Friday, April 9, 2010

semalam di Pendang Lake Resort

...jumaat lepas Alya n me telah menghabiskan cuti hujung minggu di Pendang Lake Resort. Idea datang selepas diajak oleh kawan untuk menemaninya kerana terlibat dengan Kem Kecemerlangan PMR. Sebenarnya bukan le dirancang pun nak bermalam di situ. Tapi disebabkan tempatnya yang indah dan permai terus jatuh hati nak lama2 sikit di situ. 
 

Tolak pukul 2.30 petang dari rumah dan sampai pukul 3.30. Biasanya boleh sampai dalam 1/2 jam je, tapi sebaik melepasi SMK Tanah Merah nampak di kanan dan kiri jalan sebaris pokok2 rimbun berbunga 'pink'. Memang cantik. Kalut jugak le suruh si Alya snap gambar2 di kiri dan kanan. Dia pun kalut le jugak ala2 photograher.




antara gambar2 yang boleh diterima pakai
pics taken by Alya Farisah

Dah sampai di situ, tengok tempat mula le terfikir, kenapa le tak bawak baju2 persalinan nak tidur kat situ. Si kawan ni kata, 'Tidur le kat sini. Kita adjust tempat sebab ada cikgu2 yang nak balik. Ada le bilik kosong.' Hmm..dah ada bilik kosong tunggu apa lagi, ok je la. Tapi masalahnya, baju2 salin bukan bawak pun. Si kawan pun kata, 'Apa susah. Jom pi cari baju kat pekan.' Petang tu jugak cari baju Alya n myself. Cukup le seorang 2 pasang. Baju kat situ pun murah2, cukup2 RM40.

Nak jadi cerita, dok bermalam kat situ lepas Maghrib berlaku le peristiwa yang rasanya budak2 yang berkursus tu tak akan lupakan sampai bila2. Oleh kerana ada beberapa orang yang terlalu seronok sangat, mula le kami semua dikunjungi oleh 'kawan2 yang tak diundang'. Riuh rendah jugak le cikgu2 mengawal keadaan dan secara tak langsung myself pun terpaksa le mengambil peranan. Jenuh mulut kumat kamit baca Ayat Kursi dan Surah 3 Qul sambil picit2 kuku jari kaki one of the student (bukan le terer sangat bab ni, tapi tengok pengalaman cara nak buang setan macam tu. Nasib baik bukan yang besar2.). Dalam pukul 12.30 baru le clear. 


tengok air tasik yang tenang, tapi pasti ada penunggunye



Esoknya, keadaan macam biasa. Dan budak2 tu pun bila tengok muka sorang2 macam takde apa yang berlaku. Ok le tu..

Tapi dah siap berpesan pada mereka semua, kalau kita kunjung tempat orang kena pandai jaga diri. Jangan seronok sangat dan beringatlah kepada Allah swt. Semoga pengalaman di Pendang Lake Resort ni menjadikan pengajaran kepada anak2 didik calon2 PMR SMK Kuala Nerang, Insya Allah.




1 comment:

  1. Dulu, kak Fa pernah alami benda ni bila my junior kena rasuk. Teruk betul. Naik segala bulu roma yang ada!

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages