Sunday, December 18, 2011

percayalah...berbuat kebaikan dibalas kebaikan

~Assalamualaikum~

...tertarik untuk share dengan pembaca blog yang budiman. Semoga perkara yang baik ini kita ambil manfaatnya dan iktibarnya.

Pernah ke kita terfikir begini...

'Aku buat baik dengan dia, tapi tak pernah dia buat baik dengan aku.'

Sayangnya kalau kita sentiasa berfikiran begini. Sebab kita kena tahu kebaikan tu bukan semestinya datang dari dia tapi dari Allah s.w.t. Tidak semestinya juga balasan kebaikan kita akan dibalas secara 'cash'. Lebih malang lagi jika kita ditimpa musibah selepas itu. Masa tu mula le terdetik di hati, 'Apa la malang nasib aku..dah la buat baik dengan orang, dia tak heran. Aku pulak yang ada masalah.'

Jadi kenapa perlu kita melakukan kebaikan, kalau tidak dibalas dengan kebaikan? 

Jawapannya ialah Allah s.w.t. yang mengkehendaki sedemikian. 
Amalan kebajikan tidak sepatutnya diniatkan untuk mendapat balasan kemudian nanti. Soal balasan terserah kepada Allah s.w.t. Yang pasti kebaikan yang dibuat adalah untuk menunjukkan yang kita ini hambaNya, yang sentiasa taat dengan perintahNya, yang ingin membuatkan Allah s.w.t. suka pada kita atau dengan kata lain, Insya Allah kita akan mendapat rahmat dariNya.

Jika ada keinginan untuk berbuat baik, kita niatkan kebaikan itu dibuat kerana Allah s.w.t. menyukainya dan bukanlah mengharapkan balasan di dunia. Dan jika selepas itu, musibah menimpa, anggapkan saja yang Allah s.w.t. ingin menduga hati kita, menguji kesabaran kita atau keikhlasan hati kita semasa berbuat kebaikan itu. 

Namun satu perkara yang tidak boleh dilupa ialah, sentiasalah berdoa mengharapkan hajat kita dimakbulkan kerana berdoa juga adalah amalan yang dituntut oleh Allah s.w.t.


jom tonton..
.



~

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages