnya.


Saya pergi Ikea setahun sekali. Kalau pergi mesti pergi dengan adik. Kalau beli barang pulak, mesti yang kecik-kecik je. Yang boleh muat masuk kereta. Benda-benda besar macam funiture tak boleh nak masuk dalam kereta. Pernah saya beli benda yang tak muat masuk dalam kereta. Kebetulan ada bas yang membawa team bola sekolah sendiri. Memang masa ni rasa saat-saat keemasan untuk menumpang letak dan dibawa balik ke Kedah. Orang Kedah kata, 'Sampai tagha tu..'


Baru-baru ni saya pergi lagi. Saya beli benda-benda kecik jugak. Dan baru ni jugak pertama kali saya makan di Ikea. Dapat le rasa cara ambil makanan lain dari yang lain.
Tengok le..


*makan2 wif my beloved sister*




~

Thursday, December 9, 2010

KebesaranMu...

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh,

...ada tak tengok sinetron Cinta dan Anugerah? Cerita ni ke udara setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 5.30 petang. Alaa..cerita yang ada sorang pelakon Malaysia yang kawin dengan artis Indonesia tuuu... 

Saya ada gak mengikuti cerita ni tapi tak le secara keseluruhan. Cerita ni menceritakan tentang kehidupan pahit manis tiga orang adik-beradik yang melalui cabaran dan dugaan. Punya le lama cerita ni dan kadang-kadang tengok, kadang-kadang tidak, sampai saya pun tak tahu siapa mak, siapa bapak, siapa kakak, siapa adik dan siapa berpasangan dengan siapa. Cerita ni jugak memberi gambaran hidup orang-orang Islam di Indonesia. Entah la..pelik jugak hukum-hakam yang difahami oleh mereka di sana. 

Itu pasal alkisahnya cerita sinetron tu. Yang saya tertarik bila mula je pukul 5.30 petang, adalah saat awal dan saat akhir selama 1 jam berlangsungnya cerita tu. Lagu 'KebesaranMu'. Dengan lirik yang indah dan dengan terasa syahdunya lagu ini membuatkan saya tercari-cari la di Youtube dan ingin saya kongsikan di sini bersama.
.

Kau tempatku mengadu hati
Memberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik Mu
Mencintai Mu sejati

Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan Mu
Lihat di langit kesepurnaan hadir Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha besar
Memuja Mu begitu indah
Selalu kau berikan semua
Kebesaran Mu Tuhan




~

Wednesday, December 8, 2010

siapa yang tak suka budak-budak, sila angat tangan...

Assalamualaikum wbt.

...syoknye kalau dapat main dengan budak-budak. Kadang-kadang, tengok telatah mereka ni pun dah terhibur. Hilang tension, hilang sedih, hilang rasa marah, rasa lapar, rasa dahaga, rasa mengantuk. Apa-apa je la...janji 'besh' dapat bersama dengan budak-budak.
Eh..kejap. Kejappp.. 

Rasa best dengan budak-budak ni kena ikut syarat jugak. 
Syarat pertama, mesti la waktu mereka ni tengah happy, ataupun masa perut mereka dah kenyang dan cukup tidur. Syarat kedua pulak, budak-budak ni mesti umurnya di antara 1 bulan hingga 4 tahun. Masuk 5 tahun dah tak best dah nak layan budak-budak sebab dah mula buat perangai macam-macam. Kalau kita tengok perangai yang macam-macam tu, kita kata, 'Mengade-ngade.' Atau pun kita akan kata, 'Eee..gerramnye.' (sambil gigi dikancingkan). Masa ni la kalau buat silap, kita nak marah. Tapi kalau budak-budak bawah umur 5 tahun bila buat silap, kita gelak terkekek-kekek geli hati.

Apasal ye, tiba-tiba cerita pasal budak-budak yang menghiburkan hati kali ini?

Sebabnya saya dah rindu sama tiga orang budak di bawah ini..

*Suha Wafieya*
Nama Ibu: Ruhill Husna, Nama Bapa: Mohd Shahir,
Alamat: ...Pulau Pinang
~yang ni paling dirindui sebabnya asyik dok memanggil 'yonggg, yonggg' (saya le tu) dengan mimik muka nakalnya.~

* Sufya Wasfa*
Nama Ibu: Ruhill Husna, Nama Bapa: Mohd Shahir,
Alamat: ...Pulau Pinang
~adik si Suha Wafieya yang suka sebut, 'ghehhh, ghehhh' dengan senyuman mengusik hati...~

*Anas Shyamil*
Nama Ibu: Ruhill Azimei, Nama Bapa: Ahmad Shyazli,
Alamat: ...Selangor
~yang ni pulak tengah dok ambil hati nye, sebab dia boy, dia eksyen sikit..~

Itu point saya yang sebenarnya. Nak cerita pasal anak-anak buah saya yang sangat menghiburkan hati. Jadiii..Suha, Sufya n Anas, nanti korang-korang masuk umur 5 tahun, mamalong (saya le) taknak layan lebeh-lebeh ye. Pada-pada je le ye.. 




~

Tuesday, December 7, 2010

Beli barang berbaloi-baloi...

 
Assalamualaikum wbt.

...dah seminggu nak post entry ni, tapi masih terperuk dalam kepala. Dalam kepala juga berbisik, 'Ish..toksah buat la entry ni. Nanti orang kata nak menunjuk-nunjuk.'  Ye la, betul jugak. Lepas tu pulak ada suara pulak berbisik, 'Orang lain beli jugak, tapi tak cerita pun dalam blog.' Hmmm..

Malam ni, bisikan-bisikan tu saya nak buang jauh-jauh. Nak tutup telinga takmo dengar. Jari-jari ni lebih laju menekan butang-butang QWERTY meninggalkan bisikan-bisikan yang masih lagi berkumandang sayup-sayup kedengaran. Ok k k..cukup.

Benda yang rasa nak ceritakan di sini dan rasanya kalau tak diceritakan terasa ralat sangat. Saya sebenarnya baru beli laptop netbook baru. (Ishh..nak sebut juga laptop. Laptop tu besar sikit la. Ini kecik je..) Bukan le niat nak menunjuk-nunjuk beli benda baru, ciwi pun tak. Ada orang taktau la ciwi tu apa. Ciwi tu kalau diterjemahkan dalam bahasa yang saya faham ialah perasaan atau perbuatan yang ditunjukkan apabila membeli sesuatu yang baru. Cikgu bahasa! Tolong betulkan kalau saya salah.

Netbook ni saya beli dengan harga RM1245. Brand Acer (Aspire One Happy) kaler light purple. Comel jer. Studenz saya lepas ni kalau tengok, mesti depa kata, "Cikgu ni, tak abis-abis dengan warna pepel. Tihehe..'Bukan le sayang, cikgu beli yang dah last dah. Yang ni je tinggal. Cikgu nak kaler pink. dah abis dah.' Beli pun kat PC Fair kat Aloq Setaq. Agaknya orang-orang yang duduk kat area KL n Penang mesti kata, 'Hmm..harga biasa je.'

Ikut le macam mana pun. Yang rasa berbaloi sangat beli, sebab dapat 10 item percuma yang kalau dicongak-congak harganya lebih kurang RM50. Dapat pulak baucer yang boleh beli di pusat servis Acer ni. Boleh la lepas ni nak intai-intai apa lagi yang perlu.

Ok la..nak tunjuk jugak 'my pepel netbuk' yang cute ni. Tihehe...


* 10 item yang saya dapat pecume jer.. *__*




~

Friday, December 3, 2010

Hati yang diulit rasa sedih...

...beberapa hari ni saya berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan hati. Saya rasa kecewa dan sedih. Orang kata kalau nak hilangkan rasa sedih, kena luahkan. Saya boleh luahkan tapi sekadar hanya dapat didengari tapi tak dapat nak hilangkan jugak rasa sedih dan kecewa tu. Orang kata lagi, lupakan buat tak tahu dan biarkan ia berlalu. Saya dah cuba tapi ia masih kekal dalam kepala lagi. Habis cara, apa perlu saya buat. Adakah dengan cara-cara di atas dapat menyelesaikan semua rasa kecewa dan sedih tu? Tak, bukan secara keseluruhannya..

Kenapa saya rasa sedih sangat?

Saya rasa sedih sangat kerana apabila saya mengharapkan sesuatu daripada kawan-kawan supaya dapat membantu, mereka tidak dapat membantu. Sebab itu la saya rasa sedih. Orang akan kata, 'Kenapa nak emosi sangat, benda kecik je pun.' Ye betul, saya tak patut rasa begitu. Tapi di sudut hati kecil ada satu suara yang membisik, 'Sampai hati. Masa mereka minta tolong, aku tolong. Kenapa masa aku minta tolong, mereka taknak tolong.' Suara itu la yang menyebabkan saya rasa kecewa. Bila kecewa sangat, saya akan rasa sedih. Bila dilayan rasa sedih dan teringat kembali detik-detik saya menolong kawan-kawan di waktu mereka susah, saya akan lagi bertambah sedih. Hingga lah air mata saya menitis dan terus berjurai-jurai jatuh dengan lajunya. Menangis le saya sorang-sorang dalam bilik, tak siapa yang tahu.

Dah puas menangis, saya diam. Saya lap air mata. Saya istighfar dalam-dalam dan panjang-panjang. Saya mula merintih dan menyebut nama Allah. 'Ya Allah, berikanlah ku kekuatan. Tabah kan hati aku. Permudahkan dan ringankan la beban yang ku tanggung.' Zikir dan terus berzikir.

Alhamdulillah, rasa beban makin kurang. Walaupun masalah masih ada, saya perlu buangkan pemikiran saya yang di atas tu. Ayat yang ada perkataan '.....mengharapkan...' pada perenggan ketiga baris pertama perlu saya buangkan. Jangan terlalu mengharap, jangan terlalu menaruh harapan dan jangan la berharap pada orang. Ia tak semestinya akan dapat dan akan menjadi sesuatu yang sia-sia. Sampai masa apabila terlalu berharap, ia akan memakan diri sendiri. Seriously nak beritahu, saya pernah sakit-sakit badan apabila terlalu menaruh harapan dan akhirnya menjadi stress.


Jadi, untuk merasai hidup yang jauh dari sedih dan kecewa, amalkanlah cara hidup yang sihat. Doktor kata kalau taknak jatuh sakit, kena la jaga pemakanan kita dan bersenam selalu. Saya kata pulak, kalau taknak  hati sakit (kecewa) dan rasa sedih, sihat kan lah minda dan berzikir la selalu. Sehabis cara kita minta tolong hanyalah kepada ALLAH swt.





~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages