Monday, November 29, 2010

kenapa orang suka ambil gambar sendiri?

~Assalamualaikum~

...kali ini entry nak diskusi pasal tabiat orang-orang tak kira lelaki ke perempuan ke sama je. Hmm..tapi ni biasanya kebanyakan kerja orang perempuan. Tabiat ni mesti ada beberapa syarat. Yang pertamanya dia mesti ada kamera di tangan, tak kira la kamera apa jenis brand pun atau pun kamera handphone dia. Yang keduanya, dia dalam keadaan boring taktau nak buat apa dan duduk dalam bilik sorang-sorang. Cukup dua syarat ni, menjadi la tabiat ini.

Apa dia tabiat dia ye?
Haa..ambil gambar sendiri. 

Snap le gambar sendiri punya banyak kali dan tengok semula, nak simpan ke nak delete. Biasanya orang akan ambil dengan gaya yang bermacam-macam. Gaya duduk ke, berdiri ke, baring ke mesti buat ala-ala manja gitu (ni untuk perangai orang-orang  budak-budak perempuan le ni ). Dan selalunya kalau nak ambil shot jauh sikit, kena le ambil depan cermin. Macam orang tengah perasan sorang-sorang pulak kan..

Saya ada pengalaman macam tu juga, bila kamera handphone saya sendiri sedang berada di dalam genggaman tangan..tehehe.. Waktu tu pulak tengah tunggu panggilan seseorang dan dalam masa yang sama duduk sorang-sorang di dalam bilik. Bukan takde kerja lain, kerja menimbun-nimbun tapi dek kerana boringnya menunggu, maka ini le jadinya.

ni masa tunngu on call ketua editor

 ni pulak tunggu on call my fren sambil tunggu alya pakai telekung


 yang gambar dua kat atas ni memang tengah boring giler tunggu on call my fren

Bila tengok balik terperasan pulak ni perangai orang-orang muda. Sedar le diri awak tu dah tua. Tiga tahun lagi nak masuk 40 tahun. Tua dah saya ye. Hmm..kena check rambut ni, ada dak rerambut putih dok sembunyi.




~

4 comments:

  1. heheheee....kelakorlah. kak fa pernah cuba ambik gambar sendiri, tak menjadi laaaa..rasa macam sengetttt je muka. Fatin senyum nampak okay, setengah2 budak2 muda suka moncong2kan bibir diorang,ala2 nak nampak seksi gitew. ish ish ish

    ReplyDelete
  2. i likee the last part..."3 tahun lagi nak masuk 40"...hahaha!
    rgds,HY

    ReplyDelete
  3. hehehehe.. x macam nk masok 40 pon..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages