Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Emak!

~Assalamualaikum~

...bila orang sibuk-sibuk mengucapkan Selamat Hari Ibu, kita akan bertanya, "Eh, hari ni Hari Ibu ke?" ataupun "Bila Hari Ibu". Dan susah orang akan menjawab tarikh yang setepat-tepatnya seperti orang menjawab tarikh Hari Kebangsaan. 

Saya masih ingat semasa tahun 2005 waktu saya mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1. Dalam buku teks ada menyebut tarikh Hari Ibu dan Hari Bapa. Selepas-selepas itu saya dah tak mengajar lagi dan saya pun terus lupa tarikh sebenar Hari Ibu dan Hari Bapa. Yang pastinya Hari Ibu dalam bulan Mei dan Hari Bapa dalam bulan Jun. 

Kalau kita google-google pun kita tak akan dapat tarikh sebenar sebab setiap negara lain-lain tarikh Hari Ibu yang ditetapkan. Kalau di Malaysia, tarikh yang diraikan Hari Ibu ialah hari Ahad yang kedua dalam bulan Mei setiap tahun. Maknanya Hari Ibu di Malaysia tahun 2011 jatuh pada 8 Mei

Tapi itu bukanlah kesalahan besar yang kita lupa tarikh tu. Setakat nak menyebut "Selamat Hari Ibu" kepada ibu kita belum lagi dapat membuat ibu kita gembira dan tiada kerisauan di hatinya. Saya percaya sehingga hari ini ibu kita masih lagi risau, bimbang dan memikirkan tentang anak-anaknya. Itulah sikap ibu kita yang sangat-sangat penyayang dan bila nak dibandingkan dengan kita sendiri memang tiada tandingannya.

Untuk emak tercinta Puan Nurhairiah, 'Emak ratu hidup Along'.




~

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages