Sunday, June 27, 2010

donat + sushi = donashi

...kali ni nak cerita sikit pasal benda makan. I like 'donat'. I like sushi. Dan baru2 ni di  sebuah tempat ada promosikan "DONASHI". Kalau betul le donat digabungkan dengan sushi, rasa mungkin lebih kurang macam sandwich tuna atau sekeluarga dengannya. Tapi donashi ni hanya donat yang berinti krim dan dihiaskan dengan icing di atasnya. Hiasan tu ala2 hiasan pada sushi. Macam tu le lebih kurang. Apa2 pun donat dia memang sedappp.. Nak makan donat yang lembut, cari le kat tempat ni..memang tak cari yang lain dah. 
(psstt..taknak sebut tempat, nanti macam kita tolong promote pulak. kalau dapat %, ok jugak..
elehh..serupa owang len tak tahu kat mana. Tahuuu...)


close up sikittt...

yummyyyyy.....




~

Tuesday, June 22, 2010

Lawatan KL Melaka (Siri 1)

...nak cerita pasal pergi rombongan KL dan Melaka ni rasanya dah berlapuk dalam kotak memori Cikgu Fatin. Dan selepas 2 minggu perlu sangat2 nak kena keluarkan di sini. Berat kepala kalau simpan lama2. Cerita tak la menarik, tapi pengalaman pertama kali menguruskan lawatan memang sangat2 mencabar. Alhamdulillah sampai pada hari lawatan iaitu 4 dan 5 Jun semua kerja menjadi mudah dengan bantuan kawan2 sejawatan seramai 6 orang. 
Thanks kawan2.

Pagi bertolak pukul 0600. Perjalanan memang lancar. Driver, Encik Razak memang cool. Sangat2 puas hati, lain kali nak khidmat Encik Razak lagi la.

Berhenti makan tengah hari di hentian Jejantas Sungai Buloh.


Lebih kurang pukul 0100, kami ke Asia Foundation.


Asalnyer Vasantha dah siap 3 kotak buku. Tapi lepas dia tengok kami datang 1 bas, dia pun bermurah hati tambah lagi 4 kotak. Thanks a lot, Vasantha.




Dalam pukul 0230, sampai di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang telah diberi nama Perpustakaan Tun Uda di Shah Alam. Memang cantik library ni. Sangat2 cantik dan aman.

Tapi malangnyer, sebaik sampai pegawai yang menyambut berkata, "Minta maaf cikgu, kami baru je terputus bekalan elektrik." 

Cikgu Fatin yang asal berwajah ceria n berkobar2 terus bertukar wajah muram.

"Tapi takpe cikgu, kami akan bawa rombongan cikgu ke tempat2 yang terang sikit."

Cikgu Fatin, "Kami terima je la macam mana pun sebab dah sampai sini dari jauh." 
(ayat macam sedih, tapi cover jugak)

Habis je lawatan kami bertukar2 cenderahati.
Apapun, kami semua sangat2 berterima kasih kepada pegawai dan petugas2 yang memberi layanan dan kerjasama kepada kami.
 Takpe..lain kali kami datang lagi. Kami tak serik.



Naik je bas, kami bertolak pula ke Melaka.

Nanti kita buka cerita pasal pegi Melaka pula dalam siri ke2.




Thursday, June 3, 2010

JANGAN BERSEDIH. Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan.

...malam tadi sebelum tidur terpandang buku yang mungkin sedang berkata, 'Bacalah aku'. Hati terasa nak baca sebab sekian lama terletak atas 'side table my bed'.



Buku yang berwarna kuning tu pemberian dari seorang kawan seperjuangan sempena ulang tahun kelahiran pada 18 September 2009. 


Kesian kat buku kuning ni..sejak dapat tu ada le belek2 sikit tengok tajuk2 dia. Memang sangat bagus. Sebab buku ni melatih kita bermuhasabah diri dan sangat2 berguna semasa kita merasa hidup dalam bayang2 kesempitan, kegelisahan dan kecemasan.

Insya Allah selepas malam tadi, malam2 seterusnya akan ku buka buku kuning ini.



~

Tuesday, June 1, 2010

hari yang serba hijau

...hari ni nak jadi cerita kat sekolah, ramai pulak dressing serba hijau. Masuk pejabat ada encik hijau, masuk bilik guru ada puan hijau, masuk koperasi ada cik hijau. Memang hari tu, 'Ku lihat hijau'. Lupa pulak, tuan yang dok potpet2 ni pun kehijauan jugak.

Habis je school hour, ja n me terus keluar sekolah cari ABC. Ikut kan masing2 dah kenyang n tak la dahaga sangat. Tapi order jugak. ABC takde kami order laicikang sorang satu. Kemudian order mi udang yang terlalu banyak udang2nya.

Dalam dok menunggu mi udang siap, sambil dok mencedok buah2 laicikang tu ke mulut, terperasan la kami kat gerai tu pun serba hijau. Geli hati betul, 'kih kih kih kih'.

ish..telefon hijau ni menyibuk pulak nak posing sama

ja sedang mencedok buah2 hijau di dalam mangkuk laicikang nye
 
mi udang nyer sedappp..nyum2. ha..ada jugak daun2 hijau interframe dengan cik2 udang tu

Kebetulan pulak ada pulak mamat sorang kat belakang pun berbaju hijau. Tak berani nak snap gambar dia tunjuk bukti. Gambar kami dua je la..
ja n me
yang lagi syiok tu, kami kongsi makan mi udang semangkuk tu. nak makan serba sorang takut tak abis. 



~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages