Friday, March 11, 2011

eee...saya geli dengan 'meow-meow'..

~Assalamualaikum~

...nak buka cerita kali ni pasal hewan yang saya geli. Bukan takut tapi geli. Geli nak pegang atau pun tersentuh. Kalau tersentuh, mesti meremang bulu roma. Naik mencacak..bahu pun terjungkit. 
Eeeeeeeeeee.........


Hehe..ini la hewans yang saya geli. Selalu berkeliaran kat tempat-tempat orang makan. Pastu bunyi, 'meoww..meowww'. Dengar nye kesian, bunyi mendayu-dayu suara minta makan. Tapi dah kerana geli punya pasal, tunggu je la aksi saya yang dah tak boleh nak cover malu lagi.

Kalau pegi kat mana-mana tempat makan, biasanye kat gerai makan atau pun open-air restoran, ada sekawanan kucing ni, memang sah tak singgah dah. Tapi setakat sekor dua tu, saya gagah le jugak. Itu pun kalau kucing tu dok diam setempat. Kalau dok ngiau-ngiau mai langut kat saya, saya panggil le orang kedai makan tu suruh ambil kucing tu bawak pegi jauh-jauh.

Pernah saya tengah makan kat kafetaria sekolah dengan member, Fuzainah, datang le kucing ni dok panjat kerusi saya minta makan. Apa lagi...TERjerit le saya. Yang si member ni dok tengah minum terkejut dengar jeritan saya tersedak-sedak melekat air kat tekak. Kesian le pulak. Rasa tak patut pulak saya ni...tapi sori la, memang takleh nak tahan TERjerit tu. Spontan je terjadi.

 Kalau le ada ubat tak bagi geli, memang nak dukung-dukung cik kitten yang kiut miut ni..


Jangan tak caye lak...hewan kat bawah ni saya TAK geli nak pegang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hehehe...



~

2 comments:

  1. saya geli kat katak plak..sungguh menharu birukan dunia tatkala melihat si katak toing toing..kkakaka

    ReplyDelete
  2. haha.. sebenarnye ticer syah. nak letak gambar buaya atau ular..nanti org kata eksyen pulak. hehe..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages