Wednesday, December 28, 2011

...boleh la kalau nak rancang perbelanjaan awal.

~Assalamualaikum~

Untuk semua kakitangan awam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam untuk Tahun 2012. Jadi, boleh la kita tengok-tengok dulu dan rancang perbelanjaan kita untuk elak duit habis sebelum gaji berikutnya masuk. 



Tarikh
Catatan
Januari 
16 Januari 2012 (Isnin) 
Tahun Baru Cina 23 & 24 Januari 2012
Februari 
23 Februari 2012 (Khamis)

Mac 
22 Mac 2012 (Khamis)

April 
25 April 2012 (Rabu)

Mei 
23 Mei 2012 (Rabu)
Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2012
Jun 
25 Jun 2012 (Isnin)
Hari Gawai 1 & 2 Jun 2012
Julai 
25 Julai 2012 (Rabu)

Ogos 
13 Ogos 2012 (Isnin)
Hari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012
September 
25 September 2012 (Selasa)

Oktober 
22 Oktober 2012 (Isnin)
Hari Raya Haji 26 Oktober 2012
November
6 November 2012
(Selasa)
Deepavali 13 November 2012
Disember
18 Disember 2012
(Selasa)
Hari Krismas 25 Disember 2012

Untuk rujukan, sila baca Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2011 berkenaan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2012.



~

Saturday, December 24, 2011

Alhamdulillah...sungguh manis dan terharu bila...

~Assalamualaikum~

...rasa sejuk hati bila melihat yang ini...



Lagi rasa sejuk di hati bila membaca yang ini pula...

(luahan hati Diana Amir)

     Salam, Diana kongsi sedikit macam mana Diana terbuka hati untuk berhijab. Berhijab bukan hanya di kepala, tapi juga di hati. Insyallah.

     Sebelum itu, kalau Diana ada tersalah kata, Diana minta maaf. Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk atas kekurangan Diana sendiri. Minta maaf awal-awal.

     Beberapa bulan sebelum ini, Diana pernah didatangi perasaan takut akan hari kiamat, apa yang akan berlaku selepas meninggal dunia. Diana tahu banyak buat dosa, dan Diana belum bersedia untuk menghadapi hari perhitungan, belum bersedia untuk menghadap Pencipta.

     Tapi, Diana masih nak kebahagiaan duniawi. Masih sibuk mencari watak-watak dalam lakonan yang Diana suka. Sedangkan semua itu dunia, akhirat lebih kekal. Sehingga satu hari di bulan Ramadhan, Diana berjumpa seorang hamba Allah yang sudah berhijrah. Alhamdullilah, beliau kongsi ilmu agama.

     Dosa Diana yang belum berkahwin pun ditanggung sama dengan ayah Diana. Sampai hati Diana biar abah pikul dosa yang Diana buat. Sedangkan, abah sentiasa berdoa untuk Diana menjadi muslim yang taat kepada Tuhan. Abah insan yang sangat baik. Kenapa Diana tak dengar nasihat abah?

    Disebabkan banyak faktor, Diana nekad untuk terus berhijab dan insyallah jalani hidup berlandaskan ajaran Islam. Terima kasih kepada yang ramai membantu Diana dan berikan semangat untuk terus belajar, dan belajar.

    Ingin diingatkan Diana masih belajar. Kalau ada salah tegur Diana. Insyallah Diana istiqamah dan akan terus perbetulkan peribadi.



Alhamdulillah...sungguh manis dan terharu bila...(baca dari blog Limau Ais ni)

Semoga Allah subhanahuwataala memberkati dan merahmati kita semua...
Aminnn..


~





Friday, December 23, 2011

waktu kite nak belanje beli barang sekolah anak...

~Assalamualaikum~

...hai, tiba la masa kite nak pegi cari barang sekolah anak. Hari ni 23hb Disember, maknanya ada 14 hari lagi Alya nak siap-siap masuk segala mende-mende dalam beg sekolah dia.

Senarai yang sepatutnya lengkap untuk seorang anak:
1. Baju sekolah (uniform biasa + uniform Puteri Islam)
2. Kasut sekolah
3. Stokin
4. Bekas pensil
5. Pensil
6. Pen
7. Pemadam
8. Pembaris
9. Gam
10. Gunting
11. Pensil warna
12.Fail
13.Sampul buku

Tapi hari tu dah mintak Alya check apa yang takde dan kurang dan ini dia bagi list untuk beli...
(hai...nampak sangat pensil takde...sampai kena tulis dengan kaler yang belen2)

Hrmmm...kurang le sikit benda yang nak dicari. Tang baju tu ingat boleh pakai yang lama 2 helai. Kain kena beli lain sebab dah singkat (tinggi dah anak dara mama ni yer..nak sama tinggi dengan mama dah). So, kain kena beli 4 helai. Baju dah tempah 2 helai..so, cukup la 4 pasang. Tudung pun kena beli baru 4 helai. Uniform Puteri Islam kena beli baru. Semua-semua ni rasanya kena le siap RM300. Hari tu dah dapat RM100, guna le sepenuhnya (bak kata orang ini). Yang lain tambah duit sendiri (duit bonus). 

Ada sapa-sapa yang dah shopping kat Kedai 1 Malaysia dak? Cek baru nak survey... cuba link yang NI...

Hai... cuti sekolah ni pun dah habis RM1000 lebih hantar Alya pegi kursus dan bengkel. Nampaknya tolak pulak belanja kat atas ni, tang bahagian mama dia...sori la. Takpe...mama tunggu sale gila-gila nanti. Masa tu part Alya pulak tak kasi chance.

Nak mengeluh pun lagi kesian kat parents yang kena siapkan belanja untuk anak-anak yang ramai. Ni nasib kite siapkan sorang anak je..

Rezeki masing-masing...semuanya dari Allah subhanahuwataala. Amin...



~


Sunday, December 18, 2011

percayalah...berbuat kebaikan dibalas kebaikan

~Assalamualaikum~

...tertarik untuk share dengan pembaca blog yang budiman. Semoga perkara yang baik ini kita ambil manfaatnya dan iktibarnya.

Pernah ke kita terfikir begini...

'Aku buat baik dengan dia, tapi tak pernah dia buat baik dengan aku.'

Sayangnya kalau kita sentiasa berfikiran begini. Sebab kita kena tahu kebaikan tu bukan semestinya datang dari dia tapi dari Allah s.w.t. Tidak semestinya juga balasan kebaikan kita akan dibalas secara 'cash'. Lebih malang lagi jika kita ditimpa musibah selepas itu. Masa tu mula le terdetik di hati, 'Apa la malang nasib aku..dah la buat baik dengan orang, dia tak heran. Aku pulak yang ada masalah.'

Jadi kenapa perlu kita melakukan kebaikan, kalau tidak dibalas dengan kebaikan? 

Jawapannya ialah Allah s.w.t. yang mengkehendaki sedemikian. 
Amalan kebajikan tidak sepatutnya diniatkan untuk mendapat balasan kemudian nanti. Soal balasan terserah kepada Allah s.w.t. Yang pasti kebaikan yang dibuat adalah untuk menunjukkan yang kita ini hambaNya, yang sentiasa taat dengan perintahNya, yang ingin membuatkan Allah s.w.t. suka pada kita atau dengan kata lain, Insya Allah kita akan mendapat rahmat dariNya.

Jika ada keinginan untuk berbuat baik, kita niatkan kebaikan itu dibuat kerana Allah s.w.t. menyukainya dan bukanlah mengharapkan balasan di dunia. Dan jika selepas itu, musibah menimpa, anggapkan saja yang Allah s.w.t. ingin menduga hati kita, menguji kesabaran kita atau keikhlasan hati kita semasa berbuat kebaikan itu. 

Namun satu perkara yang tidak boleh dilupa ialah, sentiasalah berdoa mengharapkan hajat kita dimakbulkan kerana berdoa juga adalah amalan yang dituntut oleh Allah s.w.t.


jom tonton..
.



~

Thursday, December 15, 2011

Happy Birthday to my 'little' princess..

~Assalamualaikum~

...sekian lama tak update blog ni, pagi ni nak juga masukkan hari yang istimewa dalam setahun bagi tarikh 15.12 ini. Hari ulangtahun diri ini men'deliver'kan seorang puteri 'kecil' (konpius..nak kata kecil ke dah genap usia 11 tahun). 

Selamat hari ulang tahun kelahiran Alya Farisah.

Semoga menjadi anak yang solehah, ye sayang..
.


.




~

Wednesday, December 14, 2011

menyerlah jauh dari yang biasa... Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi


bila bertalu rentak di kalbu
hasrat yang tersirat semakin ku buru
bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

bila bertalu rentak di kalbu
hasrat yang tersirat semakin ku buru
bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya pasti kan terbukti nanti

gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
menyerlah jauh dari yang biasa

~Gemuruh by Faizal Tahir~






~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages