Sunday, July 18, 2010

alya sakit mata..kesian anak mama

...pagi kemarin (ni orang utara kata), kalau orang barat n selatan kate pagi semalam (~wat ever la), Alya bangun dengan mata bengkak. Tengok mata dia nampak macam kena gigit serangga. Kata kat dia, 'Nanti hilang le kot'.

Malam tadi, sebelum tidur dia kata, 'Mama, esok kalau mata Alya bengkak, nak kena pegi sekolah tak?'. Bila telek2 mata dia tengok macam dah nak hilang bengkak dah. Kata kat dia, "Esok baik le sayang."

Pagi tadi bangun tidur, tengok mata Alya memang makin bengkak, mula la gelabah. Kata kat Alya, 'Jom siap, mama bawa jumpa doktor.'

Seawal pagi pukul 8, after breakfast dah keluar rumah. Dekat 8.30 baru sampai. Nak jumpa pakar punya pasal, pegi jugak cari kat Alor Setar. Ingat ke pegi awal dapat le sudah awal. Rupanya dah register, dia kata doktor ada pukul 10.00. Pikir punya pikir nak buat apa dalam 1 jam setengah tu, dapat le idea. 'Alya, jom kita pegi library.'

Library buka pukul 9. Tunggu le jugak dalam 15 minit tu sambil2 dok posing keboringan. Dalam library lepas tu sempat le jugak baca 2, 3 newpapers hari tu, pastu pulak baca 3, 4 magazines.

Habis jer, terus pegi balik klinik. Lama jugak tunggu dekat 1 jam walaupun nombor ketiga. Dah nama pakar, dia cek abis le kot, tu yang lama tu.

Doktor kata Alya kena food allergic. So, Alya dalam 2 hari ni doktor minta Alya jadi vegetarian. Balik nanti mama kena masak sayur banyak2 untuk Alya.

huhu..sedih tengok anak mama

tu dia, tengok mata anak mama yang bengkak sebelah

mama yang control 'cool' menunggu

aittt...


untuk anak mama tersayang, cepat2 ye sembuh.





~

Friday, July 16, 2010

tiba2 teringin nak makan eskrem..

...kalau ikut kalendar sekolah tahun ni dah 5 bulan bercanda dgn students. Campur pulak kerja2 pengurusan n pentadbiran di library. Memang dah sampai masanya masuk zon tension. Nak habiskan silibus sepasal, nak manage kerja2 library dua pasal. 

Dan baru tadi jer dengar kuliah agama, Ustaz Aminuddin Abdul Rahim (Pensyarah Kolej Universiti Insaniah) bkata, "Apabila kita mendapat kerja yang banyak dan kita rasa susah hati, sesungguhnya itu adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita." Wallahuaklam...

Alhamdulillah, kalau begitu la seperti yang disebutnya berdasarkan hadis memang kita patut bersyukur.

Tapi yang teringin sangat waktu tengah tension ni ialah yang ini..

 mmm..yummy2

kalau aiskrim tu tuang coklat cair kat atas, mmm...
 

letak pulak buah2 tropika kat ais krim tu..


kalau tambah pulak kek kat aiskrim tu...tak lapar yang lain dah..


ataupun ada sundae yang macam ni..


ish3x..dah jadi mak budak ni, apsal le nafsu makan ni menjadi2?

Kena kawal jugak selera makan. Makan ikut nafsu boleh bawa penyakit. tapi sekali sekala nak layan diri, sekadar nak hilang ketensionan, apa salahnye ek..




~

Thursday, July 8, 2010

Nak kempiskan perut tanpa berbelanja besar?

...rasanya ramai orang yang memang dok tercari2 cara nak kempis perut yang buncit atau lebih teruk lagi orang kata boroi. Ini ada satu cara yang dipetik dari Isu Hangat yang menurutnya juga diambil dari rancangan TV Jepun http://www.ntv.co.jp/ito-ke/ .

Mula2 ambil sebatang straw.

Tuesday, July 6, 2010

Lawatan KL Melaka (Siri 3)

...bersambung lagi kali ini sebagai syarat untuk menutup cerita yang banyak memberi pengalaman n pengajaran. Pengalaman pertama kali mengurus lawatan sekolah. Alhamdulillah membawa pelajar2 yang terdiri daripada pengawas2 PSS ni tidaklah membebankan. Masing2 pandai menjaga diri sendiri. Kadang2 cikgu pulak dijaga oleh studens.

Di samping itu juga ada banyak pengajaran yang boleh digunakan untuk lawatan akan datang.
Nikmati je la antara gambar2 menarik di Melaka ni...

sarapan pagi yang ditaja oleh Encik Sapian berbaju batik coklat. Trimas.

bergambar kenangan dengan Encik Sapian selepas masing2 perut kenyang.

sebelum masuk Jonker Street, hajat hati nak cari barang2 nak letak kat library

dah abis jalan kat Jonker Street, snap sekejap sebelum jalan2 lagi nak masuk ke The Stadthuys (tapi tengok dari luar je). Lepas tu terus naik ke bangunan A Famosa.

singgah sekejap posing depan kereta bomba lama

alaaa...gambar kat A Famosa takde pulak. Cameraman ilang pulak..
turun je dari A Famosa, soping2 barang kenangan untuk orang2 yang menunggu di Kedah.

dah penat berjalan, naik beca je la.

"Abang Beca!, Opsss...Pakcik Beca, tolong hantar kami kat Menara Taming Sari".

Bas kami sedia menunggu di situ.

Sebelum menutup post entry ni, Cikgu Fatin ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru2 yang banyak sangat membantu dalam perjalanan yang jauh ini, kepada semua studens yang banyak memberi kerjasama, "Thanks sebab buat perangai baik2, nanti cikgu bawa lagi ye.". Tak lupa kepada Encik Razak si driver bus, yang banyak bersabar dengan kami semua sebab kami minta pergi KL semula untuk shoping2, kepada penyumbang2 daripada penyumbang yang besar sehingga la penyumbang yang kecil. Jasa anda sangat2 dihargai.



~




Friday, July 2, 2010

Lawatan KL Melaka (Siri 2)

...entry ni disambung semula selepas mood untuk buka cerita tentang lawatan Pusat Sumber SMK Kuala Nerang ke KL Melaka datang balik. Kami semua tiba di Ayer Keroh lebih kurang pukul 0700 malam. Perjalanan dari KL biasa je walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Mengikut arahan pihak yang men'sponsor' kami, penginapan kami terletak berdekatan dengan Tol Ayer Keroh. Tak susah nak cari INB Resort ni. Tempatnye tak le besar dan tak le kecik, biasa2 je. Lepas deal dengan tokenye, Pn Hjh Ainun, berbagi2 le bilik2 tu antara cikgu2 n studens2. Yang budak2 tu seronok sangat sebab ada kolam. Menyengih je sorang2..
 

Malam tu kami dinner di Kafe Botanikal. Makan malam kami ditaja oleh YB Datuk Seri Mohd Ali Rostam. "Terima kasih, YB."


Habis je makan malam, kami ke Sungai Melaka. All of us memang dah tak sabar nak naik river cruise nye. Kami semua tempah 1 bot. Sebelum naik bot, petugas kat situ suruh kami berbaris untuk ambil gambar. Dah kamu ni ramai sangat, dia suruh kami berpecah 2 kumpulan. Lepas snap tu baru terperasan, ni dah terkena ni. Lepas ni mesti dia jual mahal punya gambar tu. 

Sepanjang perjalanan dengan river cruise tu, kami memang tak lepaskan peluang menikmati panorama di kiri dan kanan sepanjang sungai. Dengan lampu2nye yang pelbagai warna dan berkelipan memang sangat menarik. Tapi yang tak syoknya, sometimes we had to smell bad odour. Hai..ambil tudung tutup idung je la..

Lepas pada tu, kami terus balik ke INB Resort. Masa tu dah pukul 1100 malam. Masing2 dah penat, rasanya semua pakat tidur le kot.

Nak cerita keesokannya pulak, kena buka post lain pulak. Ni pun rasanya dah panjang lebar bercerita.


~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages