Saturday, October 23, 2010

Kereta ku di langgar lari..

...salammm...

Panjang salam nye, sebab dah lama tak posting dalam blog ni. Bukak bukak jugak, idea nak tulis ada. Tapi tak tertaip sebab jari2 ni nak taip soalan2 ulangkaji, peperiksaan dan kerja2 mengedit majalah. Huhhh...naik kematu hujung2 jariku dan keras tulang2 jariku sebab dok mematuk atas papan keyboard. 

dalam dok kalut dengan kerja2 d sekeliling ku, ada juga musibah yang menimpa. sebut pasal musibah, yang ni kena balik kepada yang Azali. 'Ada hikmah di sebaliknya.'

Rutin biasa hari Jumaat, keluar ke Alor Setar seawal 8 pagi untuk kelas pukul 9 pagi. Ikut kan habis pukul 11 pagi, tapi disebabkan hari ini ada penceramah jemputan dari Mesir, tambah pulak nak kejar ke kelas tuition Alya, keluar le awal sikit. Malangnya elok sampai ke kereta, tengok ada kesan calar yang agak teruk jugak pada badan kereta ku. 


Adoyai..sape punye kerja ni. 

Ni mesti kerja orang sekuliah juga. Kena cari kereta merah ni..cari punya cari, jumpa jugak le kereta nye. 


Tapi betul ke kereta ni?

Bior je la...kerja dia buat senyap2 tu biar antara dia dengan Tuhan. Duit ku yang abis untuk mencantikkan semula kereta ku itu, ku anggap 'ada le kat mana2 amal kebajikan yang patut ku buat tapi tak terbuat'. Wallahuaklam.

Semoga Tuhan mengampunkan dosa ku dan orang2 yang sekuliah dengan ku. Aminnn...




~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages