Sunday, May 11, 2014

Syurgaku di bawah tapak kakimu...

~Assalamualaikum~

Hari ini seluruh dunia menyambut Hari Ibu. Semua orang mengucapkan "Happy Mother's Day!". Saya taknak sambut Hari Ibu tapi saya nak bahagiakan dan gembirakan Mak saya hari-hari. 

Sebenarnya setiap hari adalah hari mak saya. Apa yang saya buat, saya akan dahulukan mak saya. Mak dah berpisah jasad dengan Abah 110 hari sudah. Dan saya percaya di hati mak masih ada Abah lagi. Jauh di sudut hati mak mungkin masih sebak kerana mak sudah tentu merasai bayang-bayang Abah di sisinya. Dan sudah tentu mak perlu peneman untuk mendengar cerita, ngomelan, aduan, keluhan dan juga bisikan Mak. Saya nak utamakan Mak saya dari segala-galanya. Alhamdulillah, ditakdirkan dan ditentukan Allah subhanahuwataala tempat saya di sisi mak. Mak berada di depan mata dan saya boleh perhatikan apa yang mak buat setiap hari. Syukur Alhamdulillah.

Adik-adikku!
Mak sihat dan In Syaa Allah Along akan sentiasa menjaga kesihatan mak. Terima kasih adik-adikku kerana sentiasa mendoakan kesihatan Mak dan memudahkan tanggung jawab Along. Terima kasih juga kerana setiap hari menelefon Mak dan tidak membuatkan Mak sunyi semasa Along keluar bekerja.

Mak,
Along rasa apa yang Along lakukan pada Mak takkan sampai dengan apa yang Mak buat untuk Along. Mak melahirkan Along pada usia yang muda dan sudah tentu lalui hari-hari yang sukar membesarkan Along. Cabaran membesarkan dan mendidik Along lagi teruji semasa Along di usia remaja. Sehinggalah sekarang dah masuk 40an, Mak masih lagi ada rasa risau pada anak sulung mak ni. Sentiasa ingatkan itu, ingatkan ini. Tak putus-putus pesan perkara yang sama sebelum tidur dan semasa nak keluar rumah. Alhamdulillah, tak pernah lagi Along rasa jemu. Percayalah Mak, Along takkan boleh duduk kalau tak dengar suara Mak dalam sehari. Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang Mak ketat-ketat. 
(letak 'a' 40 kali sebab nak luahkan rasa sayang untuk Mak selama 40 tahun...hihi)



Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah ku kesihatan yang baik untuk aku menjaga ibuku dan berikanlah ku kesabaran untuk aku melayan ibu ku sebaik-baiknya.



~

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages