Monday, July 30, 2012

Ini bulan Ramadhan kan?

~Assalamualaikum~

Saya rasa sangat sedih bila ada studen yang buat pengakuan tak puasa. Saya tanya kenapa dan dia jawab, 'Penat la cikgu, saya kena gheja.'

'Awak buat kerja apa? Saya pun kerja jugak.' 

'Saya buat gheja bendang. Panaih, tak tahan.'

(gheja: kerja, gheja bendang: menanam padi, panaih: panas)
.
Kesian kan. Tapi apa yang mampu saya tolong dia. Cuma saya boleh kata, ' Puasa la. Cuba sehari. Lepas-lepas tu akan jadi biasa.'

Dia diam je. Pastu saya tambah lagi, 'Puasa ni wajib bagi orang yang dah baligh. Puasa di bulan Ramadhan ialah rukun Islam ketiga. Ini bulan Ramadhan kan, kita wajib berpuasa. Islam kita tidak benar jika kita tak memenuhi tuntutan Rukun Islam.' 

Tunduk je dia, harap dia dapat masukkan kata-kata saya itu di dalam hati.

Itu cerita remaja yang mengaku tak puasa sebab kena bekerja di bawah panas matahari. Bagi remaja yang lain mesti ada sengaja tak puasa sebab memang tak rasa ia WAJIB. Dugaan dan ujian masa remaja ni memang banyak. Iman tak berapa nak kukuh lagi.

Tengok video ni..




~

Masak lemak apa paling sedap?

~Assalamualaikum~

Saya memang suka masak lemak. Apa sahaja masak lemak, saya memang gemar. Tambah-tambah bila buat masak lemak cili padi memang sangat menyelerakan. Kalau buat masak lemak sayur + fucuk + suhun atau masak lemak cili padi pucuk paku, saya akan bubuh kuah nya sampai jadi penuh pinggan. Kalau buat masak lemak cili padi ikan atau ayam pun saya akan bubuh kuah banyak-banyak dalam pinggan. Nasi pulak tak cukup sepinggan, saya akan tambah lagi. Nampak macam kebulur, tapi selera makan kan susah nak tepis-tepis. 

Tapi bila ada masak lemak cili padi ketam, selera saya akan meningkat berganda-ganda. Tapi kali ini bukan nasi yang ditambah. Ketam yang jadi mangsanya. Nasi dalam pinggan ada satu persepuluh je, sejemput le tu. Ketam-ketam tu akan saya ratah-ratah makan. Masa ni dah tak peduli bibir ke lidah ke terluka, saya melantak juga sampai penuh sisa-sisa kulit ketam sepinggan.



.
Ada yang suka campur dengan nenas. Tapi saya tak suka.



~



Saturday, July 28, 2012

Menu sihat di bulan puasa...

~Assalamualaikum~

Buah-buahan seperti yang semua orang tahu mengandungi kandungan vitamin dan mineral berkhasiat. Semua juga tahu buah-buahan sangat baik untuk diet (pemakanan seimbang). Sebabnya kumpulan buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran.

.
Ini menu sihat kegemaran saya. Saya campur buah epal hijau, epal merah, oren, anggur dan brokoli. pastu campur dengan mayonis secukupnya. Bagi pada kiddies umur tiga tahun pun pasti mereka akan kata dengan gembiranya, 
'Nak lagi..'


Untuk rasa lebih sedap dan betul-betul fresh, letak dalam freeze sebelum makan.



~



Rejab, Syaaban dan RAMADHAN

~Assalamualaikum~

Entri kali ini nak share dengan semua tentang bulan-bulan mulia dalam kalendar Islam. Ada yang dah tahu dan dah ada yang ambil peduli tapi tak salahkan kalau kita saling ingat-mengingati. Alhamdulillah kerana semua dapat menerima dengan positif nya.

Seperti yang semua sedia maklum, bulan Rejab ialah bulan Allah, Syaaban ialah bulan Rasulullah. S.A.W. dan Ramadhan ialah bulan umat Rasulullah S.A.W. Ada juga kitab agama yang berkata Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban pula bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. Maksudnya amalan di dalam bulan Rejab adalah untuk menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

Dan ada pulak kitab yang mengatakan Rejab adalah bulan keampunan, Syaaban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. Dalam erti kata lain Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Kalau nak top up pahala berganda-ganda, amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. Masya Allah, sangat besar bonus pahala yang Allah SWT beri kepada kita.

Dan kalau nak hapuskan dosa-dosa kita yang lalu, sebaiknya segerakanlah. Nabi bersabda, "Solat 5 waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar."
.
Sekarang telah masuk bulan Ramadhan dan hari ini adalah hari yang kelapan. Sama-sama la kita mengejar untuk mendapat pahala berganda-ganda untuk menghapuskan dosa-dosa lama. Tiada istilah 'siapa cepat dia dapat' tapi kita sama-sama dapat. Kan tujuan yang dinyatakan di atas tadi adalah untuk saling ingat-mengingati (hehe..takut orang kata, 'pandai la nak ceramah agama sangat, nak jadi ostazah ke'...mohon maaf ye).

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu dari saya. Wallahua'lam bissawab.




Terima kasih kerana membaca entri ini.


.

Friday, July 27, 2012

*senyummm* Boleh layan ni bila rasa bosan...

~Assalamualaikum~

Jom layan bideo ni bila anda rasa bosan, boring giler, tension atau pun stress...

Tapi saya akan ajak Alya tonton bila dia bermasam muka.

Ini bideo anak-anak kucing baru bangun tidur, mata baru nak celik. Sangat le comelnya siap bunyi merdunya eow eow lagi.


Kalau rasa tak cukup puas nengoknye, klik le link-link bideo youtube yang ada.

Terima kasih kerana sudi tonton.



~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages