Saturday, May 28, 2011

kerja yang datang bertimpa-timpa..

~Assalamualaikum~

...hari ni masuk hari kedua bercuti. Mungkin ramai yang ingat bila sebut cuti, boleh le horey horey. Tapi tidak bagi saya. Saya terima banyak sangat kerja yang harus disetelkan dalam masa cuti ni. Awal terima tasks ni rasa macam batu-batu datang menghempap kepala, bertimpa-timpa tak boleh nak elak. Tension yang amat. Blur...seminggu pergi sekolah rasa macam kena dipaksa-paksa. Datang sekolah pagi-pagi, sampai je terus bukak library, masuk bilik bukak aircond, bukak pc, lepas tu keluarkan fail-fail. Belek-belek fail, rujuk kertas-kertas dalam fail, balik tengok pc, bukak folder, check fail dalam folder, taip sepatah dua, pastu pegi makan. Sebelum tu singgah pejabat, check surat, check fax, turun bawah jumpa studens tanya macam-macam. Bila jumpa studens ni rasa fresh sikit sebab budak-budak ni akan tanya benda-benda yang merangsang minda. Itulah sebab utama kenapa saya masih lagi setia dengan sekolah. Kadang-kadang pikir, seronok nye datang sekolah untuk teaching saje tanpa perlu ada fail-fail atau paper works. Nak fail nak buat paper work suruh je setiausaha buat. Syoknye...kalau setiap cikgu ada setiausaha. Kenapa tak boleh jadi macam tu?



Jangan mimpi le nak ada setiausaha.


~

Monday, May 16, 2011

Terima Kasih Guruku!

~Assalamualaikum~

...suka sangat nak tujukan lagu ni pada guru-guruku yang pernah mengajarku di Tadika Kem Penrissen, Kuching, Sarawak, SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim, Kuching, Sarawak, SK Dato Abu Bakar, Kuala Lumpur, SK Langgar, Alor Setar, Kedah, SK Taman Ehsan, Kepong, Selangor, SMK Taman Ehsan, Kepong, Selangor dan SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.




~

nak rasa anggur Malaysia?

~Assalamualaikum~

...cerita kali ini bersambung daripada cerita @ Lata Mengkuang. Dalam perjalanan balik ke rumah kami nampak signboard di bawah ini. Dan kami tak lepaskan peluang untuk tengok sendiri anggur Malaysia tu.


Ini bukan la pengalaman pertama saya tengok buah anggur yang ditanam di Malaysia. Saya pernah tengok di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara pada tahun 1999. Pastu saya tak pasti masih ada lagi ke tidak.

Kali ini saya tengok buah anggur ditanam di Ladang Anggur Tasik Beris, Sik, Kedah. 

Tiket masuk kami dua beranak

.
Luas jugak ladang ni..
.
.
.
Dua beranak yang sesangat eksaited...
.
Dia tak kata pun 'Dilarang Pegang'..

Info:

          The  Beris Lake Vineyard (Ladang Anggur Tasik Beris) is managed by Excel Agrotech Sdn. Bhd. and has a land area size of 34 acres. (luasnye). It is the first grape vineyard in Kedah, proven a big success in commercial grape growing of species such as Black Opal, Black Grape, White Malaga and Loose Pelite. (macam-macam jenisnye, tapi takde pulak dibubuh nama dekat dengan buah-buah tu. Tengok dalam tu ada dua jenis je, anggur hitam dan anggur hijau. Nampak sangat buta pasai anggur ni). The vineyard also has been visited by the Royal Highness of Kedah DYTM Raja Muda Kedah.

          The vineyard is strategically located beside the scenic Beris Lake at the first bridge over the lake, where a welcome signboard will leads visitors direct to the farm.  (memang cantik pemandangan kat area sini, lupa lak nak snap gambar). Visitors will have a wonderful experience touring around the vineyard to learn about grapes growing process from planting to harvesting. (ooo..macam ni kena duduk sehari la. Aritu pegi masuk 15 minit je. Lagipun masa tu buah kecik-kecik, sebab baru nak berbuah).

           Grapes are an excellent fruit for fresh use or processing into jam, jelly, juice, pie or wine. The Beris Lake Vineyard also selling fresh grapes, juice, jam and cordial on the spot and even the transplant grape plants for visitors who are interested in growing grapes at home. (silap aaar...tak masuk kedai dia aritu. Kalau tak boleh dah tanam anggur kat rumah. Takpe, takpe...nanti boleh pegi lagi).

 *sumber dari SINI.



~

Saturday, May 14, 2011

@ Lata Mengkuang

~Assalamualaikum~

...cerita kali ni pasal air terjun. Sebenarnya saya ni orang yang susah sangat nak pergi ke tempat yang ada air 'garang-garang'. Maksudnya air yang berkaitan dengan cerita-cerita selalu kita dengar ada kejadian lemas, hanyut, tenggelam, hilang. Takuttt...kalau boleh, dijauhkanlah. Nauzubillah min zalik. Sebut laut ke, air terjun ke memang kalau boleh akan elak. Baru ni bila diajak untuk mengiring studens Kadet Polis di Lata Mengkuang, dalam keterpaksaan pergi le jugak.

Untuk pengetahuan semua, lata ni maksudnya air terjun yang tegak tetapi rendah

Kalau dah sampai ke situ, takkan nak tengok je kan. So saya ambil peluang main je la air tu. Tu pun lepas diminta oleh Alya. Pesan kat dia, basah-basah kaki cukup. Tihehe...bawak dia kat tempat yang cetek-cetek.


Kesian pulak tengok Alya main-main air dengan kaki je.. Makin lama makin basah satu badan dijirus air yang menderu datang.


Pastu pulak, cikgu-cikgu lain ajak jom naik atas lagi. Lagi best..
Saya kata OK, tapi dalam hati kata nak tengok je, taknak mandi..


Dalam perjalanan ke puncak tak berapa nak teratas. Seorang mokcik tertinggal sorang-sorang di belakang.


Siapa le nak tengok je alam ciptaan Tuhan ni.. 

"Mai le, mai le...", kata air tu.
Akhirnya...
.

Bestttttt...
Air yang datang menjirus badan terasa macam terapi lak. Memang best. 


Terima kasih. Lain kali Insya Allah saya kami datang lagi.



~

Wednesday, May 11, 2011

*CUPPYCUPCAKE*

~Assalamualaikum~

...giler betul kalau tengok cupcake yang comei-comei. Kalau ada depan mata memang tak henti dok mengunyah dan menelan. Tapi bersyukurlah kepada Tuhan kerana dikurniakan perut yang sedia ada ini, tak le giler-giler nak melantak je kerja. Nafsu makan memang melampau-lampau gaban tapi perut ni kalau banyak je benda masuk, rasa mahu meletop. Kalau dah rasa macam tu, harus la tangan ni berhenti masukkan benda-benda ni ke mulut.

Tengok le siapa le tak tergoda bila tengok benda makan comel macam ni..



courtesy of Google
.
Dan kalau suka sangat nak beli-beli benda makan, boleh le klik kotak MilkADeal di sebelah ni. Siap ada diskaun biskaun lagik. Jom-jom...



~

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Emak!

~Assalamualaikum~

...bila orang sibuk-sibuk mengucapkan Selamat Hari Ibu, kita akan bertanya, "Eh, hari ni Hari Ibu ke?" ataupun "Bila Hari Ibu". Dan susah orang akan menjawab tarikh yang setepat-tepatnya seperti orang menjawab tarikh Hari Kebangsaan. 

Saya masih ingat semasa tahun 2005 waktu saya mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1. Dalam buku teks ada menyebut tarikh Hari Ibu dan Hari Bapa. Selepas-selepas itu saya dah tak mengajar lagi dan saya pun terus lupa tarikh sebenar Hari Ibu dan Hari Bapa. Yang pastinya Hari Ibu dalam bulan Mei dan Hari Bapa dalam bulan Jun. 

Kalau kita google-google pun kita tak akan dapat tarikh sebenar sebab setiap negara lain-lain tarikh Hari Ibu yang ditetapkan. Kalau di Malaysia, tarikh yang diraikan Hari Ibu ialah hari Ahad yang kedua dalam bulan Mei setiap tahun. Maknanya Hari Ibu di Malaysia tahun 2011 jatuh pada 8 Mei

Tapi itu bukanlah kesalahan besar yang kita lupa tarikh tu. Setakat nak menyebut "Selamat Hari Ibu" kepada ibu kita belum lagi dapat membuat ibu kita gembira dan tiada kerisauan di hatinya. Saya percaya sehingga hari ini ibu kita masih lagi risau, bimbang dan memikirkan tentang anak-anaknya. Itulah sikap ibu kita yang sangat-sangat penyayang dan bila nak dibandingkan dengan kita sendiri memang tiada tandingannya.

Untuk emak tercinta Puan Nurhairiah, 'Emak ratu hidup Along'.




~

Friday, May 6, 2011

'The Royal Wedding' versi kelakor...

~Assalamualaikum~

...lama giler kalau tengok live 'The Royal Wedding' antara Prince William dan Kate Middleton. Mahunye berjam-jam..

 
Dah kerana pesyen saya sekarang tak suka berlama-lamaan menunggu tengok wedding ceremony tu, saya godek-godek youtube dan jumpa yang ini. Klip yang telah dimampatkan dan
diabridgekan ini sesuai la untuk orang yang suka fwd2 tu.
Heheheh...kelakor jugak.

Sila layan...




~

Sunday, May 1, 2011

masa untuk melayan anak-anak @ Ice Room

~Assalamualaikum~

...sebut je Ice Room, mesti orang-orang yang belum tahu akan kata, 'Bilik Ais?',
Saya suka sangat nak cerita yang Ice Room tu adalah tempat yang kita akan rasa sejuk dalam dan luar. Rasa sejuk tu akan mula terasa apabila ia masuk ke dalam mulut terus ke anak tekak melalui rongga esofagus terus sampai ke dalam usus perut. Kadang-kadang rasa sejuk akan naik terus ke kepala dan seperti terasa beku otak di kepala.

Sori la...saja nak panjangkan intro ni.
.
Dipendekkan cerita, layan je la foto-foto kat bawah ni...
.
muka-muka gembira dalam perjalanan ke Ice Room

ni ha dia...tengok pun dah terasa dingin dari sini

anak-anak punya le suka bila pilih menu
sendiri.. jenuh betul menunggu...
.
dua mama dan sorang anak dara sabar menunggu
.
dah pilih menu, pegi main dulu...
.

slurp slurp, makan-makan...

pandai betul korang-korang...abis je terus cabut.
Sape nak bayar ni?



~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages