Saturday, September 29, 2012

Lantunan Mahabbah Rasulillah

~Assalamualaikum~

Hari ini saya berpeluang menghadiri Majlis Lantunan Mahabbah Rasulillah. Majlis ni ialah satu majlis yang menggambarkan dan menzahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Majlis ini dipenuhi dengan selawat, zikir, alunan qasidah kecintaan Rasulullah S.A.W. Majlis ini diadakan di Dewan Besar Ukir Mall, Alor Setar, Kedah bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Sepanjang saya di majlis ini, saya dapat mengalunkan bersama-sama Selawat Thobibiyyah, Rawi Maulid dan Qasidah.

Rawi Maulid = Riwayat hadis Nabi
Qasidah = Lagu syair Arab














Terima kasih kerana membaca entri ini.

~


 




Tuesday, September 25, 2012

AWAS 7 isyarat jari ini bila ke luar negara...

~Assalamualaikum~

Biasanya, kita akan buat isyarat jari jemari jika nak sampaikan sesuatu jika kawan kita tu nun jauh di seberang sana. Maksudnya jauh yang masih lagi nampak di mata tapi kena la jerit sebab dia tak dapat dengar. Ataupun isyarat jari ni kita guna jika malas nak bersuara atau pun tak payah bersuara sebab bila tunjuk isyarat jari tu dia dah pun faham dan puas hati. 

Contoh yang selalu kita buat isyarat OK dan isyarat V atau Victory.

Tapi kan di sebalik isyarat jari tu kita pernah tak terfikir bukan semua orang di dunia ni dapat apa yang kita nak sampaikan sebenarnya. Tak pasal-pasal dipelangkungnya kita sebab dah jadi kurang ajar dengan orang tu. Walaupun muka bajet nampak baik, muka belas kesian ke, tapi disebabkan isyarat jari yang kita buat tu membuatkan orang dah tak takde kesian kat muka baik kita ni. 

Isyarat jari ni kalau tak dipelajari dengan betul akan menyusahkan kita jika kita ke luar negara. Jadi, bila ke negara-negara tertentu, AWAS dengan isyarat jari anda..

Lihat video ni..


Tapi ...




Apa motip Cikgu Fatin ambil gambar lagu ni..
(bila dah lepas ambil gambar, tengok balik, heran gak kenapa la jari jemari tu nak ditunjuk macam tu...automatik sama dengan flash camera agaknya.)



Terima kasih kerana membaca entri ini.


~

Thursday, September 13, 2012

ALHAMDULILLAH SYUKUR NIKMAT

~Assalamualaikum~

Alhamdulillah hari ini saya masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. 
Syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan Yang Maha Penyayang.



~

Wednesday, August 15, 2012

Suara Ku Berharap (Islamic Version)



Di sini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpaMU, masih tanpaMU

Bila esok hari datang lagi
Ku cuba hadapi semua ini
Dengan bantuanMU oh meski denganMU

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku di sini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Semua ini bantuanMu Tuhan

Ya Allah ampunkan dosaku
Dosa kedua ibu bapaku
Aku hambamu yang berdosa
Masih berharap ampunan dariMu

Ya Allah ampunkan dosaku
Apakah taubatku diterima
Aku hambaMU yang berdosa
Amat berharap cahaya dariMU

Kalau ku masih tetap di sini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menungguMu, aku menunggu


~

Monday, July 30, 2012

Ini bulan Ramadhan kan?

~Assalamualaikum~

Saya rasa sangat sedih bila ada studen yang buat pengakuan tak puasa. Saya tanya kenapa dan dia jawab, 'Penat la cikgu, saya kena gheja.'

'Awak buat kerja apa? Saya pun kerja jugak.' 

'Saya buat gheja bendang. Panaih, tak tahan.'

(gheja: kerja, gheja bendang: menanam padi, panaih: panas)
.
Kesian kan. Tapi apa yang mampu saya tolong dia. Cuma saya boleh kata, ' Puasa la. Cuba sehari. Lepas-lepas tu akan jadi biasa.'

Dia diam je. Pastu saya tambah lagi, 'Puasa ni wajib bagi orang yang dah baligh. Puasa di bulan Ramadhan ialah rukun Islam ketiga. Ini bulan Ramadhan kan, kita wajib berpuasa. Islam kita tidak benar jika kita tak memenuhi tuntutan Rukun Islam.' 

Tunduk je dia, harap dia dapat masukkan kata-kata saya itu di dalam hati.

Itu cerita remaja yang mengaku tak puasa sebab kena bekerja di bawah panas matahari. Bagi remaja yang lain mesti ada sengaja tak puasa sebab memang tak rasa ia WAJIB. Dugaan dan ujian masa remaja ni memang banyak. Iman tak berapa nak kukuh lagi.

Tengok video ni..




~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages