Thursday, April 7, 2011

Tak sangka kreatifnya manusia sampai tahap ni...

~Assalamualaikum~

...baru tadi saya nonton biter, eh silap..tengok berita (ni tak lain terpengaruh citer Hantu Kak Limah Balik Rumah)...ha, ha...ceciter, ceciter..

Berita kat TV9 melaporkan di Pasar Pulau Tikus menjual telur ayam tiruan. Hah, terkejut!...ada pulak orang buat telur ayam tiruan. Baru saya dengar citer ni...takpun saya ni yang lambat tahu..entah laa..

Tak puas hati dengar berita tu, terus saya google-google. Nak tau jugak cara buatnye.. Ish, bukan nak tiru buat macam tu, pastu makan untuk jimat belanja waktu harga barang suka naik-naik ni. Tapi sebabnye nak tau macam mana le manusia ni tiru ciptaan Yang Maha Kuasa.

Saya jumpa yang ini di SINI. Terima kasih kepada ohtidak.com.

Ini rupanye hasil kekreatifan orang China. Diorang gunakan bahan-bahan seperti
kalsium karbonat, lemak, resin, gelatin, alum, pewarna kuning, lilin parafin dan bahan kimia yang lain.

Mula-mula diorang campurkan telur mentah dengan kalsium karbonat dan pewarna kuning untuk dijadikan kuning telur tiruan.


Pastu, diorang tuangkan kuning telur tiruan tu ke dalam acuan.


Diorang rendamkan pulak di dalam kalsium karbonat untuk membentuk lapisan luar telur kuning.


 Kulit luar telur dibentuk dengan merendamkannya di dalam lilin parafin. Proses ini diulang-ulang sehinggalah lapisan luar terbentuk dan semakin menebal. 


Telur tiruan tu dibiarkan kering untuk mengeraskan kulit di lapisan luarnya.
.

Maka jadi la sebijik telur yang seiras telur asli.

Ish, ish, ish, iisshh..canggih betul diorang-diorang ni. 

Tapi kita nak ke makan telur tu? Tak akan sama sekali..

Abis tu, macam mana nak kenal tu telur tiruan ke telur betul. Tengok info yang diambil dari CAP Pulau Pinang ni.
  1. Sama rupa seperti telur gred A tetapi tidak mempunyai rasa selepas dimasak.
  2. Cengkerang telur agak berkilat berbanding telur biasa.
  3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  4. Bunyi akan kedengaran bila digoncang kerana mengandungi air berlebihan daripada bahan pepejal.
  5. Berbeza dengan telur tiruan, telur sebenar berbunyi lebih rapuh apabila diketuk-ketuk. Telur sebenar juga agak berbau seperti daging mentah.
  6. Apabila dipecahkan, putih dan kuning telur akan segera bercampur, berbuih dan kelihatan cair. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama. Pusat telur @ chalazae juga tidak kelihatan seperti telur biasa.
  7. Warna kuning telur lebih terang.
  8. Ketika digoreng, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Ini pulak efek pada kesihatan kalau kita makan telur tiruan ni.
  1. Asid benzoik (bahan pengawet) yang boleh menyebabkan kerosakan otak, sel saraf dan penyakit hati.
  2. Kalsium klorida pada kulit, alum digunakan sebagai bahan pelembut dan asid amino dijadikan bahan penambah rasa yang memberi kesan kepada sistem saraf, penyakit hati dan saluran darah.
Lepas-lepas ni kalau nak beli telur kena check la kan telur tu. Susah betul le macam ni kalau kita nak kena kenal pasti satu-satu. Buat pulak jenis mata yang nampak samaaa je bentuk dan warna.
Habis cara pun, kita harap je la pada pihak-pihak berkuasa untuk memantau dan menyepotchek kedai-kedai yang menjual telur.

Nauzubillah min zalik!
Kami memohon perlindungan Allah subhanahuwataala daripada perkara itu!


~

3 comments:

  1. tq atas perkongsian ni... sgt bagus. risaulak sya mmg berpapan2 beli tiap bulan sbb peberet anak, huhuhu

    ReplyDelete
  2. a kl citizen, hmmm..pasni hati2 la yek. beli kat kedai runcit paklong dekat rumah je la...

    Mama AA's, peberet anak? mesti buat telo mate kobau ni..:-)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages