Tuesday, June 22, 2010

Lawatan KL Melaka (Siri 1)

...nak cerita pasal pergi rombongan KL dan Melaka ni rasanya dah berlapuk dalam kotak memori Cikgu Fatin. Dan selepas 2 minggu perlu sangat2 nak kena keluarkan di sini. Berat kepala kalau simpan lama2. Cerita tak la menarik, tapi pengalaman pertama kali menguruskan lawatan memang sangat2 mencabar. Alhamdulillah sampai pada hari lawatan iaitu 4 dan 5 Jun semua kerja menjadi mudah dengan bantuan kawan2 sejawatan seramai 6 orang. 
Thanks kawan2.

Pagi bertolak pukul 0600. Perjalanan memang lancar. Driver, Encik Razak memang cool. Sangat2 puas hati, lain kali nak khidmat Encik Razak lagi la.

Berhenti makan tengah hari di hentian Jejantas Sungai Buloh.


Lebih kurang pukul 0100, kami ke Asia Foundation.


Asalnyer Vasantha dah siap 3 kotak buku. Tapi lepas dia tengok kami datang 1 bas, dia pun bermurah hati tambah lagi 4 kotak. Thanks a lot, Vasantha.




Dalam pukul 0230, sampai di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang telah diberi nama Perpustakaan Tun Uda di Shah Alam. Memang cantik library ni. Sangat2 cantik dan aman.

Tapi malangnyer, sebaik sampai pegawai yang menyambut berkata, "Minta maaf cikgu, kami baru je terputus bekalan elektrik." 

Cikgu Fatin yang asal berwajah ceria n berkobar2 terus bertukar wajah muram.

"Tapi takpe cikgu, kami akan bawa rombongan cikgu ke tempat2 yang terang sikit."

Cikgu Fatin, "Kami terima je la macam mana pun sebab dah sampai sini dari jauh." 
(ayat macam sedih, tapi cover jugak)

Habis je lawatan kami bertukar2 cenderahati.
Apapun, kami semua sangat2 berterima kasih kepada pegawai dan petugas2 yang memberi layanan dan kerjasama kepada kami.
 Takpe..lain kali kami datang lagi. Kami tak serik.



Naik je bas, kami bertolak pula ke Melaka.

Nanti kita buka cerita pasal pegi Melaka pula dalam siri ke2.




No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages