Sunday, December 19, 2010

Kalau dah ditakdirkan jadi cikgu...

~ Assalamualaikum~

...saya akui saya memang ditakdirkan menjadi seorang guru. Dulu masa sekolah, tak pernah ada pun dalam cita-cita saya menjadi cikgu. Malah saya tak minat langsung pun. Saya ada cita-cita lain. Saya suka kerja di pejabat yang mula pukul 9 habis pukul 5. Saya suka kerja yang ada kaitan dengan seni. Saya suka kerja yang sesuatu yang sentiasa berlegar-legar dalam kepala saya dan saya luahkannya di atas sekeping kertas. Saya nak lakarkan di atas kertas idea-idea saya. Saya ingin sangat masa tu nak jadi ARKITEK.

Tapi...

Haluan hidup saya banyak dipengaruhi oleh keluarga. Dulu saya tiada langsung self-confidence. Nak buat apa-apa mesti kena tanya pendapat mak. Mak suka, jadi la. Kalau mak tak suka, tak jadi la. Mak kata mak suka kalau jadi cikgu. Kalau nak lebih bagus lagi, jadi doktor. Haha..jadi doktor takleh le mak. IQ tak sampai tahap tu. Ambil yang rendah je la. Mak kata mak suka jenis kerja macam tu sebab kerja tu la yang mulia. Kerja yang terlibat dengan masyarakat, selalu menabur budi dan sentiasa beramal sesama insan. Saya suka alasan mak tu. Dan saya terima bulat-bulat. 

Dengan result STPM, saya apply jadi cikgu. Dalam masa yang sama saya apply juga ITM (sekarang UiTM). Alhamdulillah, dua-dua saya dapat. Tawaran dari Maktab Perguruan datang dulu dan saya terima. Tawaran dari ITM pulak datang kemudian tapi saya tak tahu pun saya ditawarkan kerana surat tawaran itu disembunyi oleh mak dan abah saya. Mak saya takut saya berubah fikiran bila tengok surat tawaran ITM. Malam sebelum saya pergi mendaftar diri masuk Maktab Perguruan baru mak saya buka cerita. 

Masa tu memang nak marah tapi saya pikir-pikir balik mungkin ini la jalan hidup saya. Ikut dan patuh cakap mak akan lebih diredhai dan diberkati oleh Allah swt. Untuk semester pertama, saya banyak main-main, tak sungguh-sungguh sebab tak minat punya pasal. Tapi masuk semester kedua, saya punya pandangan terus berubah. Masa tu saya melaksanakan satu assignment yang perlu saya berada bersama murid-murid di sekolah. Masa tu le terasa seronok bila bersama dengan murid-murid yang sentiasa bersifat ingin tahu dan mereka akan bertanya, 'Cikgu, kenapa .....?' 'Cikgu, bagaimana .....?' 'Cikgu, apa yang .....?' 
Terujanya saya waktu tu nak menjawab dengan panjang lebarnya, 'Bla bla bla bla .....'
Murid-murid tu pun mendengar dengan penuh khusyuk dengan senyuman lebar mereka.

Sekarang dah masuk 13 tahun saya menjadi guru. Saya suka dan cinta pada kerja saya. Memang saya tak ragu lagi. Banyak asam garam yang saya rasa sepanjang menjadi cikgu ni. Dan menambah pahit lagi, bila saya didatangi oleh seorang hamba Allah yang mengajak saya berniaga secara MLM. Saya terpengaruh pada awalnya dan dah keluarkan modal yang banyak untuk bisnes tu. Dalam masa dok dengar SDM dan DDM dan entah apa-apa lagi DDDDDM dia berceramah, saya sangat tak sedap hati bila dia kata, ‘Bila dah kaya hasil daripada bisnes ni, kita tak perlu lagi kerja kita. Berhenti saje la.’ Dalam hati saya kata, ‘Apa? Tinggal kerja cikgu? Takmo la. Saya suka kerja cikgu ni. Saya tak akan tinggal students saya. Saya suka mengajar students saya. Saya suka bila students saya bertanya macam-macam soalan. Saya suka layan kerenah students saya. Saya sayangkan kerja ni.
.
Dengan rasa cinta dan kasih saya pada kerjaya saya ni, saya lepas buang bisnes tu. Tinggal la sekerat jalan. Taknak pikir-pikir lagi nak jadi kaya. Takkan jadi lain selain dari CIKGU.


-pic by courtesy of google-
Saya suka tengok students buat eksperimen. Ada yang serius, ada yang memain, ada yang teruja, ada yang takut-takut.




~

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages