Thursday, May 6, 2010

thinking out of the box

...baru terbaca pagi ni dalam blog Isu Hangat tentang tajuk "Berfikir di Luar Kotak". Suka sangat nak kongsi bersama rakan2 di sini.

Kata2 dalam blog itu merujuk kepada pemikiran yang kadang2 orang bijak pandai tak terfikir pun nak buat begitu.

Berikut adalah contoh2 kes besar yang pernah berlaku,....

Kes 1

Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah). Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.

Tetapi apa yang Russia lakukan?

Mereka menggunakan sebatang PENSIL!

Kes 2

Kisah di kilang kosmetik yang besar di Jepun. Masalah yang mereka hadapi ialah terdapat kotak sabun yang kosong, tidak dimasukkan sabun dalam kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli bekas sabun yang kosong. Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan mereka meminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat.
Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line. 

Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak masuk ke dalam komplikasi X-ray atau yang lain2 sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.

Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu.Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!

...hmmm, kadang2 kita pun bila dalam keadaan terdesak dan panik kita lupa ada jalan penyelesaian yang lebih singkat dan menjimatkan masa dan kos...



3 comments:

  1. best pulak baca ni. Punyalah senang nak cari jalan penyelesaian, tapi kita yang berpusing2 memikir pagi petang siang malam, kan?

    ReplyDelete
  2. betul kak fa. benda ni biasa terjadi bila kita dalan keadaan kelam kabut atau panik.

    kak fa, saya tak boleh masuk blog kak fa. huhuhu.....

    ReplyDelete
  3. okay Fatin, nanti datang ke rumah baru ye! :D

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages