...posting kali ni ingin mengulas tentang perkara yang setiap orang alaminya tapi tanpa disedari. JIWA KOSONG. Ada istilah 'jiwa kacau' tapi yang sebenarnya yang jadi kacau tu sebab masa tu jiwa kosong dan tentulah ketika ini dicuri peluang oleh si Iblis untuk mengacaunya.
Ada banyak cara untuk mengisi jiwa yang kosong ni. Yang muda dengan cara muda dan yang tua dengan cara tua. Yang muda biasanya akan pergi mengisi kekosongan jiwa dengan mencari kawan atau menghubungi kawan. Ini termasuklah ber'sms', menonton wayang, melepak sambil berbual2 ataupun pergi ke tempat hiburan (ada banyak tempat hiburan yang dikunjungi, sama ada cyber cafe, main game ataupun yang lebih ekstrem pergi kelab malam). Itu cara orang muda. Kadang2 orang2 tua pun macam tu juga.
Tapi pernah ke kita terfikir cara mengisi kekosongan jiwa tu dengan cara yang lebih mulia dan memberi impak kepada jiwa kita iaitu menambahkan lagi pengisian rohani. Adakah kita terfikir yang setiap hari kita perlu mengisi jiwa walaupun dalam masa 5 minit sahaja. Jangan tinggalkan ia kerana ruang yang kosong ini akan dicuri oleh si Iblis. Itu yang membuatkan jiwa kita kacau. Ini baru orang kata JIWA KACAU. Kesian jugak kan pada orang2 yang tidak tahu untuk mengisi jiwa yang kosong ni kan.
Jadi pada kawan2 dan pembaca blog ini yang ingin mengisi kekosongan jiwa, saya ada cara yang Insya Allah sangat berkesan. Cuba cari "Al Ma'tsurat Sughra" dan bacalah doa2 yang terdapat di dalamnya.
Semoga ini dapat dijadikan amalan dan Insya Allah si Iblis tidak akan mengacau jiwa anda di kala kekosongan.
Memang ramai manusia yang jiwanya kosong. Hidup hanya sekadar mencari apa yang ada didunia. Dan bila semua dimiliki, mulalah mereka `kehilangan' semula... :(
ReplyDeleteMULAKAN-harimu dgn zikirullah,solatmu dgn a`uzubillah,doamu dgn alhamdulillah,kerjamu dgn bismillah,amalmu dgn ikhlas lillah,taubatmu krn Allah,silaturahimmu dgn mahabbah fillah,keazamanmu dgn restu Allah,rumahtanggamu dgn mencintai Allah,pekerjaanmu utk mendapat keredhaan Allah, Kerana permulaan yang baik akan menentukan pengakhiran yang mulia
ReplyDelete