~Assalamualaikum~
Hari ini saya nak share ilmu yang saya dapat selepas gugel2 blog2 Islamik. Semoga apa yang saya dapat ni adalah yang baik-baik. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt.
Tajuk : Mensyukuri Nikmat Allah swt.
Dari Surah As-Sajdah, Ayat 9: "... dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur. tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."
..dan dari Surah Al-Mulk, Ayat 15: "Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu. Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah, dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat Nya dan takutilah kemurkaan Nya)."
Nikmat Allah swt terbahagi kepada 3:
1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hambaNya
2. Nikmat yang akan datang dan diidamkan oleh hambaNya
3. Nikmat yang dikecapi tetapi tidak disedari oleh hambaNya
Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmatNya ke atas hambaNya, Dia akan mengurniakan sifat syukur. Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang.
Nikmat yang diberi sama ada akan hilang dengan perlakuan maksiat atau pun akan diikat dengan ketaatan terhadap Nya.
Jika kita bersyukur pada Nya, Allah swt akan menunjukkan jalan amal kepada hambaNya dan diikat dengan ketaatan terhadapNya.
Wallahuaklam bissawab.
Renung-renungkan bersama-sama.
Terima kasih kerana membaca entri ini.
~
Good sharing, thanks Tin!
ReplyDeleteMany thanks of your support. :-)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete