Thursday, September 22, 2011

Oreo Cheesecake untuk Alya Farisah

~Assalamualaikum~

...lama-lama sekali baru nak update blog. Kalau dulu dalam sebulan boleh buat tiga post, tapi sekarang hanya dapat meluangkan masa tiga bulan sekali. Hai..teroks betul kerja makan gaji ni. Teroks yang dimaksudkan ialah kerja sehari-hari yang tiada berhenti, terus-terusan sampaila masuk umur 50 nanti, Insya Allah. Selagi kudrat dan tenaga ada, akan digunakan sepenuhnya untuk sekolah tercenta.

Suka nak updatekan blog hari ni sebab dah berjaya buat kek kegemaran Alya Farisah walaupun pada awalnya rasa susah dan rumit. Tapi bila dah mula buat, alahai rasa simplenya semudah A, B, C. Hancurkan biskut, gaul-gaul 3, 4 bahan, bakar, sejukkan. Mudahkan!
.
.
.
.
.
Tengok ni bahan-bahannya...


Proses semua bahan-bahan di atas...

.
.




dan akhirnya siap untuk dimakan..
.

Sila la..
.
.
.


Saturday, August 27, 2011

kuih yang ku buat selepas ....

~Assalamualaikum~

...tahun ni azam nak buat jugak kuih raya sendiri. Last buat masa bila ye..dah lupa dah sebab terlalau lama merajuk taknak buat dah. Alasannya Cik Oven buat hal dan membuatkan biskutku tak menjadi, bakar tak sekata. Petang kemarin (semalam) cari jugak oven baru. Malam tadi terus buat. Bersengkang mata le jugak dan akhirnya berjaya dapat 3 balang. Kuih yang berjaya mendapat tempat pertama di rumah ini tak lain kuih yang paling senang dan tak banyak renyah, biskut Crystal Ball. Resipi ikut biskut suji tapi dipelbagaiwarnakan dan dibentukkan sebesar biji guli...memang sedap.







~

Saturday, July 30, 2011

mesej dari ...

~Assalamualaikum~

...hari Jumaat lepas bersamaan dengan 29 Julai 2011, saya terima satu mesej. Tengok nombor yang naik memang tak tahu siapa.

Mesejnya berbunyi begini,

Salam... Nama saya Syaaban... Saya ingin mengingatkan bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda bersama isterinya iaitu Rezeki & kedua2 anaknya iaitu Sahur & Iftaar... Mereka akan ditemani oleh ketiga2 cucunya iaitu Rahmat, Barakah & Keampunan.. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Fitri Airlines... Hargai mereka & anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda.



...mesej ini amat bermakna dan saya juga berharap agar sahabat2 seIslam dapat menyambut kedatangan Ramadhan yang memberi berkat dan rahmat.




~


Wednesday, June 22, 2011

Sekalung Tahniah ... untuk Smart10




KONVENSYEN
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH
TAHUN 2011

pada

21 - 22 JUN 2011
8.00 PAGI - 4.30 PETANG

tempat

DEWAN AL-FARABI
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KEDAH



*Anugerah KIK Harapan*
&
*Anugerah Fasilitator Terbaik*

untuk projek
'Smart Electric Consumer'



oleh kumpulan
SMART10



~

Saturday, May 28, 2011

kerja yang datang bertimpa-timpa..

~Assalamualaikum~

...hari ni masuk hari kedua bercuti. Mungkin ramai yang ingat bila sebut cuti, boleh le horey horey. Tapi tidak bagi saya. Saya terima banyak sangat kerja yang harus disetelkan dalam masa cuti ni. Awal terima tasks ni rasa macam batu-batu datang menghempap kepala, bertimpa-timpa tak boleh nak elak. Tension yang amat. Blur...seminggu pergi sekolah rasa macam kena dipaksa-paksa. Datang sekolah pagi-pagi, sampai je terus bukak library, masuk bilik bukak aircond, bukak pc, lepas tu keluarkan fail-fail. Belek-belek fail, rujuk kertas-kertas dalam fail, balik tengok pc, bukak folder, check fail dalam folder, taip sepatah dua, pastu pegi makan. Sebelum tu singgah pejabat, check surat, check fax, turun bawah jumpa studens tanya macam-macam. Bila jumpa studens ni rasa fresh sikit sebab budak-budak ni akan tanya benda-benda yang merangsang minda. Itulah sebab utama kenapa saya masih lagi setia dengan sekolah. Kadang-kadang pikir, seronok nye datang sekolah untuk teaching saje tanpa perlu ada fail-fail atau paper works. Nak fail nak buat paper work suruh je setiausaha buat. Syoknye...kalau setiap cikgu ada setiausaha. Kenapa tak boleh jadi macam tu?



Jangan mimpi le nak ada setiausaha.


~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages