Friday, April 1, 2011

akhirnya yang ini je la yang saya PATUT ada...

~Assalamualaikum~

...setelah berangan dan berkhayal nak memiliki benda INI, akhirnya saya buat keputusan nak yang ini je..


Nikon Coolpix L120

jadi la...janji puas hati...

Tu pun selepas puas berpikir pro dan kontra nye. Abis semua yang empunya kamera saya tanya mana paling baik. Last-last saya pilih yang sesuai dengan saya je. 

Yang sesuai dengan diri saya, aktiviti harian saya, rupa saya penampilan saya  dan paling penting dengan jiwa saya. Saya memang puas hati walaupun bukan jenis DSLR.
Mai tengok hasil gambar yang saya snap ni...







Ada orang kata kat saya, "Kenapa nak pakai DSLR. Kalau rasa guna ni nak suka-suka tapi takde rasa nak upgrade di kemudian hari better takyah guna DSLR. Guna DSLR ni kena belajar. Kalau nak guna auto baik guna compact je.. Lagi senang bawa, gambar pun lawa gak."

Termalu juga sebab takde la jenis giler snap-snap gambar. Bukan jenis saya le tu...



~

Saturday, March 26, 2011

konfem akan rasa tenang bila dengar lagu-lagu ni...

~Assalamualaikum~
.
...rasanya semua dah dengar apa kata Lady Gaga baru-baru ni. Cik Gaga ni tak puas hati pasal lirik lagu dia yang telah disensorkan oleh radio-radio kat Malaysia. Cuba check kat SINI. Saya cukup risau masa mula-mula lagu Lady Gaga ni dok main-main kat Malaysia. Anak saya ikut terpengaruh mesti nak nyanyi-nyanyi, nak-nak pulak lagu Bad Romance. Ya Allah, memang saya cukup risau.
Saya kata, 'Alya, jangan nyanyi lagu tu.'
Dia tanya, 'Kenapa mama?'
Saya jawab, 'Tak elok la sayang, Islam larang lagu-lagu macam ni.'


Saya ni jarang sangat le nak teliti betul-betul lirik lagu. Yang kes si Gaga ni, kalau dengar memang terpesona. Lepas tengok video clip dia, mula saya rasa was-was. Teliti betul-betul lirik dia memang ada unsur-unsur Illuminati. 

Nauzubillah..

Suka saya nak kongsi lagu-lagu yang patut jadi halwa telinga bagi semua-semua umat Islam. Saya mula dapat lagu-lagu ni bila saya google-google Berhibur Dengan Irama Nasyid dan saya jumpa lebih ramai kawan-kawan Maher Zain.



ini Zain Bhikha dari Afrika Selatan 
bakatnya diasuh Yusof Islam



The Brothahood dari Australia
group yang popular dengan rentak hip hop/rap


Fez Meghani & Aftab Ali dari USA


Aashiq al-Rasul dari UK

 .
Ramai rupanya penyanyi nasyid antarabangsa yang kita tak tahu. Lepas-lepas ni mari kita buka mata kita dan pandang Islam secara global.

Masya Allah!



~

Monday, March 21, 2011

'cantik' is subjective...

~Assalamualaikum~

...cantik itu subjektif. Sila bangkang jika tak setuju.
Ada ke yang nak bangkang-bangkang? Takde kot...rasanye masing-masing semua pakat setuju.

Cantik pada pandangan mata orang lain-lain. Kalau orang lain kata cantik, tak semestinya saya juga kata cantik. Yang saya kata cantik pulak, orang lain kata tak cantik. Macam tu la pandangan mata-mata yang memandang.

Saya suka ambil contoh saya dengan adik bongsu saya.

Bila dia kata, 'Cantik la pelakon tu.'
 .
Saya kata pulak, 'Heh, tak cantik pun.'
.
Pastu dia kata pulak, 'Cantik la daripada Along tu.'
.
Mata terus jeling kat dia. Memang ayat dia ni tak boleh blah dari perli sindir kat kakak dia ni.

Dalam hati berkata, 'Terima je la. Huhu...kite memang tak cantik pun.'

Tapi yang bagusnye pulak, tang saya puji cantik dia setuju dan sokong 100%. Hehe...
 .
Bagus betoi adik aku ni.  
Adikku Fahima, sila baca ye...dan pastu klik LIKE tau.

Nak tau cantik pada pandangan mata saya macam mana.

Sila lihat di bawah ini.


~Julia Rais~




~madhuri dixit~



~aida khalida~

mai tengok Encik Matlutfi ni kata apa...


*hati kena geletek*

hahaha...gelak sama-sama...hahaha...

Memang betul pun kata dia. Sebenarnya definisi cantik ni kena ada pakej yang lengkap, bukan kita tengok fizikal sahaja...hati, adab, susila, kata-kata juga kita nilai.
Macam orang lain kata, 'Biar sedap mata memandang'.
Adat kata, buatpe rupe cantik..perangai tak semenggah, mulut pun tak manis.


Renung-renungkan la...
"Everything has beauty, but not everyone sees it" - Confucius


~

Wednesday, March 16, 2011

bila ibu-ibu meninggalkan anak di rumah sebab keluar shopping, ...

~Assalamualaikum~

...tengok tajuk kat atas macam kejam je kan. Itulah yang kami lakukan bila sekali sekala berjumpa. Tak kira la...kat Kay El ke Aloq Setaq ke..

Anak-anak kami tinggalkan semata-mata hendak menyahut panggilan toke-toke kedai yang tak jemu-jemu berkata, "SALE", "SALE".. 
 
ini la rupa anak-anak yang kena tinggal tu

Tapi bukan kejam tau..kami ni masih ibu-ibu yang penyayang. 
Sebabnye:

1. Anak-anak ditinggalkan dengan pengasuh (bibik) yang sangat la baiknye dan murah kasih sayangnye..

2. Anak-anak ditinggalkan dengan bekalan makanan yang lebih daripada cukup. Hehe...

3. Anak-anak ditinggalkan di rumah yang selesa dan ada macam-macam permainan yang menyeronokkan..

4. Anak-anak bebas bermain dan membuat aktiviti yang best-best..

5. Anak-anak akan sentiasa saling berhubungan dengan ibu-ibu walaupun ibu-ibu sibuk memilih barang sambil tangan sebelah memegang henfon...

6. Anak-anak akan melompat-lompat teruja kegembiraan apabila ibu-ibu membawa balik hadiah-hadiah dan coklat-coklat kesukaan.. "Yea..yea... Mama balik" 


Itulah dia antara sifat-sifat ibu-ibu penyayang. Sebenarnya banyak lagi ni..tapi takkan nak tunjuk kesemuanya kan. TAK baik kan menunjuk-nunjuk.


'kami la ibu-ibu yang penyayang tu..'
note: gambar jadi itam putih sebab bergambaran di kopitiam bertemakan itam putih


~

Sunday, March 13, 2011

in dilemma...'Beli' ke 'Tak Beli'

~Assalamualaikum~

...betul-betul rasa dalam dilema. Ish...nak beli ke takyah beli ni. Berkenan dah lama dah. Bertahun dah pun...sejak ilang rasa sedih sebab yang sebelum ni dah rosak tak boleh pakai lagi, cukup-cukup abis waranti. Last beli masa study kat UUM, tahun 2005. Beli tu pun sebab gedik sangat nak pergi ke Padang, Indonesia. Pergi jalan, benda ni takde, tak best la.

Lepas rosak tu, tu kalau nak baiki kena bayar harga lebih kurang beli benda alah ni...terus terbantut. Sudahnye biar je macam tu...tak buat apa2 pun.

Tapi sekarang keinginan meluap-luap nak ada benda ni sekali lagi... 

Kali ni upgrade sikit. Kalau dulu beli dalam rm500 lebih je. Yang sekarang ni...up le lagi. Bukan nak belagak, bukan nak over materialistik...tapi sebab benda tu rasa berbaloi jugak dari segi hasilnye. Puas hatiii..betulll, tak tipu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nikon D3100 Digital SLR Camera 
...with 18-55mm NIKKOR VR Lens 

Halge : siap le dua libu


Hmm..'Beli?', 'Tak Beli?', 'Beli?', 'Tak Beli?', 'Beli?', 'Tak Beli?', 'Beli?', 'Tak Beli?', .....



~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages