Friday, October 28, 2011

Jenjalan ke Kota Singa..

~Assalamualaikum~

...cerita kali ini perlu juga dimasukkan ke dalam kotak blog hari ini memandangkan saya punyai 'peluang' ini. Bukan senang nak dapat peluang ni. FYI - 'peluang' = masa.
.
Semasa kaum India sedang meriah menyambut Deepavali, saya pula telah sampai ke Singapura. Cuti 2 hari, tapi ambil sehari je untuk ke sana. Ikut pakej dengan agen pelancongan, hanya bayar RM280 dari Kuala Nerang, Kedah ke Singapura. Singgah di Johor Baharu dan Kuala Lumpur dalam perjalanan balik. Kira ok le tu. Pergi secara berkumpulan seramai 40 orang. Geng-geng ni terdiri daripada staf pejabat, pihak pentadbir dan guru-guru SMK Kuala Nerang.
.
Rombongan ni hanya ikut tourist guide, jadi mengikut je la... Bas jalan, bas berhenti, dia suruh turun..kami pun turun. Pastu cukup masa, naik bas. Bas jalan lagi, bas berenti, kami turun lagi. Macam tu je la. Hehehe...kelakar kan. Betul-betul macam rombongan cik kiah. Banyak masa yang kami habiskan di dalam bas. Dalam bas pun macam-macam cerita. Dari cerita hal orang-orang dewasa sampai le cerita budak-budak sebab adanya tiga orang si cilik dalam bas ni..rasa enjoy betul (dalam bas je la).
 .
harus ada ini...
.
bas kami..
 .

kami di dalam bas..
.

.



ehh...ada bas double decker..
.
tempat pertama turun dari bas... berlatarbelakangkan Esplanade Theatre 
yang terletak di Marina Bay waterfront

Merlion Park
di sini ada singa berbadan ikan yang menjadi ikon Singapura.
.
 Seterusnya, kami ke Universal Studio Singapura..
.
.
.
.
.

.


tapi tak masuk pun. Bergambar dari luar je..
Nak masuk perlu sehari suntuk...maknanya bermula dari pagi hingga ke petang.
.
  hehe..nampak muka kempunan tak?
.
 Masjid Sultan, tempat kami singgah solat..
.


.
takperrr...nanti akan pergi lagi...dan masa tu akan bawa Alya Farisah bersama.
* ____ *



~

4 comments:

  1. kita plan nak pegi bln 11 ni..kehkehkeh..ada family day.. hengat nak masuk USS... tp cam kempis lak poket.. huwa hua hua.. tensi

    ReplyDelete
  2. syah, itu le pasal kot..kami nye pakej sebanyak tu je. kempunan jugak tak dapat masuk USS tu. next year plan nak gi masuk situ dgn anak. so mulai arini kena start menabung la.. :-)

    ReplyDelete
  3. Insya Allah kami pun nak ke sana 21-23 Nov nie...

    Bawa murid tahun 6 yang dapat 5A...

    ReplyDelete
  4. waaa...eeeda, belanja byk tu. disponspor ke? ..pegi2, jangan tak pegi..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages