Friday, March 28, 2014

Amalan hari Jumaat

~Assalamualaikum~

Sebelum ni tercari-cari apa amalan yang boleh kita amalkan pada hari Jumaat. Bila dah gugel2, rupanya banyak betul amalan baik yang mudah je kita lakukan. Yang penting MUDAH dan ada ganjarannya. Alangkah ruginya saya sebelum ini sebab selama ni hanya baca Yaa Sin dan itu lah yang hanya mampu buat. Dan tergerak hati ini untuk menambah amalan bila dah kehilangan seorang yang saya sayangi dan kasihi, Abah saya. Tiap-tiap malam berdoa agar dapat berjumpa dengan Abah di dalam mimpi. Tapi masih belum lagi dapat ketemu. Nak juga jumpa sebab nak dengar apa amanat Abah untuk anak Abah ni. Mungkin boleh anak sulung Abah ni sampaikan amanat Abah kepada adik-adik. Sehingga saat ini anak-anak Abah hanya cuba sedaya upaya untuk menambahkan amalan dan mohon pada Allah Subhanahuwataala supaya amalan-amalan ini dapat menambah saham akhirat Abah.


Subhanallah walhamdulillah walaaIlahaillallah wallahuakbar,
Walahaulawalaquwwataillah billahil'aliyyil'azim.

Balik pada amalan-amalan mudah yang dapat saya kumpul dari sahabat alam maya.
Beruntungnya saya kerana bercuti pada hari Jumaat dan inilah peluang sebenarnya untuk saya. Moga-moga amalan-amalan ini dapat dilaksanakan sebaiknya. Semua orang telah maklum Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari yang baik untuk kita tambahkan pahala kita, hari yang mungkin kita dambakan untuk meninggal dunia pada hari itu. Dan In Syaa Allah, doa-doa kita pada hari Jumaat akan segera dimakbulkan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanahuwataala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam 'Alaihissalam dan baginda diturunkan dari syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam 'Alaihissalam, dan Allah Subhanahuwataala mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jom buat checklist,

Membaca surah As-Sajdah pada solat Subuh yang diiringi Sujud Tilawah ke hadrat Allah,
    Bacaan semasa sujud:
 "Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yang penuh limpah keberkatanNya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."
 
     Nota: Lebih mudah jika kita solat berjemaah. 

Membaca surah Al-Kahfi

Membanyakkan berselawat ke atas Nabi 

Membanyakkan doa

Memotong kuku

Kredit untuk : 
http://tazkirah.yolasite.com/tazkirah.php
http://tazkirahperingatan.blogspot.com/2011/09/bacaan-sujud-sajadahtilawah.html 
http://bersihjiwahati.blogspot.com/2012/11/checklist-amalan-amalan-sunat-hari.html

In Syaa Allah, akan dikongsi selepas ini ganjaran untuk amalan-amalan di atas ini pada post yang akan datang. Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk kita beribadat dan memperhambakan diri kita pada Yang Maha Esa.



Rindu pada Abah. Sayang Abah dan sayang Mak juga. Mungkin amanat Abah begini,
'Jagalah Mak baik-baik sebab Mak adalah cinta hati Abah.'


~


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages