Friday, June 8, 2012

Bila berlaku keracunan makanan, ...

~Assalamualaikum~

...selalu sangat bertekak dengan si Alya pasal membawa bekal makanan ke sekolah. Taknak nye dia bawa bekal. Ingat lagi masa Alya darjah 1. Saya sediakan bekal makanan setiap pagi waktu hendak ke sekolah, dia bawa je tanpa membantah. Bila balik tengok bekas bekalan pun dah kosong. Alhamdulillah. Masuk darjah 2, saya masih juga sediakan bekal makanan untuk dia. Tapi makanan mesti bersisa di dalam bekas tu. Bila tanya, dia kata dia beli makanan kat kantin. Patut le pun tak habis. Dia lebih tertarik makanan kat kantin. Lepas tu, saya pelbagaikan menu untuk dia. Daripada mee goreng, kue teow goreng, nasi lemak, nasi goreng sampai la ke sandwich, spaghetti, macaroni.. tetap jugak tak habis. Masuk darjah 3 dah mula malu nak bawa bekal walaupun kena paksa, tak mahu nye jugak. Masuk darjah 4 terus tak mahunya langsung. Darjah 5 pun macam tu jugak. Eksyen taknak bawa jugak. Kekadang tu buat le jugak bagi dia bawak, dan bila baliknya tengok bekal langsung tak berusik. Dan sekarang dah darjah 6 dah pun. Alhamdulillah dia dah rasa ok pulak nak bawa bekal. Kadang-kadang tak dibawa sebab dia kata, 'Alya tak makan pun waktu rehat.'

Cerita pasal bekal ni bukan apa. Ini sebagai langkah berjaga-jaga tentang makanan yang disediakan di kantin. Takut apa yang masuk dalam perut anak tu makanan yang bukan baik untuk kesihatan. Tambah pulak kalau berlakunya keracunan makanan. Nauzubillah..minta dijauhkanlah.

Justeru apabila anak kita atau kita sendiri ada mengalami simptom keracunan makanan seperti cirit birit, muntah dan keletihan akibat dehidrasi selepas beberapa jam menikmati juadah, adalah baik agar jalani rawatan sendiri sebelum berjumpa doktor. Langkah awal yang kita ambil ini, Insya Allah boleh mengelak dari berlakukan keracunan yang lebih teruk.

Ikut kata doktor, kita perlu minum air bergaram. Air ni boleh mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat akibat muntah dan cirit birit. Garam ni penting kerana ia dapat mengembalikan kandungan garam (sodium dan potasium) dalam badan kita.

Caranya, campurkan sedikit garam bersama air sejuk untuk diminum.



Kaedah ini bukanlah penawar keracunan makanan sepenuhnya. Langkah seterusnya adalah pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan seterusnya.


Waktu ni Alya tiada di rumah kerana bercuti bersama kazen-kazennya di Kuala Lumpur.



~



Tuesday, June 5, 2012

Pening dengan info dari fesbuk? ...

~Assalamualaikum~

...tinggal sekejap fesbuk, jom layan blog saya sekejap. Boring le sikit intro awal ni..tapi takpe teruskan membaca.

Bermulanya 2 November 2008, saya mula kenal dan join fesbuk. Padahal fesbuk ni dah mula sejak 2004 lagi. Ikut sejarah FACEBOOK, tarikh 4 Februari 2004 mula dilancarkan oleh Encik Mark Zucherberg. Masa mula guna fesbuk, yang paling syok n tacing sebab dapat kontek kawan-kawan lama. Daripada fesbuk ni juga, saya bersama kawan-kawan lain dapat buat reunion sekolah rendah dulu. Banyak manfaat yang kita dapat selain yang disebutkan tadi. Antara benda baik yang saya dapat ialah saya jadikan fesbuk sebagai media perbincangan (iye la..berbincang le sangat) dan saya juga dapat membina grup-grup sendiri (hrmm..berapa grup yang telah saya bina hek).

Macam mana pun baiknya, banyak juga le keburukan seperti yang kita semua dah maklum dah. Dan semua benda buruk ni pandai-pandai le sendiri nak buat macam mana. Ye tak?

Tapi ada satu masalah lagi. Kecelaruan info.
Kita kerap dapat info dalam fesbuk yang tak tahu mana benar palsunya. Nak-nak pulak benda yang kita sukar nak percaya. Dan lebih malang lagi kita percaya 100%. Contohnya aiskrim Magnum Walls. Last saya dengar info fesbuk kata ada lemak cik bab. Rasa nak percaya..benda yang jadi kegemaran sebab sedap sangat terus jadi eee..yek..geli dan jijik. Taknak percaya pulak..bahaya. dah jadi was-was. Google2 cari dalam JAKIM, takde pun dalam senarai. Abis tu camne. Keputusannya...jangan makan sehingga dapat bukti yang sahih dari pihak JAKIM. Hmmm...entah. Sampai tarikh hari ini, JAKIM tak kata apa-apa pun.

'Sape ada info pasal ni? Ceciter sikit..'

Jom layan bideo MatLutfi ni...





~

Wednesday, May 30, 2012

Terima kasih semua...

~Assalamualaikum~

...di kala kita sakit, di saat kita lemah dan di masa kita rasa kekurangan kita jangan lupa ramai insan yang masih bersama kita. Walaupun kadang-kadang kita ber'perasaan' sakit kita, lemah kita dan kurang kita akan membebankan orang lain sebenarnya sifat prihatin dan ambil berat mereka adalah 'kesukaan' bagi mereka atau boleh saya katakan lahir dari hati yang suci murni. Mereka akan menghulurkan bantuan dan mereka akan sama-sama mendoakan bersama kita agar kita tidak melalui saat-saat sukar itu berseorangan. 

Saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada saudara mara, sahabat handai, rakan taulan, anak-anak didikku dan bekas anak-anak didikku yang bersentiasa dan tidak putus-putus mendoakan saya supaya saya sihat seperti dulu...dengan harapan ingin melihat saya ceria dan bersemangat seperti sebelum ini. Malahan yang baru saya kenal dan tahu tentang penyakit saya turut sama mendoakan saya.

 Terima kasih kepada yang mengunjungi saya di HSB.


Terima kasih kepada yang memberi buah



dan memotong buah untuk saya.

 
Kulit saya makin sihat dan cantik...*wink wink*

Terima kasih kepada yang memberi bunga-bunga.



 Bangun pagi je bau haruman kuntuman-kuntuman rose menusuk kalbu. Aromaterapi yang baik untuk saya. Juga menceriakan bilik saya.

Terima kasih juga kepada misi-misi yang comels dan lembut tutur kata serta baik hati.


Terima kasih semua...



~

Monday, May 21, 2012

Jom beramal...di bulan Rejab..

~Assalamualaikum~

...esok dah mula masuk bulan Rejab. 22 Mei bersamaan 1 Rejab. Selalu kita tunggu bulan Ramadhan untuk buat amal banyak2. Sebenarnya Allah swt bagi peluang kat kita buat amal banyak2 lagi dua bulan sebelum bulan Ramadhan. 


Jom tengok apa kelebihan bulan Rejab...


1.   Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

2.   Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3.   Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

4.   Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

5.   Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

6.   Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

7.   Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8.   Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.


Bukan itu sahaja, ada lagi yang boleh diamalkan...


1.   Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2.   Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3.   Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4.   Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5.   Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.


Antara peristiwa penting yang sifnifikan dengan bulan Rejab:


1.   Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2.   Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3.   Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

       Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Doa di bulan Rejab:

1.   "Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya."

2.   "Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku."

3.   "Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:


Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya."

Kesimpulannya...

Bulan Rejab adalah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada kita semua untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. 

Tapi suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.



~

Thursday, May 17, 2012

Jaga-jaga...aurat kita...

~Assalamualaikum~
.
...semasa blogwalking, terjumpa post yang ini dan terasa sangat nak share dengan semua pembaca blog Teacher in the House.
.
Jom share sesama...
.
 .
Tempat kita sebagai seorang wanita di kotak warna kuning tu. Kotak yang berwarna merah tu yang kita kena jaga-jaga aurat kita. Warna hijau tu pulak, takpe..tak menjadi aurat.
.
Lepas ni boleh share dengan kawan-kawan, sedara mara, adik beradik dan sapa-sapa je la..
.
.
.
~
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages