~Assalamualaikum~
...pejam celik pejam celik, congak-congak lepas tolak hari-hari yang tak ingat dunia dah, rupanya ada dua bulan lagi Alya Farisah akan duduk dalam dewan peperiksaan dan menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR. Soalan-soalan yang perlu dijawab untuk menentukan laluan arah tuju dalam hidupnya buat kali pertama.
Tarikh UPSR : 11 hingga 13 September 2012
*please take note
Untuk jadual penuh, sila rujuk Jadual Peperiksaan UPSR Tahun 2012.
Bagi seorang mama yang berada di sisinya harus sangat la berasa debar-debar untuk tarikh di dalam kotak merah di atas tu.
"Alya, ... rasa tak berdebar-debar?"
"Takde pun mama"
Hai, bertuahnya anak sorang ni. Nanti la mama nak kurung dalam bilik kosong, bagi duduk atas kerusi dengan meja, pastu letak jam kat depan. Mama buat kertas soalan mirip soalan UPSR. Haa...ambik, rasa la debar-debar tu.
Seawal mendaftarkan Alya masuk darjah 6 dan semasa membayar yuran peperiksaan, memang dah azam untuk FOKUS pada Alya. Tiga bulan pertama cuba buat Alya dalam keadaan rileks dan siap pesan latihan jangan tinggal walau sehari. Tapi Alya akan leka, main seronok-seronok dengan kucing sampai lupa untuk ulangkaji pelajaran. Tiap-tiap hari lepas balik sekolah macam tu la. Keputusan ujian pertama sangat tidak memuaskan. Siap le dia kena leter dan selepas tu mula bersama-sama dengan dia buat latihan. Masa ni la, terpaksa mamanya berkorban kerja-kerja lain untuk duduk sebelah Alya. Sehingga la Tuhan menguji mamanya dengan ujian teramat la berat. Alhamdulillah ujian itu dapat dilalui dengan sabar dan Allah swt mengizinkan untuk bersama semula dengan Alya mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Kali ini Tuhan anugerahkan bersama sifat SABAR dan TAWAKKAL. Dan baru ni selepas check online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, Alhamdulillah ada peningkatan sedikit walaupun tak dapat straight A. Takpe, mama akan cuba bantu Alya ke arah itu. Insya Allah, Tuhan akan berikan rezeki yang baik nanti.
~
Best of luck untuk Alya Farisah, semoga dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang nanti, amin!
ReplyDeleteterima kasih auntie dinas! ~luv Alya Farisah~
Delete