Sunday, July 22, 2012

Tauhu sumbat untuk berbuka puasa...

~Assalamualaikum~

Siapa suka tauhu sumbat? Dalam Bahasa Inggeris kata 'stuffed tofu' walaupun orang Inggeris tu tak tau pun apa ke benda tu.

Saya sangat suka, sebabnya bila tengok gaya rupanya nampak sangat kaya dengan pelbagai khasiat. Dari luar sampai ke isi dalamnya. Walau bagaimanapun kegemaran saya ini tak dapat dikongsi sama rata seisi keluarga. Kalau saya makan 4, yang lainnya hanya makan 1 saja. Dan selepas itu saya akan rasa kenyang sehingga tak usik pun hidangan yang lain. Bukan nya pelahap sangat sampai makan lebih sikit daripada ahli keluarga lain tapi dek kerana yang lain tu hanya makan sekadar merasa saje. Begitu la lebih kurang ceritanya.

Selongkar tengok apa yang ada pada isi luar dan isi dalam yang disumbat di dalamnya.

Tauhu berasal dari kacang soya, kaya dengan protein, kalsium dan juga lemak tidak tepu yang mana ia dianggap sebagai sumber nutrisi yang lengkap.

Timun kaya dengan kandungan mineral, mengandungi kalsium, fosforus, zat besi dan Vitamin C.

Karot atau lobak merah kaya dengan kandungan minerals, anti oksidan dan vitamin. Juga mengandungi beta karotin yang tinggi.


Sengkuang kurang lemak dan merupakan sumber terbaik untuk fiber dan vitamin B.

Tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat.

Dengan tersenarainya zat-zat yang ada di dalam bahan-bahan tauhu sumbat tu, rasanya tiada was-was dan syak wasangka lagi tentang baiknya ia menjadi menu sihat. Sumber zat-zat itu saya google cari dan sebenarnya banyak lagi khasiat nya dan tak ter'copy&paste' di ruang ini. 
Cuba le google sendiri. 




Tauhu ni saya makan dengan kuah sambal kicap dan kacang.

Terima kasih kerana membaca entry ini.

~

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages