Saturday, August 28, 2010

Jangan 'terrrrr' lebih makan otak2 masa berbuka puasa...

...malam ni chek dapat satu pengajaran secara praktikal dan tak tersengaja semasa berbuka puasa. 
Menu buka puasa malam ni, ada mee goren, popia, otak2 dan air tembikai. 

Masuk je waktu berbuka, benda wajib lazim masuk dalam perut, air la (sesudah baca doa buka puasa). Lepas pada tu bermula le episod makan2. Mula2 sekali chek makan 1 otak2 (yang makan awal tu sebab chek ingat nak rasa je), lepas tu mee goren sepinggan, lepas tu pulak chek makan 1 otak2, pastu pulak popia, lepas tu makan 1 otak2 lagi. Mmm..apa lagi? Chek minum air tembikai dengan kiub2 buahnya..sambung pula makan 1 otak2, dan penutupnya sebelum minum air (sisa2 air tembikai), chek makan 1 otak2 lagi. 

Dah berapa otak2 chek makan?..(tak kira pun masa tu..main masuk dalam mulut je). Nak buat macam mana, otak2 tu memang sedap..ada sikit crunchy tepi2 dia, dan bahagian tengah tu rasa lemak dan berempah. Kali ni chek suka pulak makan otak2, padahal sebelum ni tak pernah le suka. Ingat2 dulu ada sekali chek makan, itupun disemawa dipelawa oleh kawan, lepas tu terus tak suka makan.

Lepas solat maghrib, sempat le jugak relax2 nak tunggu solat Isyak.
Siap azan Isyak jer, chek terus ke surau dengan anak chek dan dengan semangatnya seperti selalu.

BerSolat Isyak, BerWirid dan BerTunggu2.

Elok siap2 nak tunggu terawih, perut rasa memulas semacam je. Mula tu tahan le jugak, dok pujuk perut 'Sabar, dan sempat le bagi abis 8 rakaat dulu.' Makin lama makin rasa tak tahan sampai berpeluh2, terus angkat kaki balik rumah. Huhu..rugi tak dapat terawih berjemaah malam ni.

Sambil dok dengar sayup2 suara pak imam,  chek dok memikir apa yang bergelojak dalam perut. Tak pernah le lagi selama ni lepas buka puasa rasa macam ni. Pikir punya pikir, sah le tak lain dan tak bukan, OTAK-OTAK le jawapannya.
So and so, lain kali JANGAN 'TERRRRR' LEBIH MAKAN OTAK2 MASA BERBUKA PUASA.

Pesanan ini ditujukan khas untuk diri chek sendiri. Tak tau le pulak kot2 orang lain biasa je bila makan banyak otak2 ni. Ni mungkin dialog orang lain tu, "Eleh, orang makan sampai sepuluh, takde ape pun." Hrmmm....


*benda ni le yang dok memulas2 nak keluaq selepas diproses dalam perut chek*

p/s : Kalau baca balik perenggan ke2, baru terasa..kesian kat perut chek. Jenuh perut nak memproses sume2 bahan2 yang dicacamerba dipelbagaikan.




~

2 comments:

  1. TU BUKAN MAKAN, TU MELANTAK NAMA DIA. ANAS MAKAN OK JERRR

    ReplyDelete
  2. MAMAASAS, tu le yang, acu dia kata anas suka sampai gheyau2 nak lagi..hehe..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages