~Assalamualaikum~
Tahun lepas terasa sangat-sangat mencabar dengan hidup. Sebelum sebelum ni memang le mencabar juga tapi tak sehebat tahun 2012 yang lepas. Itu le kita namakan ujian hidup. Kita akan tetap diuji dan diuji untuk kita menghadapi hidup ini yang semakin mencabar. Tak kira la sama ada kita seorang, berdua atau pun berkeluarga. Setahun lalu ujian yang dihadapi masih lagi dengan semangat dan kekuatan dari keluarga dan kawan-kawan. Kadang-kadang terasa macam menyusahkan mereka. Pernah seorang kawan berkata begini bila saya kata saya telah menyusahkannya. "Janganlah tolak bantuan kak. Kak pun nak buat pahala juga." Ye, betul kata dia. Saya sangat-sangat menghargai bantuan kawan-kawan.
Tapi sampai satu masa saya kena positifkan diri saya perlu kuat untuk hadapi seorang diri. Bila sekarang ni sedang meniti hari-hari untuk sampai ke puncak 40 tahun, mula terpikir pasal mati kita. Bila mati dalam kubur nanti kita seorang diri je kan. Nak menghadapi ujian yang maha berat iaitu bertemu Munkar dan Nakir ofkos le kita sorang sorang. Siapa yang nak bantu kita masa tu. Takde mak abah, takde adik-adik, takde sedara mara, takde kawan kawan. Takleh lagi nak harap sape sape pun masa tu.
Belajar hadapi segalanya seorang diri. Masalah kita, sakit kita, stress kita orang lain tak dapat merasainya. Orang lain hanya boleh mendengar dan boleh mententeramkan dan memberi semangat. Habis pikir pun hanya pada Allah subahanahuwataala yang sebenar-benarnya yang dapat membantu kita. Bukan la taknak mengharapkan bantuan dari keluarga dan kawan-kawan langsung. Ada juga tapi jangan la keterlaluan.
Apapun yang datang pada kita, suka atau duka semua tu ujian. Kaya ke miskin ke pun ujian juga. Ujian yang kita hadapi sebenarnya dari Allah subhanahuwataala untuk kita sentiasa mengingatinya. In Syaa Allah kudrat, semangat dan kekuatan diri ini boleh menghadapinya dengan hati yang positif, optimis dan penuh komited.
Mari baca Tips Menghadapi Ujian Hidup ini untuk lebih yakin kita sentiasa bersama Allah subhanhuwataala.
1. Yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.
- Allah swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
2. Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik.
- Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda,
“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan.
Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia
mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan
Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan
Allah” (H.R.Tirmidzi)
.
- Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang
muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan,
gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya
itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan
Muslim)
.
- Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)
- Fakta menunjukkan bahawa idea – idea
yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan.
Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat
menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya
ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
.
- Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. Dia
mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat
siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)
.
- Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)
ihsan dari Blog Aku Islam
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete