Tuesday, July 6, 2010

Lawatan KL Melaka (Siri 3)

...bersambung lagi kali ini sebagai syarat untuk menutup cerita yang banyak memberi pengalaman n pengajaran. Pengalaman pertama kali mengurus lawatan sekolah. Alhamdulillah membawa pelajar2 yang terdiri daripada pengawas2 PSS ni tidaklah membebankan. Masing2 pandai menjaga diri sendiri. Kadang2 cikgu pulak dijaga oleh studens.

Di samping itu juga ada banyak pengajaran yang boleh digunakan untuk lawatan akan datang.
Nikmati je la antara gambar2 menarik di Melaka ni...

sarapan pagi yang ditaja oleh Encik Sapian berbaju batik coklat. Trimas.

bergambar kenangan dengan Encik Sapian selepas masing2 perut kenyang.

sebelum masuk Jonker Street, hajat hati nak cari barang2 nak letak kat library

dah abis jalan kat Jonker Street, snap sekejap sebelum jalan2 lagi nak masuk ke The Stadthuys (tapi tengok dari luar je). Lepas tu terus naik ke bangunan A Famosa.

singgah sekejap posing depan kereta bomba lama

alaaa...gambar kat A Famosa takde pulak. Cameraman ilang pulak..
turun je dari A Famosa, soping2 barang kenangan untuk orang2 yang menunggu di Kedah.

dah penat berjalan, naik beca je la.

"Abang Beca!, Opsss...Pakcik Beca, tolong hantar kami kat Menara Taming Sari".

Bas kami sedia menunggu di situ.

Sebelum menutup post entry ni, Cikgu Fatin ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru2 yang banyak sangat membantu dalam perjalanan yang jauh ini, kepada semua studens yang banyak memberi kerjasama, "Thanks sebab buat perangai baik2, nanti cikgu bawa lagi ye.". Tak lupa kepada Encik Razak si driver bus, yang banyak bersabar dengan kami semua sebab kami minta pergi KL semula untuk shoping2, kepada penyumbang2 daripada penyumbang yang besar sehingga la penyumbang yang kecil. Jasa anda sangat2 dihargai.



~




No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages