Sunday, July 18, 2010

alya sakit mata..kesian anak mama

...pagi kemarin (ni orang utara kata), kalau orang barat n selatan kate pagi semalam (~wat ever la), Alya bangun dengan mata bengkak. Tengok mata dia nampak macam kena gigit serangga. Kata kat dia, 'Nanti hilang le kot'.

Malam tadi, sebelum tidur dia kata, 'Mama, esok kalau mata Alya bengkak, nak kena pegi sekolah tak?'. Bila telek2 mata dia tengok macam dah nak hilang bengkak dah. Kata kat dia, "Esok baik le sayang."

Pagi tadi bangun tidur, tengok mata Alya memang makin bengkak, mula la gelabah. Kata kat Alya, 'Jom siap, mama bawa jumpa doktor.'

Seawal pagi pukul 8, after breakfast dah keluar rumah. Dekat 8.30 baru sampai. Nak jumpa pakar punya pasal, pegi jugak cari kat Alor Setar. Ingat ke pegi awal dapat le sudah awal. Rupanya dah register, dia kata doktor ada pukul 10.00. Pikir punya pikir nak buat apa dalam 1 jam setengah tu, dapat le idea. 'Alya, jom kita pegi library.'

Library buka pukul 9. Tunggu le jugak dalam 15 minit tu sambil2 dok posing keboringan. Dalam library lepas tu sempat le jugak baca 2, 3 newpapers hari tu, pastu pulak baca 3, 4 magazines.

Habis jer, terus pegi balik klinik. Lama jugak tunggu dekat 1 jam walaupun nombor ketiga. Dah nama pakar, dia cek abis le kot, tu yang lama tu.

Doktor kata Alya kena food allergic. So, Alya dalam 2 hari ni doktor minta Alya jadi vegetarian. Balik nanti mama kena masak sayur banyak2 untuk Alya.

huhu..sedih tengok anak mama

tu dia, tengok mata anak mama yang bengkak sebelah

mama yang control 'cool' menunggu

aittt...


untuk anak mama tersayang, cepat2 ye sembuh.





~

2 comments:

  1. cucu tokanjang dah ok ke?
    harap2 tu tak serius

    ReplyDelete
  2. dah ok dah tok anjang. esok tu baik jer..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages