Monday, December 13, 2010

*sEnyUm* untuk Alya Farisah

~Assalamualaikum~

...teringat masa dalam kereta dengan Alya baru-baru. Kami cakap pasal topik 'Senyum'. Tehehe..sikit punya bagus, sembang-sembang kosong pun ada topik perbualan jugak.
Jangan kedekut senyuman. Senyuman itu satu sedekah. Kalau kedekut nak senyum, muka masammm je..Allah tarik rezeki kita.
Tapi AWAS, jangan le pulak senyum kat orang ntah apa-apa tu. Pandai-pandai le. Agak-agak le.

Pastu pulak, Alya ada kata, 'Mama, Alya suka dengar lagu ni.' Melalak le dia lagu tu dalam kereta. Saya kata, 'Record le Alya. Mama nak simpan. Boleh le nanti mama tengok bila-bila.'

Sekarang Alya berada di rumah sepupunya di KL. Saya pulak di utara sini, selang dua buah negeri. Rasa rindu yang amat sangat walaupun baru 1 hari. Teringat nak tengok balik video yang Alya record. Kodek-kodek dalam memori fon, takde le pulak. 'Ish, Alya ni record ke tak?' 
'Hmm..takpe la. Video kat bawah ni pun jadi la untuk mengubat rindu pada Alya.'


* ____ *


Alya bersama sepupu-sepupunya





~

Sunday, December 12, 2010

Mestikah saya terikut sama fesyen tudung terkini?

~Assalamualaikum~
.
...sekarang fesyen tudung jenis apa ye? Tudung jenis shawl kan, ataupun tudung apa ye namanya ala-ala Bu Arini (ada orang kata tudung instant). Ada lagi kalau diperhati di luar sana tu, pashmina, tudung syria (sekadar menyebut nama yang popular masa kini). 
Hmm..tudung ni ada banyak persepsi, pendapat lain-lain. Mungkin bagi sesetengah orang di luar sana mengatakan asal letak kain atas kepala, itu la 'tudung'. Tapi bagi saya, maksud tudung ni mestilah yang menutupi segala urat rambut di kepala dan kalau boleh mengikut hukum Islam mestilah menutupi bahagian dada. Saya tak boleh kata Cik Siti kita memakai tudung sebab ia tidak menetapi syarat bernama tudung. Contohnye la. 

Ok, balik pada jenis tudung terkini. Shawl. Sangat-sangat popular sekarang. Tudung yang diberi nama shawl ni kalau dibuka semula sejarah zaman nenek moyang kita, cara pakai tudung ni sama dengan cara pakai tudung nenek-nenek dahulu. Alaaa...tudung yang berupa selendang panjang dan bila nak pakainya, lilit-lilit kan la di kepala dan tutup di bahagian dada terus disematkan dengan pin atau brooch. Nenek-nenek pulak bila pakai lilit-lilit di kepala, menutupi bahagian dada dan cara sematkannya hanya dengan selitkan di mana-mana bahagian tepi antara telinga dan dagu. Cuma dahulu takde la banyak bagai-bagai warna dan corak seperti sekarang.

Saya suka bercerita di sini saya tidak la sangat terpengaruh dengan cara pakai tudung terkini. Saya tak kisah kalau orang kata saya tak up 2 date. Dan saya tak kisah kalau orang kata saya tidak mengikuti zaman. Cuma nak diperbetulkan di sini adalah saya mengaku yang saya mengikuti zaman dan saya mengambil tahu pasal fesyen terkini. Ikuti tak sama seperti tiru kan. Saya juga mengaku saya bukanlah orang yang mudah terpengaruh dengan orang lain jika saya tidak berkenan atau tidak selesa dengan fesyen itu.

Ada dua sebab kenapa saya tidak terikut fesyen terkini.
1.Tidak selesa
2. Membazir

Saya rasa tidak selesa sebab saya rasa lebih selesa dengan jenis tudung yang saya sedang pakai sekarang. Bila saya pakai tudung shawl saya tidak suka lilit-lilit banyak kali di kepala. Sama le jugak kalau pakai pashmina (hehe..ni sesuai sangat untuk orang yang hidung mancung-pancung je). Kalau pakai tudung instant atau tudung syria, entah kenapa anak rambut saya suka sangat nak jenguk keluar. Bila dah asyik perbetulkan rambut dan paksa masuk dalam tudung, saya pun jadi malas nak pakai.
.
Kenapa membazir pulak? Ini la sikap yang disukai oleh encik syaitan bila membazir. Saya pikir-pikir kalau saya pakai tudung fesyen terkini, apa le patut saya buat dengan tudung-tudung lama. Kesian kat tudung-tudung tu kalau saya tak pakai lagi. Tudung-tudung tu masih elok, kenapa pulak saya perlu ketepikan mereka. Betul tak?
.
 satu drawer muat 30 helai tudung, saya ada 3 drawer penuh dengan tudung. Hmm..sayang, sayang.
.
So jalan terbaik yang saya ambil, jangan le terPENGARUH dengan fesyen terkini kalau ia boleh merugikan diri sendiri. Hati sendiri berkata, SENDIRI KENA FIKIR LA.





~

Saturday, December 11, 2010

Kenapa kita membaca Al Quran walaupun kita tidak faham maksudnya..

~Assalamualaikum~

...anak saya baru-baru ni berkata, 'Ma, lepas Alya khatam Quran, Alya tak payah baca Quran lagi kan.' Saya berkata, 'Eh sayang, Quran kena selalu baca. Mana boleh tinggal terus lepas khatam.' Lepas tu siap le saya kata kalau baca Quran, Tuhan akan melindungi kita waktu susah dan senang. 

Saya rasa itu tidak mencukupi untuk meyakinkan dia untuk rajin-rajin membaca Al-Quran dan saya cuba searching google. Dan saya terjumpa kisah ini..


(klik pada Quran untuk ke URL nya)
 
...dan saya cuba translatekan kepada maksud yang saya fahami.

MENGAPA KITA MEMBACA AL-QUR’AN, MESKIPUN KITA TAK MENGERTI SATUPUN KATA BAHASA ARAB

     Seorang tua yang beragama Islam dan berbangsa Amerika tinggal di sebuah ladang di sebelah timur Pergunungan Kentucky bersama cucu lelakinya. Setiap pagi datuknya bangun pagi, duduk berdekatan dengan pendiang api  dan terus membaca Al-Quran. Cucunya yang setiap hari memerhati datuknya cuba meniru amalan datuknya itu. Suatu hari, dia bertanya pada datuknya, "Atuk, saya cuba membaca Al-Quran seperti atuk tapi saya tak faham langsung maksudnya. Jadi tak guna la saya membaca Al Quran?"

     Datuknya menjawab pertanyaan cucunya dengan tenang sambil meletakkan batu-batu di pendiang api, "Cuba ambil keranjang batu ini dan bawa ke sungai, dan bawakan  ke sini sekeranjang air." Cucunya itu pun buat seperti yang disuruh, tetapi semua air yang dibawa habis sebelum dia sampai di rumah. Datuknya tertawa dan berkata, "Kamu harus berusaha lebih cepat lagi." Datuknya sekali lagi meminta cucunya untuk kembali ke sungai bersama keranjangnya untuk mencuba lagi. Kali ini cucunya itu berlari lebih cepat, tapi keranjangnya akan kosong sebelum sampai di rumah. Dengan termengah-mengah dia mengatakan kepada datuknya, tidak mungkin dia dapat membawa sekeranjang air dan dia pergi untuk mencari sebuah ember untuk mengganti keranjangnya. Datuknya berkata, "Atuk tidak mahu seember air, atuk mahu sekeranjang air. Kamu mesti mencuba lagi." Dan dia pergi ke luar untuk menyaksikan cucunya mencuba lagi. Pada saat itu, cucunya tahu perkara itu tidak mungkin terjadi, tapi dia ingin menunjukkan kepada datuknya meskipun dia berlari secepat mungkin, air tetap akan habis sebelum sampai di rumah. Cucunya itu pun terus mencelupkan keranjangnya ke sungai dan kemudian berusaha berlari secepat mungkin, tapi ketika sampai di depan datuknya, keranjang itu kosong lagi. Lalu cucunya pun berkata, "Atuk, ini tidak ada gunanya. Sia-sia saja."

     Datuknya menjawab, "Cu, mengapa kamu berfikir ini tak ada gunanya? Cuba lihat dan perhatikan baik-baik keranjang itu." Cucunya itu memerhatikan keranjangnya dan baru ia menyedari keranjangnya nampak sangat berbeza. Keranjang itu telah berubah dari sebuah keranjang batu yang kotor menjadi sebuah keranjang yang bersih luar dan dalam. "Cu, apa yang terjadi ketika kamu membaca Al-Quran? Mungkin kamu tidak faham langsung maksudnya, tapi ketika kamu membacanya, tanpa kamu sedari kamu akan berubah, luar dan dalam. Itulah pekerjaan Allah dalam mengubah kehidupan kamu."

Bukankah Allah akan membalas setiap kebaikan walau sebesar biji zarah pun?

SUBHANALLAH...

* saya tak tukar maksud keranjang dan ember sebab takut akan mengubah maksud asalnya.




~

Friday, December 10, 2010

@ Ikea

Assalamulaikum wbt.

...kenapa suri-suri rumah suka pergi Ikea? Sebab bila tengok katalog yang dihantar di rumah-rumah, sangat-sangat geram nak ada juga mana-mana barang yang ditunjuk dalam katalog. Itu baru gambar dalam katalog, belum lagi pergi ke gudang besarnya.


Saya pergi Ikea setahun sekali. Kalau pergi mesti pergi dengan adik. Kalau beli barang pulak, mesti yang kecik-kecik je. Yang boleh muat masuk kereta. Benda-benda besar macam funiture tak boleh nak masuk dalam kereta. Pernah saya beli benda yang tak muat masuk dalam kereta. Kebetulan ada bas yang membawa team bola sekolah sendiri. Memang masa ni rasa saat-saat keemasan untuk menumpang letak dan dibawa balik ke Kedah. Orang Kedah kata, 'Sampai tagha tu..'


Baru-baru ni saya pergi lagi. Saya beli benda-benda kecik jugak. Dan baru ni jugak pertama kali saya makan di Ikea. Dapat le rasa cara ambil makanan lain dari yang lain.
Tengok le..


*makan2 wif my beloved sister*




~

Thursday, December 9, 2010

KebesaranMu...

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh,

...ada tak tengok sinetron Cinta dan Anugerah? Cerita ni ke udara setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 5.30 petang. Alaa..cerita yang ada sorang pelakon Malaysia yang kawin dengan artis Indonesia tuuu... 

Saya ada gak mengikuti cerita ni tapi tak le secara keseluruhan. Cerita ni menceritakan tentang kehidupan pahit manis tiga orang adik-beradik yang melalui cabaran dan dugaan. Punya le lama cerita ni dan kadang-kadang tengok, kadang-kadang tidak, sampai saya pun tak tahu siapa mak, siapa bapak, siapa kakak, siapa adik dan siapa berpasangan dengan siapa. Cerita ni jugak memberi gambaran hidup orang-orang Islam di Indonesia. Entah la..pelik jugak hukum-hakam yang difahami oleh mereka di sana. 

Itu pasal alkisahnya cerita sinetron tu. Yang saya tertarik bila mula je pukul 5.30 petang, adalah saat awal dan saat akhir selama 1 jam berlangsungnya cerita tu. Lagu 'KebesaranMu'. Dengan lirik yang indah dan dengan terasa syahdunya lagu ini membuatkan saya tercari-cari la di Youtube dan ingin saya kongsikan di sini bersama.
.

Kau tempatku mengadu hati
Memberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik Mu
Mencintai Mu sejati

Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan Mu
Lihat di langit kesepurnaan hadir Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha besar
Memuja Mu begitu indah
Selalu kau berikan semua
Kebesaran Mu Tuhan




~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages