Friday, February 15, 2013

Ampunkanlah aku

~TAUBAT~

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi izinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku
.




~

Koleksi yang tak wajib ada tapi nak ada juga...

~Assalamualaikum~

Suatu ketika dahulu saya tak sukar nak baca novel bahasa Inggeris sebab dok rasa mesti bahasanya berbunga-bunga bersastera bagai sampai tak faham. Tapi bila saya dah mula baca novel karya Sidney Sheldon, terus saya jatuh cinta. Bahasanya mudah difahami dan bila baca satu bab akan terus baca bab yang lain tanpa berhenti. 

Pertama sekali saya baca buku Rage of Angels. Saya ingat lagi ketika saya baru habis peperiksaan SPM. Saya diberi novel ni. Start baca waktu malam, satu bab demi bab saya baca sampai tak boleh berenti sebab nak tahu kisah seterusnya. Memang saspens betul-betul. Saya tak boleh nak tidur langsung pun. Sampai la elok-elok sebelum Subuh, saya tamat membacanya. Kisah tu sangat tragik dan terkesan di hati. Walaupun hanya rekaan semata-mata, tapi kisah tu macam betul dan tak nampak pulak macam direka.

Dan selepas itu saya mula mencarinya di kedai-kedai buku. Satu demi satu saya beli. Ada 18 buah yang telah saya beli. Ceritanya banyak pasal kehidupan wanita yang optimis dan berprinsip. Memang best. Cuba baca sebuah. Selepas tu mesti nak baca lagi dan lagi.



ni sebahagian yang saya ada. Ada juga yang hilang. Novel yang paling terkesan di hati Master of the Game. Yang ni dah hilang entah mana perginya. Kalau boleh nak baca lagi novel tu.

Kena tutup dulu post ni buat sementara waktu. Nanti saya update lagi pasal novel-novel ni.



~

Friday, February 8, 2013

Ujian dari Allah subhanahuwataala

~Assalamualaikum~

Tahun lepas terasa sangat-sangat mencabar dengan hidup. Sebelum sebelum ni memang le mencabar juga tapi tak sehebat tahun 2012 yang lepas. Itu le kita namakan ujian hidup. Kita akan tetap diuji dan diuji untuk kita menghadapi hidup ini yang semakin mencabar. Tak kira la sama ada kita seorang, berdua atau pun berkeluarga. Setahun lalu ujian yang dihadapi masih lagi dengan semangat dan kekuatan dari keluarga dan kawan-kawan. Kadang-kadang terasa macam menyusahkan mereka. Pernah seorang kawan berkata begini bila saya kata saya telah menyusahkannya. "Janganlah tolak bantuan kak. Kak pun nak buat pahala juga." Ye, betul kata dia. Saya sangat-sangat menghargai bantuan kawan-kawan.

Tapi sampai satu masa saya kena positifkan diri saya perlu kuat untuk hadapi seorang diri. Bila sekarang ni sedang meniti hari-hari untuk sampai ke puncak 40 tahun, mula terpikir pasal mati kita. Bila mati dalam kubur nanti kita seorang diri je kan. Nak menghadapi ujian yang maha berat iaitu bertemu Munkar dan Nakir ofkos le kita sorang sorang. Siapa yang nak bantu kita masa tu. Takde mak abah, takde adik-adik, takde sedara mara, takde kawan kawan. Takleh lagi nak harap sape sape pun masa tu.

Belajar hadapi segalanya seorang diri. Masalah kita, sakit kita, stress kita orang lain tak dapat merasainya. Orang lain hanya boleh mendengar dan boleh mententeramkan dan memberi semangat. Habis pikir pun hanya pada Allah subahanahuwataala yang sebenar-benarnya yang dapat membantu kita. Bukan la taknak mengharapkan bantuan dari keluarga dan kawan-kawan langsung. Ada juga tapi jangan la keterlaluan.

Apapun yang datang pada kita, suka atau duka semua tu ujian. Kaya ke miskin ke pun ujian juga. Ujian yang kita hadapi sebenarnya dari Allah subhanahuwataala untuk kita sentiasa mengingatinya. In Syaa Allah kudrat, semangat dan kekuatan diri ini boleh menghadapinya dengan hati yang positif, optimis dan penuh komited.

Mari baca Tips Menghadapi Ujian Hidup ini untuk lebih yakin kita sentiasa bersama Allah subhanhuwataala.


1. Yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.

  • Allah swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

2. Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik.

  • Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)
    .
3. Yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan.
  • Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
    .
4. Selalulah untuk berfikir positif bahawa apa-apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.  
  • Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: 
    “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)
5. Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. 
  • Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
    .
6. Selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. 
  • Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)
    .
7. Menghadapi ujian dengan usaha dan doa. 
  • Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)

ihsan dari Blog Aku Islam



Friday, February 1, 2013

Tidak akan ditimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya...


Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Apabila berlaku hari kiamat itu, 

Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.  

Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). 

(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. 

Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, 

Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, 

Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); 

Iaitu puak pihak kanan; Alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? 

Dan puak pihak kiri; Alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?  

Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); 

Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), 

(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. 

(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; 

Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. 

(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; 

Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan 


Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -

Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa;

Mereka hanya mendengar ucapan: "Selamat! Selamat!" (dari satu kepada yang lain).

Dan puak kanan, -alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?

Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

Dan naungan yang tetap terbentang,

Dan air yang sentiasa mengalir,

Serta buah-buahan yang banyak,

Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.

Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? 

Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak

Serta naungan dari asap hitam,

Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.

Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).

Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,

Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?

"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "

Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,

"Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.

"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),

Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,

"Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,

"Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,

"Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".

Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.

Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).

(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?

Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.

Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,

(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.

"Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "

Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?

Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?

Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.

Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -

Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -

Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),

Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?

Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -

Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -

Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -

Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",

Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

Dan jika ia dari puak kanan,

Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".

Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,

Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,

Serta bakaran api neraka.

Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.

Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
    

~ Surah Al-Waqiah~ 

Rasulullah SAW bersabda:  

“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”  



~

   
Fadhilat dan kelebihan Surah Al-Waqiah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages