Wednesday, February 17, 2010

library yang diamanahkan.. in progressing

...sebelum ni hanya memegang jawatan kecil je dalam Pusat Sumber Sekolah (PSS). Buat kerja pun takde la apa sangat. Tunggu boss suruh, baru buat. Yang dok buat pun, kerja-kerja keceriaan, mengecat, mengupah orang buat curtain, mencantikkan meja, susun atur meja dan rak dll.

these are sum pics of our library

*kaunter sirkulasi*
yang mula-mula nampak bila buka pintu. takde orang sebab sembunyi balik monitor...maluu...

*ruang bacaan pelajar*
nanti kite snap waktu students study...nampak meriah sikit

*meja berinformasi*
bagi pada setiap panitia untuk meng'update'kan info2 kat meja ni..tapi masing-masing sibuk

*sudut perbincangan*
ni masalah jugak..bebudak buat sudut perbincangan berdua-duaan.
Ingat nak ubah suai buat sudut nilam kat sini.

*pusat akses*
kadang-kadang jadi bilik perbincangan, ada masa jadi bilik mesyuarat kecil, ye jugak

*sudut rehat sekejap*
dalam keserabutan memikirkan nak buat apa la kat sudut ni
tanya AJK lain, kata mereka...'ikut la nak buat apa pun.'
lagi den poning...

April 2009, baru dilantik untuk mengambilalih PSS ni... Mula la kelam kabut. Nak buat fail pun tak reti-reti lagi. Nak beli buku, nak buat automasi, nak jaga librarians lagi...nak tu nak ni. Banyaknye... Hmmm, baru le tahu teruknye.

Mula-mula tu buat fail kuasa dan fail meja (sebelum ni takde kot, cari tak jumpa. tanya orang sebelum ni dia kata ada, kena cari). Nak puas hati sendiri...senang buat kerja, start dari A. Untuk buat fail kuasa dan fail meja, download dan edit selaras dengan keperluan sekolah sendiri.

Elok-elok nak siap...nak compile dalam cd, ggrrr...dah kena serang virus. Cubaan betul. Hilang semua tu. Nak nangis pun tak guna. Nasib baik ada saki baki bahan yang dalam editing dan jugak hardcopy. Buat semula...tapi tak secantik kerja yang dah buat 6 bulan lepas.

Apa pun...harap-harap lepas ni dugaan dan cabaran selepas-selepas ini dapat ditempuhi dengan tenang... Takde tension-tension, takde pening-pening. 1 ungkapan yang perlu ada dalam diri ini.. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Ya Allah, tabahkan hatiku dan kuatkan semangatku.. Aminnn...




~

2 comments:

  1. tirah, nanti cikgu masuk gambar tbaru, lagi besttt...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages