Wednesday, December 11, 2019

Edublogger Meetup #2


Assalamualaikum..

Sememangnya satu ketentuan Ilahi bila saya terjebak bersama para edublogger seMalaysia. Dan bermula dari sini saya mendapat semangat dan inspirasi yang sangat2 saya impikan dalam dunia pendidikan saya.



Awal ceritanya saya mendapat mesej dari rakan guru maya saya Cikgu Diana yang mesra saya panggil D. 



Masa tu rasa sangat teruja sebab akhirnya dapat juga peluang berjumpa dengan D. Selama ni..sebut2 juga sama kami, bila la boleh jumpa. 


Pikir2 macam mana nak pergi, akhirnya saya putuskan naik bas je. Beli tiket pergi dan balik. Senang..naik bas depan rumah dan turun balik pun depan rumah. Di sana ceritanya lagi menarik la..sampai TBS ambil LRT ke KL Sentral, Dari KL Sentral berjalan kaki dalam 3 minit ke Apple Training di Menara CIMB.

Sesi hari pertama bermula dengan Keynote dari pihak penganjur. Ini pun dah memberi semangat dengan frasa 'unlearn and relearn'. Diikuti dengan Keynote dari Cikgu Hailmi..lagi berkobar2 semangat bila dapat banyak input dari beliau. Tak perlu diperkenalkan lagi kerana memang dah sangat2 terkenal.



Dan sangat2 teruja lagi bila ada peluang untuk mesra2 dengan iPad. Melukis, mewarna dan meng'grafik' atas iPad. Haha..marah cikgu BM. Sebenarnya kita guna aplikasi dalam iPad Pro tu dengan bantuan Apple Pencil. Sesi ini Cikgu Razif yang menunjuk ajar dengan sabarnya kami2 ni.

Untuk hari pertama disudahi dengan bergambar bersama pihak penganjur. 




Everyone Can Create


Masuk hari kedua, saya dapat baaaaanyak lagi input2 berguna dari edublogger lain yang saya dengar2 sebelum ini hanya nama pena tetikus, Cikgu Ihzam Khairi, Cikgu Raihan, Cikgu Zaki, Cikgu AzharCikgu Herry, Cikgu Amjad, Cikgu Ayu, Cikgu El Gamillo dan En Idris

Syukur Alhamdulillah..seronok tak terkata bila ada sesi2 yang setiapnya memberi manfaat pada saya.

Sharing & Forum

Blogging Jam


Tech Updates


Open Sharing

Dan yang paling best Lucky Draw dapat 2 hadiah istimewa. Yang pertamanya USB Mosquito Killer yang pada mulanya nampak macam speaker..hahaha. Dan yang keduanya dapat VVIP Personal Coaching dengan Cikgu IK. 




Lagi2 best bila sepanjang Meetup ini, saya dapat kawan2 baru yang sangat awesome.. D dah tentu, Zida, kak Hajar, Nurra, Farah, Siti, Nurhaiza dan lain2 yang tak sempat nak kenal lebih mendalam. 


Belum cukup puas rasanya dengan Meet up ini. Kalau boleh nak lagi Meet up bersama mereka semua lagi dan lagi. Moga kita semua akan ketemu lagi.
Insyaa Allah.







Sunday, May 11, 2014

Syurgaku di bawah tapak kakimu...

~Assalamualaikum~

Hari ini seluruh dunia menyambut Hari Ibu. Semua orang mengucapkan "Happy Mother's Day!". Saya taknak sambut Hari Ibu tapi saya nak bahagiakan dan gembirakan Mak saya hari-hari. 

Sebenarnya setiap hari adalah hari mak saya. Apa yang saya buat, saya akan dahulukan mak saya. Mak dah berpisah jasad dengan Abah 110 hari sudah. Dan saya percaya di hati mak masih ada Abah lagi. Jauh di sudut hati mak mungkin masih sebak kerana mak sudah tentu merasai bayang-bayang Abah di sisinya. Dan sudah tentu mak perlu peneman untuk mendengar cerita, ngomelan, aduan, keluhan dan juga bisikan Mak. Saya nak utamakan Mak saya dari segala-galanya. Alhamdulillah, ditakdirkan dan ditentukan Allah subhanahuwataala tempat saya di sisi mak. Mak berada di depan mata dan saya boleh perhatikan apa yang mak buat setiap hari. Syukur Alhamdulillah.

Adik-adikku!
Mak sihat dan In Syaa Allah Along akan sentiasa menjaga kesihatan mak. Terima kasih adik-adikku kerana sentiasa mendoakan kesihatan Mak dan memudahkan tanggung jawab Along. Terima kasih juga kerana setiap hari menelefon Mak dan tidak membuatkan Mak sunyi semasa Along keluar bekerja.

Mak,
Along rasa apa yang Along lakukan pada Mak takkan sampai dengan apa yang Mak buat untuk Along. Mak melahirkan Along pada usia yang muda dan sudah tentu lalui hari-hari yang sukar membesarkan Along. Cabaran membesarkan dan mendidik Along lagi teruji semasa Along di usia remaja. Sehinggalah sekarang dah masuk 40an, Mak masih lagi ada rasa risau pada anak sulung mak ni. Sentiasa ingatkan itu, ingatkan ini. Tak putus-putus pesan perkara yang sama sebelum tidur dan semasa nak keluar rumah. Alhamdulillah, tak pernah lagi Along rasa jemu. Percayalah Mak, Along takkan boleh duduk kalau tak dengar suara Mak dalam sehari. Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang Mak ketat-ketat. 
(letak 'a' 40 kali sebab nak luahkan rasa sayang untuk Mak selama 40 tahun...hihi)



Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah ku kesihatan yang baik untuk aku menjaga ibuku dan berikanlah ku kesabaran untuk aku melayan ibu ku sebaik-baiknya.



~

 


Friday, March 28, 2014

Amalan hari Jumaat

~Assalamualaikum~

Sebelum ni tercari-cari apa amalan yang boleh kita amalkan pada hari Jumaat. Bila dah gugel2, rupanya banyak betul amalan baik yang mudah je kita lakukan. Yang penting MUDAH dan ada ganjarannya. Alangkah ruginya saya sebelum ini sebab selama ni hanya baca Yaa Sin dan itu lah yang hanya mampu buat. Dan tergerak hati ini untuk menambah amalan bila dah kehilangan seorang yang saya sayangi dan kasihi, Abah saya. Tiap-tiap malam berdoa agar dapat berjumpa dengan Abah di dalam mimpi. Tapi masih belum lagi dapat ketemu. Nak juga jumpa sebab nak dengar apa amanat Abah untuk anak Abah ni. Mungkin boleh anak sulung Abah ni sampaikan amanat Abah kepada adik-adik. Sehingga saat ini anak-anak Abah hanya cuba sedaya upaya untuk menambahkan amalan dan mohon pada Allah Subhanahuwataala supaya amalan-amalan ini dapat menambah saham akhirat Abah.


Subhanallah walhamdulillah walaaIlahaillallah wallahuakbar,
Walahaulawalaquwwataillah billahil'aliyyil'azim.

Balik pada amalan-amalan mudah yang dapat saya kumpul dari sahabat alam maya.
Beruntungnya saya kerana bercuti pada hari Jumaat dan inilah peluang sebenarnya untuk saya. Moga-moga amalan-amalan ini dapat dilaksanakan sebaiknya. Semua orang telah maklum Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari yang baik untuk kita tambahkan pahala kita, hari yang mungkin kita dambakan untuk meninggal dunia pada hari itu. Dan In Syaa Allah, doa-doa kita pada hari Jumaat akan segera dimakbulkan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanahuwataala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam 'Alaihissalam dan baginda diturunkan dari syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam 'Alaihissalam, dan Allah Subhanahuwataala mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jom buat checklist,

Membaca surah As-Sajdah pada solat Subuh yang diiringi Sujud Tilawah ke hadrat Allah,
    Bacaan semasa sujud:
 "Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yang penuh limpah keberkatanNya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."
 
     Nota: Lebih mudah jika kita solat berjemaah. 

Membaca surah Al-Kahfi

Membanyakkan berselawat ke atas Nabi 

Membanyakkan doa

Memotong kuku

Kredit untuk : 
http://tazkirah.yolasite.com/tazkirah.php
http://tazkirahperingatan.blogspot.com/2011/09/bacaan-sujud-sajadahtilawah.html 
http://bersihjiwahati.blogspot.com/2012/11/checklist-amalan-amalan-sunat-hari.html

In Syaa Allah, akan dikongsi selepas ini ganjaran untuk amalan-amalan di atas ini pada post yang akan datang. Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk kita beribadat dan memperhambakan diri kita pada Yang Maha Esa.



Rindu pada Abah. Sayang Abah dan sayang Mak juga. Mungkin amanat Abah begini,
'Jagalah Mak baik-baik sebab Mak adalah cinta hati Abah.'


~


Saturday, June 8, 2013

Amalkan 5S dan Hindarkan 3M

~Assalamualaikum~

Amallkan 5S iaitu,
Senyum,
Salam,
Sopan,
Santun,
Sapa,

dan hindarkan 3M iaitu,
Mengeluh,
Merungut,
Menyesal.


Reset Minda ~ Lembut dalam Kehidupan


~

Saturday, June 1, 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages