...entry ni disambung semula selepas mood untuk buka cerita tentang lawatan Pusat Sumber SMK Kuala Nerang ke KL Melaka datang balik. Kami semua tiba di Ayer Keroh lebih kurang pukul 0700 malam. Perjalanan dari KL biasa je walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai.
Mengikut arahan pihak yang men'sponsor' kami, penginapan kami terletak berdekatan dengan Tol Ayer Keroh. Tak susah nak cari INB Resort ni. Tempatnye tak le besar dan tak le kecik, biasa2 je. Lepas deal dengan tokenye, Pn Hjh Ainun, berbagi2 le bilik2 tu antara cikgu2 n studens2. Yang budak2 tu seronok sangat sebab ada kolam. Menyengih je sorang2..
Malam tu kami dinner di Kafe Botanikal. Makan malam kami ditaja oleh YB Datuk Seri Mohd Ali Rostam. "Terima kasih, YB."
Habis je makan malam, kami ke Sungai Melaka. All of us memang dah tak sabar nak naik river cruise nye. Kami semua tempah 1 bot. Sebelum naik bot, petugas kat situ suruh kami berbaris untuk ambil gambar. Dah kamu ni ramai sangat, dia suruh kami berpecah 2 kumpulan. Lepas snap tu baru terperasan, ni dah terkena ni. Lepas ni mesti dia jual mahal punya gambar tu.
Sepanjang perjalanan dengan river cruise tu, kami memang tak lepaskan peluang menikmati panorama di kiri dan kanan sepanjang sungai. Dengan lampu2nye yang pelbagai warna dan berkelipan memang sangat menarik. Tapi yang tak syoknya, sometimes we had to smell bad odour. Hai..ambil tudung tutup idung je la..
Lepas pada tu, kami terus balik ke INB Resort. Masa tu dah pukul 1100 malam. Masing2 dah penat, rasanya semua pakat tidur le kot.
Nak cerita keesokannya pulak, kena buka post lain pulak. Ni pun rasanya dah panjang lebar bercerita.
~
nampaknya bila cuti sekolah, ramai nooo yang buat rombongan gi Melaka kan? Ni mesti gi A Famosa nih...
ReplyDeletekak fa, A Famosa pegi. tak masuk dlm entry post lg. nanti nooo...
ReplyDelete