Thursday, March 18, 2010

'my dotter n me' menghabiskan cuti

...cuti ni tak rancang pun nak pergi jauh-jauh. Dah plan dari awal cuti nak bawa Alya tengok Alice in Wonderland.
.
*Johnny Depp as Mad Hatter*

Dengan kekangan kerja di PSS yang tak habis-habis, tambah dengan PSS's librarians yang nak ditunjukajarkan jugak, so saya buat ketetapan di sekolah dari Ahad hingga Khamis, 3 jam cukup masa 9am - 12pm. Sebelah petang pulak mesti bersama Alya.

Ahad, 14 Mac 2010
3.20 p.m - movie start
Kami tiba 2.40 p.m - tiket sold out. Masa ni tengok muka Alya memang frust. Nak tunggu movie pukul 7, idak le, malam ada tuition class. Nak bagi ada mood, saya bawak the girls (Alya and her two cousins) ke library. Siap cari buku 'Alice in Wonderland' lagi.


Isnin, 15 Mac 2010
Hari ni terlajak sikit tugas kat library. Balik pun dah petang. Kesian Alya, tapi takpe...dia tak le sedih pun sebab dah ada aktiviti di rumah dengan sepupu-sepupunya tu.

Selasa, 16 Mac 2010
Rasanye dah cepat kami sampai. kali ni cepat sikit 1 jam. Tapi sayangnya tiket tinggal lagi 2, nak tengok macam mana. Alya dan sepupu-sepupunya (Alhana and Azwin) termasuk le saya ni, dah 4. Frust lagi...takpe esok ada lagi.

Rabu, 17 Mac 2010
Kali ni bagi cepat dua jam awal. Dan kali ni jugak kami pergi berdua je, Alya and me. Sepupu-sepupunye dah balik ke KL dah pun. Dah memang cuti sekolah dan kat Alor Setar ni satu tempat je ada cinema yang tayang, memang le tiket sangat2 laku. Orang tu kata, 'Kak, tiket tinggal satu je.' Frust lagi. Masa ni baru le terpikir, 'Teruknye aku ni, kenapa la tak booking online.'

Khamis, 18 Mac 2010
 Awal pagi dah booking tiket. Dapat le, seats pun memang sesuai sangat. Dah abis tengok tu, memang Alya happy sangat. Sepanjang perjalanan balik tak habis-habis dia buat ulasan cerita.

The end for this school holiday. 
Start esok Alya mesti kena ikut rutin : Smart Reader dan latihan-latihan home tuition. Pastu Alya, jangan lupa check buku, uniform, kasut dll.




~

2 comments:

  1. kadang saya pergi nonton juga sama si kakak Tiara berdua saja terakhir nonton alvin and the chipmunk, nampaknya Alice n Wonderland sedanga hot disana ye, bagus tak filmnya kak? nanti biar saya bawak si kakak pegi nonton juga

    ReplyDelete
  2. bung rizal, movie ni bagus. budak2 suka sangat. masa alvin n the chipmunk tu tak sempat tengok. elok nak tengok, cerita tu dah tak ditayangkan. btw, have fun 4 Tiara n mummy n daddy nya. :-)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages