Friday, May 28, 2010

'soping2' di Padang Besar

...kemarin balik je dari sekolah terus ke Padang Besar.
Otw i call, "Alya, siap. Nanti mama singgah ambil."
Alya, "OK".
Tak banyak tanya pulak dia. Pegi jalan punya pasal, OK je.


dalam perjalanan laluan ke Padang Besar. Tak banyak kereta. 'smooth'. Pemandangan memang cantik. Kabur sikit gambar sebab snap dari dalam kereta oleh fotographer si cilik.
 
pic taken by Alya Farisah

ni la bangunan yang akan kami terjah

syok shopping baju. tapi sempat ambil satu je. sebab si cilik ni dok 'gheyau2' nak cari barang dia.

suruh dia tunjuk nak apa, rupanyer nak benda busyuk ni.


dah dapat tu, terus ilang mood nak cari baju lagi. sebab masa pun suntuk.

cari benda makan je la..

banyak sampai taktau nak pilih 

3 paket RM 10. boleh nak tawar harga lagi tapi masa betul2 pack.
 
brooch macam2 n murah. tapi tu la dah jadi tak reti nak pilih, ni jenis brooch yang lepas seminggu mesti ilang2 batu2 permata dia.

pilih benda makan, dok tanya Alya nak mana.
Dia jawab, "Taktau".
ish..geram. Benda dia dah dapat, dia dah malas tak pikir yang lain. Pilih je la apa yang kita suka.

uish..tangan tak cukup ni.

syeronok betul si cilik ni dapat selimut baru 'Hello Kitty'

bayang2 orang yang balik shopping, sakannnnn.


~end~




Tuesday, May 25, 2010

'membakar kulit' di Pulau Redang?


...pada tarikh 24 Mei 2010, lebih kurang pukul 10.30 pagi di pejabat sekolah, ada satu panggilan telefon dari Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Orang JPN : Cikgu ajar Sains kan?

Cikgu Fatin : Ye.

Orang JPN : Cikgu ajar Tingkatan berapa?

Cikgu Fatin : Tingkatan 4.

Orang JPN : Ha..eloklah. Ni nak bagi peluang cikgu pi jalan cuti sekolah ni.

Cikgu Fatin : Pegi jalan mana?

Orang JPN : Pulau Redang. Cikgu cari 6 orang pelajar Tingkatan 4, 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Ada Kem Penyelidikan Sains Marin dari 12 hingga 17 Jun ni. Cikgu Fatin kena jadi guru pengiring.

Cikgu Fatin : Saya sorang ke? Boleh tambah sorang lagi cikgu tak?

Orang JPN : Tempat bot tu dah cukup2.

Cikgu Fatin : Ok, saya tunggu surat rasmi dari JPN. Lepas tu saya minit ke pihak pentadbir.

Alamak!!! Kena pegi Pulau Redang pulak. Tahun lepas dah pegi, 2 hari je. Kali ni 5 hari. Habis la terbakar kulit nanti. Ataupun nak cari pengganti diri..siapa yang nak pegi ye?

* Pulau Redang, 18 - 20 Jun 2009 *




Friday, May 21, 2010

Wajah dan hati yang cantik

...posting kali ini disedut dari blog isuhangat. Maaf ye tuan blogger. Bukan niat nak menciplak, tapi sekadar nak berkongsi dengan rakan2 pembaca.

Tak perlu beli kosmetik yang mahal-mahal. Cubalah petua di bawah.

• Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa.

• Untuk menghilangkan stress, perbanyakkanlah ‘bersenam’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasi pada Allah swt dengan zikir dan doa.

• Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN.

• Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

• Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyakkan
sayuran, buah-buahan dan air putih.

• Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. 
 
Wallahuaklam.



Monday, May 17, 2010

kenapa aku?

kenapa aku sering diuji?

Firman Allah Taala : 
Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? 
(SURAH AL-ANKABUT: 2)

kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Firman Allah Taala : 
Boleh jadi kami membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(SURAH AL-BAQARAH : 216)

kenapa aku diuji ujian seberat ini?

Firman Allah Taala : 
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. 
(SURAH AL-BAQARAH : 286)

bagaimana kan aku hadapi ujian ini?

Firman Allah Taala : 
Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk.
(SURAH AL-BAQARAH : 45)

apa yang aku boleh dapat dari semua ini?

Firman Allah Taala :
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka.
(SURAH AT-TAUBAH : 111)


* posting di atas diambil daripada blog Ummu Muhammad. Suka baca blog beliau sebab ia membuat kita bermuhasabah dengan diri kita dan bersyukur ke hadrat Ilahi.*

Sunday, May 16, 2010

Say Thank You To A Teacher

...hari ni adalah hari yang dikhaskan untuk semua guru di Malaysia. Kepada semua guru-guru, kawan2ku dan juga guru2 yang pernah mengajar dari tahun 1979 (tadika) sehinggalah 1993 (form 6), marilah kita raikan hari ini.


SELAMAT HARI GURU
Guru Pembina Negara Bangsa

Wednesday, May 12, 2010

Pengorbanan ibu tak dapat ku balas sepenuhnya...

...rasanya tak terlewat untuk mencoretkan mengenai pengorbanan ibu bersempena HARI IBU. Kalau boleh di sini nak disenaraikan pengorbanan mak selama hampir 37 tahun ni. Tapi biarlah semuanya kekal dalam hati. Pengorbanan mak selama ini memang tak dapat ku balas sepenuhnya dan hanya doa untukmu mak semoga dikurniakan tubuh badan yang sihat olehNya dan ceria selalu. 

Mak, Along sentiasa di sisi mak dan akan sentiasa membahagiakan mak.

Untuk rakan2 pembaca blog ini, berikut dilampirkan kisah benar yang berlaku di Wen Chuan, China.
wajah ibu yang telah berkorban untuk menyelamatkan anaknya

Thursday, May 6, 2010

thinking out of the box

...baru terbaca pagi ni dalam blog Isu Hangat tentang tajuk "Berfikir di Luar Kotak". Suka sangat nak kongsi bersama rakan2 di sini.

Kata2 dalam blog itu merujuk kepada pemikiran yang kadang2 orang bijak pandai tak terfikir pun nak buat begitu.

Berikut adalah contoh2 kes besar yang pernah berlaku,....

Kes 1

Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah). Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.

Tetapi apa yang Russia lakukan?

Mereka menggunakan sebatang PENSIL!

Kes 2

Kisah di kilang kosmetik yang besar di Jepun. Masalah yang mereka hadapi ialah terdapat kotak sabun yang kosong, tidak dimasukkan sabun dalam kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli bekas sabun yang kosong. Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan mereka meminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat.
Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line. 

Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak masuk ke dalam komplikasi X-ray atau yang lain2 sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.

Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu.Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!

...hmmm, kadang2 kita pun bila dalam keadaan terdesak dan panik kita lupa ada jalan penyelesaian yang lebih singkat dan menjimatkan masa dan kos...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages