Tuesday, August 31, 2010
Saturday, August 28, 2010
Jangan 'terrrrr' lebih makan otak2 masa berbuka puasa...
...malam ni chek dapat satu pengajaran secara praktikal dan tak tersengaja semasa berbuka puasa.
Menu buka puasa malam ni, ada mee goren, popia, otak2 dan air tembikai.
Masuk je waktu berbuka, benda wajib lazim masuk dalam perut, air la (sesudah baca doa buka puasa). Lepas pada tu bermula le episod makan2. Mula2 sekali chek makan 1 otak2 (yang makan awal tu sebab chek ingat nak rasa je), lepas tu mee goren sepinggan, lepas tu pulak chek makan 1 otak2, pastu pulak popia, lepas tu makan 1 otak2 lagi. Mmm..apa lagi? Chek minum air tembikai dengan kiub2 buahnya..sambung pula makan 1 otak2, dan penutupnya sebelum minum air (sisa2 air tembikai), chek makan 1 otak2 lagi.
Dah berapa otak2 chek makan?..(tak kira pun masa tu..main masuk dalam mulut je). Nak buat macam mana, otak2 tu memang sedap..ada sikit crunchy tepi2 dia, dan bahagian tengah tu rasa lemak dan berempah. Kali ni chek suka pulak makan otak2, padahal sebelum ni tak pernah le suka. Ingat2 dulu ada sekali chek makan, itupun disemawa dipelawa oleh kawan, lepas tu terus tak suka makan.
Lepas solat maghrib, sempat le jugak relax2 nak tunggu solat Isyak.
Siap azan Isyak jer, chek terus ke surau dengan anak chek dan dengan semangatnya seperti selalu.
BerSolat Isyak, BerWirid dan BerTunggu2.
Elok siap2 nak tunggu terawih, perut rasa memulas semacam je. Mula tu tahan le jugak, dok pujuk perut 'Sabar, dan sempat le bagi abis 8 rakaat dulu.' Makin lama makin rasa tak tahan sampai berpeluh2, terus angkat kaki balik rumah. Huhu..rugi tak dapat terawih berjemaah malam ni.
Sambil dok dengar sayup2 suara pak imam, chek dok memikir apa yang bergelojak dalam perut. Tak pernah le lagi selama ni lepas buka puasa rasa macam ni. Pikir punya pikir, sah le tak lain dan tak bukan, OTAK-OTAK le jawapannya.
So and so, lain kali JANGAN 'TERRRRR' LEBIH MAKAN OTAK2 MASA BERBUKA PUASA.
Pesanan ini ditujukan khas untuk diri chek sendiri. Tak tau le pulak kot2 orang lain biasa je bila makan banyak otak2 ni. Ni mungkin dialog orang lain tu, "Eleh, orang makan sampai sepuluh, takde ape pun." Hrmmm....
*benda ni le yang dok memulas2 nak keluaq selepas diproses dalam perut chek*
~
Friday, August 27, 2010
Assalamualaikum...
...tahun lepas azam taknak tinggal solat terawih. So tahun ni, 'paksa' le diri jugak untuk buat ibadat setahun sekali ni. Kalau le tak pergi, nyesalnye rasa macam tahun2 sudah. Alhamdulillah, dah masuk malam ke 17 (-6), tak tinggal le lagi. Tapi buatnyer 8 je + 3 rakaat sunat witir. Yang lagi termalu kalau tak pergi sebab anak dara mama sorang ni tak pernah le lagi tinggal sunat terawih 8 rakaat ni. 'Sayang anak mama'.
Tapi anak dara mama ni dah bagi syarat mesti nak solat sama saf dengan mamanya. So mamanya ambil le inisiatif pergi surau lewat sikit. Agak2 waktu bilal qamat tu, kami pun keluar rumah. Tak sampai 3 minit memang 'sharp2' imam baru mula baca Al Fatihah. Waktu ni jugak dah takde orang dewasa nak masuk saf lagi. Dapat le anak dara mama ni solat sebelah mamanya. Kiranya di sebelah kiri sekali tu tempat kami dua. Nasib baik surau kecik je..dan makmum makin hari makin sikit dan rata2 jemaah perempuan kekal di tempat yang sama.
hehe.. ini ilustrasi bahagian saf belakang jemaah perempuan.
hehe.. ini ilustrasi bahagian saf belakang jemaah perempuan.
~
Friday, August 20, 2010
nak citer pasal benda makan sebelum masuk waktu berbuka...
...ada lebih kurang 1 jam 26 minit untuk waktu berbuka hari ini. Setiap kali berbuka mesti nak kena makan nasi. Lauknye biasa2 je. Janji ada 'masak cabai', tak kira le..ayam masak cabai ke, ikan masak cabai ke, udang masak cabai ke, sotong masak cabai ke atau daging masak cabai. Masak cabai ni pulak mesti ala minang, resepi yang diturunkan oleh mak tersayang.
Lauk2 yang berkuah pulak jarang nak masuk anak tekak tapi kalau masak lemak cili padi memang takkan tolak nye. (Dikma, sedap masak lemak cili padi ikan salai yang u buat semalam...i loike)
Cita rasa lauk pauk semua ni memang dah sebati sejak turun temurun dan turun pulak pada anak ku tersayang.
Habis bab nasi dan lauk pauk, kita cerita pulak pasal dessert nya. Bab ni nak senang cerita, setel dalam masa 10 minit nak menyediakannya dan 30 minit untuk tempoh masaknya. Apa dessertnye?
Puding karamel, puding roti, puding coklat n sos vanila, cucur jagung, puding karamel, puding kastad berkuah koktel, puding roti, cucur jagung, ...pusing2 balik menu ni le jugak yang senang buat dan senang makan. (Sebenarnya, yang puding2 tu si Alya ni yang suruh buat. Cucur jagung tu pulak, 'wo' Alya suruh buat. Ikut je la...)
Nak tambah dalam senarai menu ni lagi, tukar2 le pulak..mee ke bihun ke kueteow ke, biasanye goreng je..
Alamak...takde gambar le nak letak. Letak gambar yang ini dan ini boleh le kot..
hehe.. ini benda2 yang Alya n mama nye last makan di luar sebelum berpuasa.
Dan sampai di saat2 ini belum lagi makan di luar. Masak sendiri le kat rumah..
~
Thursday, August 19, 2010
lari dari kesibukan gheja sat...
...dah sebulan tak menaip dalam blog ni. Sibuk memanjang dengan ntah apa2 kerja yang dibuat. Dan terlintas di kotak fikiran yang ada makhluk bertanduk, "Ishh..bebaloi ke kerja yang aku buat ni? Gaji sama jugak.."
Dan serta merta kata hati bersuara, "Astaghfirullahul Azim, kenapa le fikir macam tu sekali. Aku buat ikhlas, buat kerja kerana Allah swt. Rezeki Allah swt yang bagi. Kalau banyak tu le gaji yang kita dapat, banyak tu le rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita. Alhamdulillah..."
~
Subscribe to:
Posts (Atom)