Sunday, November 28, 2010

Momen bersama Alya 1...

...cuti sekolah ni akan banyak menjadi cerita ibu dan anak. Saat-saat bersama ibu dan anak ini la yang akan dikenang dan diimbas semula apabila ibu dan anak ini berjauhan kelak. Dan momen-momen ini la kalau sempat dirakam akan diabadikan dalam blog ini.

Ikut rancangan si ibu merangkap diri saya ni nak habiskan juga bacaan Quran si anak a.k.a Alya Farisah. Dah saya kata pada Alya, 'Alya, mama nak Alya khatam Quran seelok-elok Alya masuk 10 tahun.' Masa ni saya cakap semasa buat tadarus bersamanya di bulan puasa lepas (kata je buat tadarus, tapi tak habis pun seQuran tu. Elok mama dia puasa yangyok je, terus takde kesinambungan lagi)

Masalah si Alya ni kurang sangat motivasi diri. Buat kerja pun banyak yang hangat-hangat tahi ayam. Bab mengaji pulak dia banyak buat mengelat ponteng mengaji. Sakit perut la, pening kepala la...dan macam-macam alasan lagi yang dia bagi. Dah macam ni jadinya, saya pun kata pada Alya, 'Alya, mama ingat nak buat majlis birthday Alya sekali dengan majlis khatam Quran. Kalau tak dapat khatam Quran ni, kira batal la majlis birthday tu.' 

Yang si Alya ni pulak respon le dengan tangisan raungnya sambil berkata, 'Mama tak adil, mama tak adil.'

Ish budak ni bukan dia nak jadikan itu semangat. Dia meraung-raung kata mama tak adil lak. At last minta nendanya masuk campur, baru le dia diam dan akur.

Bab ustaz / ustazah ni dari dulu bertukar ganti. Last last mama dia jugak le jadi ustazah. Banyak gak songehnya. Dalam hati niat memang nak rotan, tapi waktu nak rotan mesti rotan tu menghilangkan diri. Ntah kenapa, agaknya rotan tu tak sanggup nak menghinggapkan diri pada badan si Alya kot. Wallahuaklam. Dan untuk melembutkan hatinya untuk baca Al Quran ni, saya ajak dia solat berjemaah. Lepas solat terus baca Al Quran. Alhamdulillah, Alya tak perlu disuruh lagi. Lepas baca doa, terus diambilnya Quran duduk atas sejadah semula.

Dan sampai ke saat ini tinggal beberapa helai lagi dalam naskhah Al Quran yang akan dihabiskan. Takut masa tak sempat dan nak habiskan juga sebelum sampai 15hb ni, waktu cuti sekolah ni la digunakan sepenuhnya membaca Al Quran. Kalau sebelum ni, baca setiap kali selepas maghrib, waktu cuti ni pulak tukar rutin. Setiap kali selepas solat fardhu lima kali sehari secara berjemaah, terus Alya baca Al Quran. 

Doa dan harapan mama pada Alya, moga Allah permudahkan Alya khatam Al Quran sebelum memasuki alam remaja. Aminnn...





~

1 comment:

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages