Sunday, April 17, 2011

ini kerja khas guru yang ke seratus berapa?

~Assalamualaikum~

...diucapkan tahniah kepada rakan-rakan setugas kerana kita semua akan ditambah satu lagi tugas khas. Sila rujuk berita ini, BMI pelajar direkod dalam kad laporan.

Saya suka nak senaraikan antara objektif utama diadakan rekod BMI setiap pelajar ini berdasarkan laporan berita tersebut.

1. Mengurangkan masalah berat badan berlebihan dan obesiti di kalangan rakyat negara ini,

2. Membolehkan ibu bapa mengawal pemakanan anak-anak,

3. Membolehkan ibu bapa tahu sama ada berat badan anak mereka ideal, terlebih berat atau mengalami obesiti,

4. Menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat di peringkat awal, dan

5. Megurangkan risiko untuk mendapat penyakit diabetis, kardiovaskular dan beberapa jenis kanser.

dan 

ye...AKHIRnya ibu bapa tidak perlu risau lagi akan tahap kesihatan anak mereka..

*pinjam gambar dari Google*

bila tengok gambar di atas, sebagai ibu kita tentu ada rasa syahdu bila lihat anak sendiri semasa dia tidur kan. Apa yang ibu-ibu pikirkan waktu tu? hmm...macam-macam...



~

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages