Sunday, February 28, 2010

main masak2 atau masak main2?

...hari Sabtu mesti kena masak Sebabnya dah ada kat rumah. Hari lain harap emak @ abah je la (abah lagi rajin, suka masak)...dah duduk dengan parents.

Hari ni masak kari kepala ikan sebagai main menu, lepas tu tambah2 le sikit 2, 3 menu tambahan lain.

Nak tengok jadi apa lepas masak main2 ni..

ni la rupanya kari kepala ikan. nampak macam jadi tak. owang tak pandai masak. tapi kalau makan, sampai 2, 3 pinggan, apa nak kata. boleh laaa...dah tengah lapar ye.

ni pulak rupa ikan goreng bercili. selalu kami kata 'ikan goreng cabai'. ni menu rutin setiap hari. tak pernah jemu. kadang2 tukar 'ayam goreng cabai'.

ini ayam masak halia. Alya suka..

untuk menu sayur, makan ulam je. hari ni makan ulam bendi (dicelur dulu)


itu je la menu hari ni. dah waktu lunch, memang tengah lapar sangat2. seperiuk nasi habis dikerjakan oleh kami sekeluarga.. :-)




~

my 'doter', Alya! Alya!...

...setiap pagi jumaat mesti kena ingatkan si Alya ni basuh kasut sekolah. Dah masuk darjah 4 ni, kasut kena basuh sendiri ye sayang. Sebelum ni mama dia yang teruk dok sental kasut2nye tu.

Hari Khamis, balik dari sekolah mesti terpandang kasut sekolah Alya sebelah pintu. Hai anak mama ni, macam mana la dia bawak diri kat sekolah. Kasuttt..ya Rabbi, hanya Tuhan Yang Mengetahui. Dalam hati, sabar je la...

Ingat ke dah kena basuh kasut sendiri pandai le jaga kebersihan kasut tu. Hmmm...sama jugak.

Tengok la..


*ini kasut sebelum dibasuh*

Tengok pulak kasut selepas Alya basuh.


Ada perubahan sikittt je. Ok le tu sayang. A little bit improvement.
Nampaknye kena buat kursus ni. Tak pun kena beli kasut baru lepas ni..

ni pulak kasut Suha Wafieya (Alya's cousin). come2 je..





~

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431H

~teacher in the house~ ingin sama2 meraikan sambutan Maulidur Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersama dengan semua followers n my blog readers.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan salawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

(frust la.. seharian dok upload video nasyid Yaa Sayyidi Yaa Rasulullah. Takpe la..link sendiri la untuk menghayatinye..syahdu dengar)

Yaa Sayyidi Yaa Rasulullah
(Haddad Alwi & Sulis)



Thursday, February 25, 2010

my student..in dilemma...

...kisah sorang student form 4. Masih lagi tak tahu nak pilih Science Sport or Account. Kesian dia...

gambar hiasan je...

Asalnye Science Stream. Tapi dia nampak payah kot.. tambah pulak tak minat, so tukar kelas Sport Science. Bila masuk sini, ramai la kata rugi..sebab dengan kepandaian yang dia ada, kenapa nak masuk kelas tu. Satu je pandangan cikgu, kalau harap bagus sangat kelas sains, kenapa perlu ada pilihan lain: kelas perdangangan, kelas sastera, kelas seni.

Ada jugak pandangan yang berkata, kelas Sport Science pakej subjek untuk SPM tak kuat. Kalau tak kuat, kenapa pulak diadakan pakej yang macam tu? Takkan sekolah nak adakan pakej subjek yang tak boleh menjamin masa depan studenz.

So, apa2 pun pilihan mesti la berdasarkan pada minat n kecenderungan.
As a teacher, just advice him to do these:

Step 1: Do RIASEC test (untuk menguji diri sendiri jika tidak tahu minat n kecenderungan kita)

Step 2: Do '+ve & -ve' list (tengok la belah mana pemberatannya)

Step 3: Solat Istikharah (ni kira jalan terakhir ni, jika masih lagi tidak tahu membuat keputusan)

Nanti bila dah buat decision, kena betul2 score A untuk menjamin kerjaya di masa depan. Jangan pulak nanti, lagi tension sebab buat decision yang salah.

gambar hiasan je...

For all my studenz especially 'de one in dilemma' tu, jangan tension2. Kalau boleh baca Yasin bagi menghilangkan ketensionan dan keserabutan..tambah pulak malam ni malam Jumaat.

Insya Allah, Allah tenangkan hati dan permudahkan urusan kita.



Monday, February 22, 2010

budak sekolah ambil ujian..

...hari ni mula ujian bulan Februari. Rasanya semua kelas sempat habis 2 chapters. Untuk form 4 & 5, bermula dengan subjek Sejarah.

Lepas tu, ada English paper. Waktu ni boring2 jadi pengawas peperiksaan, ambil kesempatan meng'snap' pics sekadar untuk dikongsi bersama.

Tengok gambar ni, sejuk hati cikgu yang mengajar. Harap2 tu jawab yang betul la.
*tingkatan 4 Prinsip Akaun*

Ni pulak, kelas yang sederhana. Ada peluang untuk berjaya, Insya Allah. Kalau dalam ranking 1 - 10, kelas ni kedudukan yang ke 5.
Gaya jawab tu, macam terer je..
*tingkatan 4 Sains Sukan*

Tapi, kalau kelas ni...ggrrr...
hai, senang cikgu nak marking nanti ye.

*tingkatan 3J*

Macam ni la ragam budak2 sekolah ambil ujian. Apapun untuk 2 hari lagi yang mendatang, good luck for all of u. :-)



my 'doter' with her new bicycle

...baru je cakap hari tu nak bicycle, sabtu semalam wan dia dah beli satu untuk dia. Pagi lepas breakfast, dia cakap, 'mama, petang ni wan nak bawa Alya pi beli basikal'.

Ingat ke dia cakap main2, rupanya betul petang tu dah bawa balik sebuah basikal.

*Alya's new bicycle*

laa..kata suka pink.
'Taknak la pink. Alya suka basikal warna hitam lagi.'
Dah makin besar, semakin hilang pengaruh pink le kot. Hilang la sikit kefemininan dia.

Petang tu meronda2 la dia depan rumah.

*Alya n her new bicycle*

Basikal je hitam. Baju, seluar n selipar pink jugak.
'Alya! Alya!'


Friday, February 19, 2010

not in gud mood a.k.a bad mood

...hari ni lewat daripada waktu biasa. Alya ke kelas Smart Reader lewat 5 minit. Mamanye ke kuliah lewat 15 minit.

Dah lewat tu terpaksalah duduk dekat laluan orang. Yang dapat dengarnye 5%, lagi 95% mata dok meliar tengok ragam orang dan dengar rengekan 'ahli2 jemaah kecil'. Nak ambil catatan pun dapat dua tiga patah perkataan. Hmm..nasib tak baik betul hari ni.
(ingatan d lain kali: should be early n of course time management kena betul)

Habis je, ambil Alya terus ke library (Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah). Return books n magazine. Alya minta nak baca magazine kejap.




Waktu nak pinjam, berebut kad pinjaman magazine dengan Alya. Ntah kenapa pulak si Alya mengalah bagi mama die yang pinjam.

*ni magazine yang mama die pinjam*

yang pinjam tu sebab ada artikel ni..hehe.. :-)



Sampai rumah rasa sangat2 bersalah sebab tak berkeras suruh Alya yang pinjam.
hmm..takpe la Alya, mama beli magazine baru kat Alya.

*magazine for Alya*

Terfikir jugak, magazine for children yang suitable for her..tapi rasanya ASUH ni dah cukup lengkap.



Thursday, February 18, 2010

"my doter want a bicycle"

"Mama, Alya nak basikal"
... tahun lepas ada jugak tanya dia, Alya tak teringin ke nak basikal. Dia jawab taknak la. Tahun ni dia minta sendiri.

Masuk tahun ni, sejak pindah sekolah dekat dengan rumah..hati ni betul2 geram sebab asyik ke rumah kawan di sebelah. Sampai tak terkawal. Lepa sikit, hilang le dia.

Depan rumah ada taman, waktu petang ramai orang. Ke situ pulak dia dengan kawannya. Dah pesan, sebelum pukul 6.30 mesti ada kat rumah. By 6.30 memang dah ada kat rumah. Senyap2 dia balik terus mandi.

Pasal basikal ni, rasa berat betul nak beli kat dia. Nanti lagi jauh pulak dia berjalan..
banyak terdedah pada bahaya. Lagi la risau.

Alya! Alya! Alya anak mama..

Alya suka basikal pink. Nak beli ke?



Wednesday, February 17, 2010

library yang diamanahkan.. in progressing

...sebelum ni hanya memegang jawatan kecil je dalam Pusat Sumber Sekolah (PSS). Buat kerja pun takde la apa sangat. Tunggu boss suruh, baru buat. Yang dok buat pun, kerja-kerja keceriaan, mengecat, mengupah orang buat curtain, mencantikkan meja, susun atur meja dan rak dll.

these are sum pics of our library

*kaunter sirkulasi*
yang mula-mula nampak bila buka pintu. takde orang sebab sembunyi balik monitor...maluu...

*ruang bacaan pelajar*
nanti kite snap waktu students study...nampak meriah sikit

*meja berinformasi*
bagi pada setiap panitia untuk meng'update'kan info2 kat meja ni..tapi masing-masing sibuk

*sudut perbincangan*
ni masalah jugak..bebudak buat sudut perbincangan berdua-duaan.
Ingat nak ubah suai buat sudut nilam kat sini.

*pusat akses*
kadang-kadang jadi bilik perbincangan, ada masa jadi bilik mesyuarat kecil, ye jugak

*sudut rehat sekejap*
dalam keserabutan memikirkan nak buat apa la kat sudut ni
tanya AJK lain, kata mereka...'ikut la nak buat apa pun.'
lagi den poning...

April 2009, baru dilantik untuk mengambilalih PSS ni... Mula la kelam kabut. Nak buat fail pun tak reti-reti lagi. Nak beli buku, nak buat automasi, nak jaga librarians lagi...nak tu nak ni. Banyaknye... Hmmm, baru le tahu teruknye.

Mula-mula tu buat fail kuasa dan fail meja (sebelum ni takde kot, cari tak jumpa. tanya orang sebelum ni dia kata ada, kena cari). Nak puas hati sendiri...senang buat kerja, start dari A. Untuk buat fail kuasa dan fail meja, download dan edit selaras dengan keperluan sekolah sendiri.

Elok-elok nak siap...nak compile dalam cd, ggrrr...dah kena serang virus. Cubaan betul. Hilang semua tu. Nak nangis pun tak guna. Nasib baik ada saki baki bahan yang dalam editing dan jugak hardcopy. Buat semula...tapi tak secantik kerja yang dah buat 6 bulan lepas.

Apa pun...harap-harap lepas ni dugaan dan cabaran selepas-selepas ini dapat ditempuhi dengan tenang... Takde tension-tension, takde pening-pening. 1 ungkapan yang perlu ada dalam diri ini.. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Ya Allah, tabahkan hatiku dan kuatkan semangatku.. Aminnn...




~

Tuesday, February 16, 2010

5 days holiday...

...cuti sekolah sempena raya cina + cuti hujung minggu + cuti peristiwa = 5 days holiday...

1st day / 5 days holiday
* ikut schedule biasa hari jumaat. pukul 9am pegi kuliah di PAKSI. Alya pula ada kelas Smart Reader, dah masuk Level 5 dah dia. di PAKSI, setiap minggu makin ramai. bagai2 lapisan ada, daripada bebudak kecil yang berlari2an hinggalah ke veteran2 yang bertongkat. Alhamdulillah, makin ramai ahli2 jemaah kuliah mingguan. tapi yang kurang sikit keselesaannya, terpaksa la kite duduk kat luar dewan. dengarnye jelas tapi tak nampak muka penceramahnye. takpela..janji ada jugak catatan yang dibuat.

2nd day / 5 days holiday
* ada 2 kenduri kawin hari ni. 1st pegi kenduri rumah jiran dulu, lepas tu pegi kenduri kawin member (ex GSTT). selamat pengantin baru diana..
* pengantin baju ping kaler *

3rd day / 5 days holiday
* pagi2 cari barang untuk kenduri khatam quran my niece wif my sister. petang ke rumah cousin, my cousin bertunang. majlis simple je..tapi sangat2 bermakna. tahniah leko (nama sebenar Siti Zulaikha, lekat panggil 'leko' je).
*leko disarung cincin oleh bakal ibu mertua*

antara hantaran yang sempat di'snap'...

nak balik tu, ternampak anak kambing, suka..comei. snap untuk koleksi 'petpics'.

4th day / 5 days holiday
*pagi2 lagi dah sibuk untuk reception hari ni. dah kesemuanya pakai tenaga kerabat kendiri, memang riuh la satu rumah. majlis sebenarnye khatam quran je, tapi my mom kata buat sekali sambutan ulangtahun kelahiran sapa2 yang nak join.

menu kenduri ikut my mom:

* nasi impit n kuah lontong (chef: my mom)
* pulut kuning n kari daging (chef: my auntie)
* ayam goreng tepung (chef: my sister n cousin)
* karipap (chef: jiran my mom, hehe..)
* tembikai
* air grape
* ada tambahan kek 3 biji (sorang satu untuk 3 dara kecil yang besday reception tak dapat nak dibuat sebelum ni. sambut jugak hari tu, kira belated la tu)
* door gift :
chocolate moist cupcake (my sister buat)
n sweets n wafer

* the girl yang khatam quran, Alhana Shyifa Ahmad Shyazli (berkerudung hitam)*


*kuah lontong*

*pulut kuning n kari daging*

*karipap*

* drinks*

* the cakes
*the 3 dara kecil*

*acara memotong kek*

malam tu pulak majlis untuk kaum lelaki. ada marhaban dan bacaan doa selamat. Aminn..

5th day / 5 days holiday..
* kemas rumah after reception. dan hari ni juga keberangkatan pulang adinda2 dan ibunda (my auntie) n families. thank u 4 all sbb memeriahkan cuti 5 hari ini. i'll miss all of u..





~

Saturday, February 13, 2010

Pengajaran di sebalik kehilangan fail2ku...huhu...

...tensionnye. fail2 yang dah hampir siap hilang. rasa rugi yang amat sangat usaha-usaha menyiapkan fail kuasa n fail meja selama lebih kurang 6 bulan hilang macam tu je.
so lepas2 ni nak selamat daripada hilang lagi, save dalam cd, kemudian buat backup kat google document. harap2 selamat daripada virus durjana.

First thing i wanna do is, carik balik kot masih ada sisa2, taip balik all the docs (kena minta tolong my assistant jugak ni). after that immediately save in cdrw.
hahhh..(tarik nafas lega, baru sikit) harap2 tak tension masa buat siaran ulangan nih..





~

Wednesday, February 10, 2010

dalam proses decorate ma blog

mesti ada:
* gambar2
* video sikit (recent favourite song)
* jam
* calendar
* checklist 'what 2 do in this week'
* - more n more - (will be in the list)



Friday, February 5, 2010

akhirnya...

dah lama nak buat blog sendiri. tapi takde masa.. dan tak tahu pun betapa mudahnye nak buat blog ni. bukak2 blog org lain, rupanya ada kotak 'Create Blog' kat atas. hmm..mcm tu rupanya. terus on je la..

hari ni tanggal 5 Februari 2010 dah tercipta satu blog baru yang akan menceritakan tentang suka duka seorang guru di sekolah dan di rumah.

nak cerita kat sekolah banyak sangat, dengan kerenah anak2 didik, dengan rakan2 sekerja, dengan pihak pentadbir dan dengan kerja2 d sekeliling pinggang yang tak pernah surut2. as a library n media teacher, memang sangat membebankan. management, filing, librarian, books, teaching aids n material, .. and of course, kalau tak tahu manage memang boleh stress yang teramat.

tapi Alhamdulillah, dilantik sebagai GPM (Guru Perpustakaan dan Media) pun pertengahan tahun 2009. dalam tempoh lebih kurang 6 bulan, banyak jugak pengajaran dan petunjuk yang dapat daripada maklumat kawan2 dan jugak pengalaman sendiri yang dah banyak kali terkena dan teraniaya. hmmm...panjang cerita.

masuk 2010 ni, harap2 dapat meng'upgrade'kan lagi myself as a library n media teacher. bukan sahaja myself tapi juga my school, our school.

gud luck 2 me.. :-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages