Sunday, January 30, 2011

Friday, January 21, 2011

Larang guru kerja Sabtu

~Assalamualaikum~

..pagi ni saya terbaca di Harian Metro tajuk di atas ni. Maksud di atas ialah guru tidak boleh disuruh bekerja pada hari Sabtu. Kecualiii...'boleh dipanggil oleh Pengetua untuk bertugas pada mana-mana dua Sabtu dalam sebulan jika keadaan benar-benar memerlukan bagi menjayakan sesuatu acara yang tidak dapat dilakukan pada hari persekolahan biasa.'

 Saya faham dan saya tak le terasa beban jika terpaksa bekerja pada hari Sabtu. Biasanya Pengetua sekolah tak minta pun datang tetapi yang terpaksa datang sebab nak buat kelas tambahan untuk bakal calon-calon SPM yang memang tak cukup-cukup masa nak diajar dan dibimbing ni. Kelas tambahan yang dibuat ni pun lebih kepada studens yang terpilih sahaja. Studens ni pulak biasanya studens yang mungkin tertinggal kelas dan juga yang susah dan lambat nak paham dalam kelas harian biasa.

Bila dah buat kelas hari Sabtu ni kadang-kadang geram jugak kat sorang dua studens yang tak menghargai masa yang cikgu sanggup luangkan. Siap cakap kat studens tu, 'Datang le, cikgu nak ajar awak cara menjawab soalan SPM. Insya Allah awak boleh jawab dengan baik nanti.'  Tapi itu la..bila tuan diri tak sedar-sedar diri dan takde langsung rasa nak belajar, apa le kudrat cikgu nak pujuk lagi. 

 
Harapan Cikgu Fatin pada studens semua terutamanya bakal calon SPM 2011, ambil le peluang sebaik mungkin untuk memajukan diri anda dalam pelajaran.

~SELAMAT MAJU JAYA~




~

Saturday, January 8, 2011

khas untuk ex2 studens cikgu ye..

~Assalamualaikum~

...suka saya kalau diingat kembali memori lama bersama studens dan bekas studens saya. Macam-macam pesen nakal depa-depa ni nak sakat-sakat cikgu. Kadang-kadang nak tergelak jugak. Tapi tahan je la, kena tunjuk coooool. Nak kasi chance gurau-gurau, sikit-sikit je. Tak boleh lebih-lebih. Yang tak berapa nak kenal dengan Cikgu Fatin ni mesti kata, 'Serius betul cikgu tu, takut nak tegur.' Tapi kalau dah kenal, mesti boleh buat kawan. Kawan yang ber'batas'an je ye. Bukan kawan sebaya tau (dengan nada tegasnya).
 
Lama-lama sekali saya selalu dikejutkan dengan panggilan yang tidak tahu dari siapa dan hanya digit-digit nombor yang tertera pada skrin henfon saya. '+601XXXXXXXX calling'
Bila angkat, jenuh saya nak ingat suara siapa. 'Ticer ni dah tak kenal saya. Sampai hati.' Saya pulak kata, 'Mana le ticer nak ingat, ticer ni kan dah tuaaa...' Hehe...reason nak cover line. Macam le dah tua sangat.
Bila dah perkenalkan diri, baru le teringat, 'Laaa...budak nakal rupanya. Dulu jenuh cikgu nak perangat suruh belajar.' 'Buat apa sekarang?' Alhamdulillah rata-rata yang dah lepas sekolah ada haluan masing-masing. Kebanyakannya sedang sambung belajar di IPTA dan IPTS. Dan ada jugak yang dah bekerja. Yang sangat terharu sebab tengok ramai yang saya nampak sudah ada wawasan, padahal masa zaman sekolah tu nampak tak ketahuan hala. Sampaikan ada cikgu yang berkata, 'Hai budak-budakni, nak jadi apa le?' Dan lagi terharu, bila depa-depa ni masih ingat kat cikgu walaupun dah habis dah tugas cikgu ni mengajar hangpa-hangpa semua. Cikgu nak ucap la kepada semua-semua studens cikgu yang di luar sana. 
SELAMAT MAJU JAYA.  

 ni la noti studens dolu-dolu.. aaa..nombot 1 - 13 tu susunan kenotian ikut ranking menurun..



~

Friday, January 7, 2011

Baru cukup 1 minggu kembali bertugas...

~Assalamualaikum~

...Alhamdulillah, cukup seminggu saya kembali bertugas semula. Bermula le semula episod-episod seorang guru di sekolah. Masuk pejabat, scan fingerprint (tanda waktu kehadiran), loceng bunyi, masuk kelas, jumpa semula studens yang disayangi, mengajar prang prang prang prang, bagi latihan, semak buku, buat reflection setakat mana objektif tercapai, buat lesson plan untuk esok hari, loceng bunyi, scan fingerprint (tanda waktu pulang) dan balik. Selama 4 hari tu, macam tu le benda-benda ni berulang-ulang tanpa rasa jemu. 

Dan dalam kesibukan rutin harian di sekolah yang termaktub begitu, saya juga dihimpit oleh satu dua kerja yang perlu diselesaikan jugak dalam minggu pertama ni. Pertamanya kena lengkapkan Buku Ringkasan Mengajar, kedua kena bagi taklimat PSS pada Tingkatan 4 dan ketiganya kena bagi juga taklimat PSS pada Tingkatan 1.

Buku Ringkasan Mengajar :
1. Nama Guru, Kelas, Mata Pelajaran dan Tingkatan Yang Diajar ~ check
2. Senarai Buku Teks Murid ~ check
3. Senarai Buku Rujukan Guru ~ check
4. Kalendar Sekolah  ~ check
5. Maklumat-maklumat Guru  ~ check
6. Jadual Waktu dan Analisis  ~ check
7. Penggal Persekolahan  ~ check
8. Huraian Sukatan Pelajaran ~ check
9. Rancangan Pelajaran Tahunan  ~ check
9. Kontrak Latihan Murid  ~ check
10.  Rancangan Pelajaran Harian ~ check
11. Rekod Pencapaian Murid (Headcount)  ~ check
12. Catatan Kehadiran Mesyuarat  ~ check

Haaahhh...Alhamdulillah selesai le jugak 12 perkara yang perlu sangat-sangat disiapkan tu. Memang dah boleh tarik nafas lega

Kerja-kerja membebel dalam Taklimat PSS juga dapat disempurnakan dengan jayanya. Alhamdulillah.
Hai studens Form 4 dan Form 1 semua-semua (bahasa yang syok saya sebut, kalau cikgu BM tengok mesti bebulu nye mata nengok dan telinga mendengar), terima kasih la sebab dengar jugak bebelan cikgu di dewan hari tu. 

Lepas-lepas ni Cikgu Fatin, gear kena tambah lagi untuk tugasan-tugasan yang lebih mencabar lagi. 
~Wish me luck~




~

Monday, January 3, 2011

Back 2 School...

~Assalamualaikum~

...yes, hari ni bermulanya sesi persekolahan tahun 2011. Habis le sudah hari-hari cuti Cikgu Fatin yang tak berapa nak puas ni. Sepatutnya kemarin hari Ahad yang mula sekolah. Tapi disebabkan kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki AFF 2010, maka diberilah cuti sehari kepada rakyat jelata. Ish, ish... Juara Bola Sepak Asia Tenggara tu. Hebat betul. TAHNIAH! Dan serta merta juga, saya yang tak pernah ambil tahu pasal pemain-pemain bola ni sekarang dah tahu siapa Khairul Fahmi Che Amat dan Mohd Safee Mohd Sali. Itulah hero-hero yang mengGAHkan nama Malaysia. Cikguuu...cukup le tu, kami dah tahu dahhh...

Ok, ok...

Nak cerita le sikit pasal mood balik ke sekolah ni. Perasaan yang berselang-seli. Bersemangat dan malas, kejap semangat, kejap malas, kejap semangat, kejap malas. Semangat tu sebab studen dah mesej kata, 'Cikgu, tak sabar nak masuk kelas.' Yang malas tu pulak sebab cuti yang tak berapa nak puas tu. Masuk kelas pun ingat nak terus mula Chapter 1. Taknak tangguh-tangguh. Tahun ni kena ajar Form 5. So, kena le bagi cepat habis syllabus. Target bulan 6 ni abis 8 chapter, pastu nak cover Form 4 pulak dan lepas tu pulak nak discuss soalan-soalan mirip SPM. Nak jadi cerita hari ni, dek kerana duduk dalam bilik air-con sorang-sorang, sampai sejuk otak nak set kata ikut jadual hari kedua iaitu hari Isnin. Tengok jadual hari Ahad punya pasal, terlepas le minit-minit yang sangat berharga tu. Punya tak sedar sampai kena panggil oleh studen. Masuk je kelas tengok Cikgu Rahman (Penolong Kanan HEM) dah take over. Malunyeee...(tutup muka). Dah le pegawai Jabatan Pelajaran Negeri datang melawat, nasib baik tak lalu lagi kelas tu . Betul-betul hari pertama yang spoil. 

Hehe..mari tengok muka yang konon-kononnya bersemangat hari ni..

 

'Cikgu, esok jangan silap tengok jadual ye.'




~

Saturday, January 1, 2011

2010 --> 2011

~Assalamualaikum~

...hari ini bermulanya tahun 2011. Alhamdulillah diri ini dan seisi keluarga masih diberi peluang bernafas untuk menikmati hidup. Menikmati hidup? Sepatutnya macam mana ye kalau nak ditafsirkan? Nikmat kehidupan dunia ini sepatutnya dipenuhi dengan persiapan atau bekalan untuk kehidupan akhirat kelak. Bekalan tu semestilah ia amal ibadat yang dituntut oleh Islam. Tapi ye..saya tahu kadang-kadang saya terleka dan alpa dengan nikmat hidup yang dipenuhi oleh nafsu semata-mata. Tapi saya sangat-sangat bersyukur kerana insan-insan di sekeliling saya sentiasa mengingatkan saya. Saya sangat bersyukur kerana ada Mak, Abah, Angah, Husna, Hadi dan Ima. Saya juga sangat bersyukur kerana kekuatan masih ada di dalam diri saya. 'Ya Allah, Kau berkatilah diri ini dan limpahilah rahmat kepada diri ini untuk sentiasa beribadah kepadaMu'. 

Aaminnn!


Nak bukak cerita pasal tahun baru ni sikit...
 
Kebiasaan apabila bermulanya tahun baru ni serba serbi baru. Memang pun kena macam tu terutamanya budak-budak tapi tak wajib tau. Hari pertama di sekolah mesti nak pakai yang baru. Baju baru, tudung baru, kasut baru, beg baru dan segala isi dalam beg pun mesti baru. Kalau ikut saya sebagai mama kepada Alya Farisah ni memang nak ajar sangat si anak supaya bersikap sederhana, tak membazir. Kata kat dia, 'Yang mana boleh pakai tu, letak atas meja. Yang tak boleh pakai, masuk dalam plastik. Bila dah diasingkan, nampak banyak lagi rupanya yang boleh dipakai. Tapi nak bagi semangat baru punya pasal, beli la jugak sepersalinan kat dia serba baru. Maknanya yang lama tu masih lagi dipakai. Jadi takde lah berlaku pembaziran di sini. Itu anaknya. Mamanya pulak takde apa pun yang baru. Semua bajet dah ditolak ke anak sebab si anak tadi dah mula bertukar ke imej muslimah sejati. Hmmm..gitu-gitu la..

Lagi satu sebut pasal tahun baru ni, orang akan tanya AZAM BARU. Baru tak sat ni, studen mesej tanya, 'Tcer, apa azam thn ni?' 
Azam? Banyak sangat le...nak buat tu nak buat ni, bersusun-susun ikut bulan dari Januari sampai Disember. Maknanya kalau habis bulan Januari ni tercapai azam saya, kiranya berjaya le tu. Macam tu la. Saya ni kalau boleh nak semuanya berjalan dengan baik. Nak segalanya indah dan lancar. Taknak ada kesilapan, taknak ada cacat cela. Tapi boleh ke jadi macam tu. Saya percaya semua tu atas kehendak Allah swt. Biarlah diredhai dan diberkati hendakNya. Akan ada silap, akan ada salah. Itulah ujian Tuhan untuk kita. 

Untuk pembaca blog ni, saya ucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga lebih diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.




~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages