Wednesday, March 3, 2010

2day's tasks

...hari ni memang kalut banyak. Kena setelkan betul2 sebelum bawak librarians ke tempat orang. 1st time buat kerja ni memang banyak yang ter'miss' dan ter'alpa'. Tapi Alhamdulillah, mana2 benda yang kena setelkan sebelum pergi dah 'check'..

  • Taklimat utk librarians ~
  • Edar tentatif pada guru2 pengiring ~
  • Confirm dengan Cikgu Zuridah, SMK Convent Alor Setar ~
  • Confirm dengan Cikgu Abdul Halim, SMK Tunku Bendahara ~
  • Confirm bas ~
  • Call KFC, order untuk lunch ~
  • Buat Sijil Penghargaan untuk SMK Convent & SMK Tunku Bendahara ~
  • Dapatkan sumbangan dari Unit Kokurilum, PIBG & Koperasi ~
Semuanye dah 'check'. Nak buat kerja ni bukannya mudah. Making calls pun jenuh dok tekan nombor berpuluh2 kali
(ye ke? mmm..ye la tu).

Nak buat sijil pun satu hal, dah dapat 'sign' Pengetua..cari pulak cop mohor tak jumpa2. At last dah abis waktu sekolah baru le dapat. Baru teringat nak letak sijil tu dalam apa. Nak jimat kos, letak dalam file holder yang ada logo sekolah. Nak mahal sikit, kena order frame pulak.

Dan terima kasih banyak2 yang terhingga kepada Unit Kokurikulum (Pengetua la Boss nye), PIBG (Cikgu Noranuwi & Cikgu Hamidah Masod) dan Koperasi (Tn. Hj. Noordin) kerana meluluskan sumbangan yang dipohon. Nanti nak minta lagi...Insya Allah untuk lawatan seterusnya.

Dan tak lupa untuk kengkawan yang banyak membantu dalam men'setel'kan tugas hari ini, Kak Shakina (tolong kutip duit), Hasniza (tolong kira duit, tolong men'cop'kan sijil2, tolong bagi pendapat dan mengingatkan apa2 yang patut), Ustaz Mail (tolong order frame..dah jadi toke buat frame), Khairul Anuar (tolong ambil frame).

A big thanks to my beloved friend, Fuzainah yang banyak sangat memberi pendapat dan cadangan.

Semoga perancangan untuk lawatan esok berjalan dengan lancar dan diberkati oleh Yang Maha Esa. Aminnn...



No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages