Saturday, April 17, 2010

Jiwa Kosong

...posting kali ni ingin mengulas tentang perkara yang setiap orang alaminya tapi tanpa disedari. JIWA KOSONG. Ada istilah 'jiwa kacau' tapi yang sebenarnya yang jadi kacau tu sebab masa tu jiwa kosong dan tentulah ketika ini dicuri peluang oleh si Iblis untuk mengacaunya.

Ada banyak cara untuk mengisi jiwa yang kosong ni. Yang muda dengan cara muda dan yang tua dengan cara tua. Yang muda biasanya akan pergi mengisi kekosongan jiwa dengan mencari kawan atau menghubungi kawan. Ini termasuklah ber'sms', menonton wayang, melepak sambil berbual2 ataupun pergi ke tempat hiburan (ada banyak tempat hiburan yang dikunjungi, sama ada cyber cafe, main game ataupun yang lebih ekstrem pergi kelab malam). Itu cara orang muda. Kadang2 orang2 tua pun macam tu juga.

Tapi pernah ke kita terfikir cara mengisi kekosongan jiwa tu dengan cara yang lebih mulia dan memberi impak kepada jiwa kita iaitu menambahkan lagi pengisian rohani. Adakah kita terfikir yang setiap hari kita perlu mengisi jiwa walaupun dalam masa 5 minit sahaja. Jangan tinggalkan ia kerana ruang yang kosong ini akan dicuri oleh si Iblis. Itu yang membuatkan jiwa kita kacau. Ini baru orang kata JIWA KACAU. Kesian jugak kan pada orang2 yang tidak tahu untuk mengisi jiwa yang kosong ni kan.

Jadi pada kawan2 dan pembaca blog ini yang ingin mengisi kekosongan jiwa, saya ada cara yang Insya Allah sangat berkesan. Cuba cari "Al Ma'tsurat Sughra" dan bacalah doa2 yang terdapat di dalamnya.


Semoga ini dapat dijadikan amalan dan Insya Allah si Iblis tidak akan mengacau jiwa anda di kala kekosongan.

Friday, April 16, 2010

jammed in Alor Setar

...bandaraya Alor Setar sekarang ni dah sibuk. Bila tiba hari jumaat dan sabtu lagi la sibuk. bila dalam jamming tu, dan dalam keboringan tu, layan jer la radio. Tiba2 dengar lagu Kuch2 Hota Hei. Bila tutup radio, masih dengar lagi. Rupanyer sebelah tu ada van dok promosi kedai kain Gulati's yang pasang lagu tu. 


Dan dalam keboringan tu jugak, ada ler jugak peneman setia yang sedang bercerita ala2 penglipur lara. Hmmm...baru beli buku, ciwi (excited) le tu.

* Alya n her new book, Melah Melia*


coffee corner in our library...

...benda ni dah lama berangan dah nak buat. Bukan apa, kesian kat librarians yang bertungkus lumus buat kerja. Waktu dahaga n lapar kena pergi ke kantin atau kedai koperasi untuk membasahkan tekak dan mengisi perut. Dah ler library kat tingkat 3, teruk nak turun naik untuk mendapatkan minuman dan makanan.

So, atas inisiatif bersama maka wujudlah satu sudut kopi yang ala2 kadar. Cukup2 muat letak dua jag air kosong (filtered water), satu jag untuk bancuh air manis berais dan beberapa gelas plastik di situ. Dalam perancangan, akan beli satu kabinet kecil. Nanti boleh le tambah letak balang2, bubuh biskut, kacang dan macam2 lagi kat situ.


hrmm...letak yang ini, tak jalan le kerja wahai 'librarians'ku

Hope all the librarians are more success and hardworking after this, Insya Allah.



Friday, April 9, 2010

semalam di Pendang Lake Resort

...jumaat lepas Alya n me telah menghabiskan cuti hujung minggu di Pendang Lake Resort. Idea datang selepas diajak oleh kawan untuk menemaninya kerana terlibat dengan Kem Kecemerlangan PMR. Sebenarnya bukan le dirancang pun nak bermalam di situ. Tapi disebabkan tempatnya yang indah dan permai terus jatuh hati nak lama2 sikit di situ. 
 

Tolak pukul 2.30 petang dari rumah dan sampai pukul 3.30. Biasanya boleh sampai dalam 1/2 jam je, tapi sebaik melepasi SMK Tanah Merah nampak di kanan dan kiri jalan sebaris pokok2 rimbun berbunga 'pink'. Memang cantik. Kalut jugak le suruh si Alya snap gambar2 di kiri dan kanan. Dia pun kalut le jugak ala2 photograher.




antara gambar2 yang boleh diterima pakai
pics taken by Alya Farisah

Dah sampai di situ, tengok tempat mula le terfikir, kenapa le tak bawak baju2 persalinan nak tidur kat situ. Si kawan ni kata, 'Tidur le kat sini. Kita adjust tempat sebab ada cikgu2 yang nak balik. Ada le bilik kosong.' Hmm..dah ada bilik kosong tunggu apa lagi, ok je la. Tapi masalahnya, baju2 salin bukan bawak pun. Si kawan pun kata, 'Apa susah. Jom pi cari baju kat pekan.' Petang tu jugak cari baju Alya n myself. Cukup le seorang 2 pasang. Baju kat situ pun murah2, cukup2 RM40.

Nak jadi cerita, dok bermalam kat situ lepas Maghrib berlaku le peristiwa yang rasanya budak2 yang berkursus tu tak akan lupakan sampai bila2. Oleh kerana ada beberapa orang yang terlalu seronok sangat, mula le kami semua dikunjungi oleh 'kawan2 yang tak diundang'. Riuh rendah jugak le cikgu2 mengawal keadaan dan secara tak langsung myself pun terpaksa le mengambil peranan. Jenuh mulut kumat kamit baca Ayat Kursi dan Surah 3 Qul sambil picit2 kuku jari kaki one of the student (bukan le terer sangat bab ni, tapi tengok pengalaman cara nak buang setan macam tu. Nasib baik bukan yang besar2.). Dalam pukul 12.30 baru le clear. 


tengok air tasik yang tenang, tapi pasti ada penunggunye



Esoknya, keadaan macam biasa. Dan budak2 tu pun bila tengok muka sorang2 macam takde apa yang berlaku. Ok le tu..

Tapi dah siap berpesan pada mereka semua, kalau kita kunjung tempat orang kena pandai jaga diri. Jangan seronok sangat dan beringatlah kepada Allah swt. Semoga pengalaman di Pendang Lake Resort ni menjadikan pengajaran kepada anak2 didik calon2 PMR SMK Kuala Nerang, Insya Allah.




Thursday, April 1, 2010

recycle bins...sangat2 perlu

...dua hari lepas, waktu nak masuk ke library sekolah, terpandang sorang studen tengah nak masuk beg ke dalam rak meletak beg di luar library. Ada ruang2 yang kosong dan ada ruang2 yang nampak macam ada benda kat dalam. Bila tengok dekat2, rupanya ada botol2 air mineral yang kosong dan jugak kertas2 ditinggalkan di situ. Ni rasanya sengaja dibuang oleh notty2 studenz ni.

Nak  marah memang tiada gunanya, baik pikir secara positif. Kutip2 benda semua ni boleh jual, boleh la juga buat duit. Datang le idea jugak andai kata jika dibuat 'Recycle Bins', letakkan pula di luar library. Cukup masa, jual. Boleh gak jadikan sumber income library.


Ok ke? Idea rasanya bagus dah, tapi kena le ambil risiko sebab tangan2 yg notti2 tu mesti akan buang benda2 yang tak sepatutnya di situ. Bab yang ni kena sabar banyak ni. Tapi takpe, kita 'on' jugak idea ni. Benda2 yang baik ni kalau buat mesti ada cabarannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages