~Assalamualaikum~
...hari ini bermulanya tahun 2011. Alhamdulillah diri ini dan seisi keluarga masih diberi peluang bernafas untuk menikmati hidup. Menikmati hidup? Sepatutnya macam mana ye kalau nak ditafsirkan? Nikmat kehidupan dunia ini sepatutnya dipenuhi dengan persiapan atau bekalan untuk kehidupan akhirat kelak. Bekalan tu semestilah ia amal ibadat yang dituntut oleh Islam. Tapi ye..saya tahu kadang-kadang saya terleka dan alpa dengan nikmat hidup yang dipenuhi oleh nafsu semata-mata. Tapi saya sangat-sangat bersyukur kerana insan-insan di sekeliling saya sentiasa mengingatkan saya. Saya sangat bersyukur kerana ada Mak, Abah, Angah, Husna, Hadi dan Ima. Saya juga sangat bersyukur kerana kekuatan masih ada di dalam diri saya. 'Ya Allah, Kau berkatilah diri ini dan limpahilah rahmat kepada diri ini untuk sentiasa beribadah kepadaMu'.
Aaminnn!
Nak bukak cerita pasal tahun baru ni sikit...
Kebiasaan apabila bermulanya tahun baru ni serba serbi baru. Memang pun kena macam tu terutamanya budak-budak tapi tak wajib tau. Hari pertama di sekolah mesti nak pakai yang baru. Baju baru, tudung baru, kasut baru, beg baru dan segala isi dalam beg pun mesti baru. Kalau ikut saya sebagai mama kepada Alya Farisah ni memang nak ajar sangat si anak supaya bersikap sederhana, tak membazir. Kata kat dia, 'Yang mana boleh pakai tu, letak atas meja. Yang tak boleh pakai, masuk dalam plastik. Bila dah diasingkan, nampak banyak lagi rupanya yang boleh dipakai. Tapi nak bagi semangat baru punya pasal, beli la jugak sepersalinan kat dia serba baru. Maknanya yang lama tu masih lagi dipakai. Jadi takde lah berlaku pembaziran di sini. Itu anaknya. Mamanya pulak takde apa pun yang baru. Semua bajet dah ditolak ke anak sebab si anak tadi dah mula bertukar ke imej muslimah sejati. Hmmm..gitu-gitu la..
Lagi satu sebut pasal tahun baru ni, orang akan tanya AZAM BARU. Baru tak sat ni, studen mesej tanya, 'Tcer, apa azam thn ni?'
Azam? Banyak sangat le...nak buat tu nak buat ni, bersusun-susun ikut bulan dari Januari sampai Disember. Maknanya kalau habis bulan Januari ni tercapai azam saya, kiranya berjaya le tu. Macam tu la. Saya ni kalau boleh nak semuanya berjalan dengan baik. Nak segalanya indah dan lancar. Taknak ada kesilapan, taknak ada cacat cela. Tapi boleh ke jadi macam tu. Saya percaya semua tu atas kehendak Allah swt. Biarlah diredhai dan diberkati hendakNya. Akan ada silap, akan ada salah. Itulah ujian Tuhan untuk kita.
Untuk pembaca blog ni, saya ucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga lebih diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.
~
No comments:
Post a Comment
Ada apa-apa nak kata?