Friday, February 25, 2011

Bukan giler beli kasut tau...tapi kena ada jugak....

~Assalamualaikum~

...cakap pasal kasut, beg, baju pesyen-pesyen, orang perempuan memang tak kalah nak cerita. Tapi tak menang nak memakai. Orang perempuan memang tak lari dari pesyen-pesyen terkini. Saya ni macam tu le jugak walaupun kadang-kadang tu agak ketinggalan. Sebabnye susah nak terima bila datang pesyen baru. Datang je pesyen baru, pikir dulu sesuai ke tak, kena ke tak dengan umur yang lewat 30 an ni..

Saya suka nak bercerita pasal kasut kali ni sebab sekarang ni dok usha-usha nak tambah koleksi kasut yang rata dan leper. Atau orang puteh kata flat shoes.

Bukannya nak mengada-ngada nak ada kasut-kasut tu semua. Tapi memikirkan tak elok saya pakai kasut tumit tinggi tiap-tiap hari ke sekolah. Dengan nak ke hulu ke hilir, naik tangga turun tangga. Dari parking lot nak ke pejabat tingkat 2, pastu naik ke tingkat 3 pegi library, pastu naik setingkat lagi makmal sains di tingkat 4. Ulang alik ulang alik macam tu, saya rasa memang sangat perlu le saya tukar kasut tumit 3, 4 inci kepada kasut flat. Yang lebih ringan dan selesa.

Setakat ni baru ada 3 jenis kasut flat, warna coklat 2, warna hitam 1.Yang dok teringin tapi tahan jugak keteringinan tu kasut-kasut macam ni.
*scroll down*

















Saya mula pakai tahun ni, pastu orang tegur saya, 'Awat nampak pendek?' Saya pun tunjuk jari telunjuk saya ke kasut. Hehe...tu la dok menyamar lagi pakai kasut 3, 4 inci.

Mama dia dok sibuk usha-usha kasut on9, si anak pun sibuk jugak,

'Mama, mama, Alya nak kasut macam ni.'






"?????"




~

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages